Tuesday, June 16, 2009

RENDAHNYA SEMANGAT SETIAKAWAN WALAUPUN MEREKA AHLI PARLIMEN PAS



Aku gembira bila bertambah sorang lagi Ahli Parlimen PAS di dalam Parlimen Malaysia yang macam sarkas tu. Aku bangga kerana aku merupakan salah sorang tenaga aktivis yang berpanas berhujan berkempen untuk beliau. Aku bangga dengan kesungguhan dan istiqamah yang dimilikinya. Dia bukan ulama. Dia profesional. Dia ada "Ir". Tapi dia lebih faham kehidupan berjemaah berbanding kelompok yang mendakwa faham Islam lebih daripada orang lain.

Aku sedih apabila dia diperlakukan sedemikian oleh Tauke Sarkas yang bernama Pandir Amin Hina itu. Tambahan pula ketika itu monyet monyet biru terlompat lompat sambil menjerit jerit akibat pedih hati hasil daripada serbuk cili yang ditaburkan oleh pemimpin rakyat ini.

Ramai pimpinan rakyat bangun membela "Ir" yang kita sayangi ini dan mereka menerima nasib yang sama. Turut dihalau keluar dan kemudiannya digantung selama dua hari daripada menghadiri perhimpunan sarkas.

Tahniah buat MP Taiping YB Nga Kor Ming. Tahniah buat MP Sitiawan YB Datuk Ngeh Kor Ham. Tahniah buat MP Padang Serai YB N. Gobalakrishnan. Tahniah buat MP Pokok Sena YB Datuk Hj Mahfuz Omar. Tahniah buat MP Kuala Krai YB Dr Hj Mohd Hatta Ramli. Tahniah buat MP Kuala Selangor YB Dr Hj Zulkefli Ahmad. Setinggi tinggi tahniah buat MP Bukit Gantang YB Ir Hj Mohd Nizar Jamaluddin yang berani mencetuskan suara hati rakyat Perak sehingga menggegarkan dewan sarkas itu sehingga berguguran gigi para harimau, singa, gajah dan monyet monyet biru itu.

Malangnya, di mana MP MP PAS yang lain? Sekadar memerhati sahaja atau terpinga pinga dengan apa yang berlaku itu? Kenapa laungan Ir Hj Nizar hanya disambut dengan penuh semangat oleh MP MP Pakatan dan bukan MP MP PAS?

Adakah kerana anda semua seorang ulama maka anda kurang selesa dengan tindakan Ir Hj Nizar itu? Jika itulah alasan anda semua, maka anda memperlekehkan Rasulullah saw dan para sahabat baginda yang sentiasa meneriakkan slogan slogan bagi membangkitkan semangat juang tentera tentera Islam ketika di medan Badar, Uhud dan lainnya.

Adakah kerana anda seorang wanita maka anda kurang sesuai untuk turut sama menyambut laungan Ir Hj Nizar itu? Jika itulah jawapan anda, maka anda telah memperlekehkan jalan perjuangan mujahidah Zainab al-Ghazali yang dipenjarakan bertahun tahun oleh rejim sosialis Mesir. Anda juga telah memperlekehkan jalan jihad yang dilalui oleh Umm Fathimah an-Najjar yang meletupkan dirinya bagi menghancurkan rejim kuffar Israel.

Sesungguhnya anda gagal menjiwai kemanisan ukhuwwah hidup berjemaah. Boleh jadi kerana anda terbuai buai dengan gelaran "ustaz" yang membuatkan anda tidur sehingga hari ini.

Takziah buat MP Shah Alam YB Ir Hj Khalid Samad. Takziah buat MP Hulu Langat YB Dr Hj Che Rosli Che Mat. Takziah buat MP Kota Raja YB Dr Siti Mariah Mahmud. Takziah buat MP Titiwangsa YB Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Takziah buat MP Pendang YB Dr Mohd Hayati Othman. Takziah buat MP Padang Terap YB Ust Nasir Zakaria. Takziah buat MP Jerai YB Ust Mohd Firdaus Jaafar. Takziah buat MP Sik YB Che Uda Che Nik. Takziah buat MP Baling YB Ust Mohd Taib Azamuddin.


Takziah buat MP Tumpat YB Datuk Kamaruddin Jaafar. Takziah buat MP Pengkalan Chepa YB Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Takziah buat MP Rantau Panjang YB Siti Zailah Mohd Yusof. Takziah buat MP Pasir Puteh YB Ust Mohd Hussein . Takziah buat MP Kota Bharu YB Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Takziah buat MP Kubang Kerian YB Salahuddin Ayub.


Takziah khusus buat MP Parit Buntar YB Dr Mujahid Yusof Rawa kerana anda rupa rupanya tidak begitu marah apabila BN dan UMNGOK merampas Perak.


Takziah khusus buat MP Bachok YB Nasaruddin Mat Isa kerana anda Timbalan Presiden PAS yang gagal.


Takziah dan pangkat haramjadah untuk MP Pasir Mas YB Ibrahim Ali al-Kataki kerana sangat haramjadah sikap anda.


Kenapa aku tidak mentakziahkan MP MP PKR dan DAP? Kerana mereka tidak ada kena mengena dengan ukhuwwah Islam.

Jika anda mengatakan anda tidak sepatutnya ditakziahkan kerana anda tidak hadir ketika sidang itu, maka layaklah anda untuk didouble-takziahkan. Pertama, kerana anda gagal memegang amanah yang diberikan kepada anda. Kedua, kerana anda telah mengurangkan keberkatan elaun bulanan anda.

Jika anda tidak hadir sidang Parlimen kerana terlibat dengan program parti, maka undurlah kerana anda tidak tahu membezakan keutamaan tugasan. Elaun yang anda terima adalah untuk rakyat bukan untuk kerja kerja parti.

Jika anda tidak hadir kerana "uzur syar'ie", maka pastikan "uzur syar'ie" anda itu ada nilai di sisi Allah swt.

Nak marah? Marahlah. Yang penting Allah swt tak marah aku.

1 comment: