Sunday, June 28, 2009

DEBAT UMNO PAS BUANG MASA - RAIS AL-BIAWAKI




Rais al-Biawaki kata debat yang dicadangkan oleh TG Hj Nik Aziz tentang konflik UMNO-PAS bersifat membuang masa sahaja dan seharusnya tidak dilayan oleh Najib.

al-Biawaki berkata sepatutnya TG Hj Nik Aziz mencadangkan permuafakatan bukannya perdebatan kerana PAS dan UMNO merupakan parti serumpun.

Pada aku, yang diajak berdebat tu Najib. Yang al-Biawaki nih sibuk apsal lak? Nak bodeklah tu. Tak habis habis nak menjilat.

Lagi satu, apsal nak takut lak kalau UMNO di pihak yang benar? Layan jer lah cabaran TG Hj Nik Aziz tu. Takkan Najib yang berjiwa "glokal" nih takde teloq kot? Dah berjangkit dari Zahid Hamidi ker?



Semalam bapak Dafi pun cakap lebih kurang sama gak tapi agak lebih sikit kurang ajar berbanding al-Biawaki. Bapak Dafi yang bernama Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan seekor menteri yang kuat menjilat kata Najib tak perlu layan permintaan TG Hj Nik Aziz kerana Mursyid al-'Am PAS itu suka putar belit fakta.

Aik? Macam nak kata kat diri sendiri jer? Takperlah Bapak Dafi. Jilatlah selagi mana boleh jilat. Nanti kalau UMNO dah berkubur, harap Bapak Dafi tidak menjilat batu nesan UMNO tu.

No comments:

Post a Comment