Friday, June 19, 2009

HARUN TAIB SANGGAH MURSYID AL-'AM



Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan, beliau tidak nampak Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa melakukan sebarang kesalahan besar dalam isu penubuhan kerajaan perpaduan sehingga beliau perlu meletakkan jawatan.

Beliau juga sependapat dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyatakan adalah terlalu awal untuk meminta Nasharuddin berbuat demikian.

"Saya tidak nampak apa-apa kesalahan besar yang dilakukan sehingga kini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta Nasharudin melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti dan Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Berikutan kenyataan tersebut, Azizan dalam reaksinya berkata, masih terlalu awal untuk meminta Nasharudin melepaskan jawatan yang disandangnya sekarang. Azizan berkata, ia juga bertujuan memberi keadilan kepada Nasharudin dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencetuskan idea tersebut kerana kerajaan perpaduan belum lagi dilaksanakan.

Abdul Hadi pada hari pertama muktamar parti itu di Shah Alam pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya untuk melaksanakan konsep kerajaan perpaduan kerana yakin ia mampu menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di negara ini.

Malah dalam isu itu, Harun dalam kenyataannya semalam berkata, antara asas pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadangkan adalah menjadikan Islam sebagai tunjang pemerintahan. Konsep kerajaan perpaduan juga bukan bererti penyatuan antara PAS dan UMNO kerana dalam kerajaan yang bakal dibentuk, ia membabitkan semua parti di negara ini.

SUMBER : www.sanggahtoksago.blogspot.com

ULASAN : Sebelum bercakap lebih lanjut tentang bentuk Kerajaan Perpaduan, muhasabah dulu kenapa dan mengapa PAS tersungkur di Terengganu selepas sepenggal memerintah. Bandingkan juga dengan Kelantan yang ditindas semahu mahunya itu.

Memang betul semuanya bergantung kepada taqdir Allah swt tetapi janganlah jadikan takdir sebagai hujah untuk tutup kesombongan, keegoan dan kebongkakan ketika menjadi pemerintah di Terengganu dulu.


Pemerintahan itu suatu amanah dan fahamilah bahawa pemerintahan itu boleh jadi pemerintahan dunia dan boleh jadi pemerintahan akhirat. Allah swt menilai semuanya. Bukan jubah, serban atau janggut itu yang dinilai tetapi individu yang berjubah, berserban dan berjanggut itulah yang akan dinilai.
Jika hati ikhlas dan jujur, maka jubah, serban dan janggut itu akan jadi sunnah tetapi jika hati kotor dan sombong, maka jubah, serban dan janggut itu akan hanya jadi perhiasan sahaja.

Bukan niat untuk berkasar tetapi itulah hakikat yang wajib diakui oleh individu individu tertentu yang memimpin PAS Terengganu.
Zaman dah berubah. Malangnya, PAS Terengganu tetap di tahap lama. Masih enggan berubah. Masih menjadikan PAS sebagai hak milik peribadi.

Cukup cukuplah. Jadi jadilah. Era anda sudah sampai ke penghujungnya. Berundurlah. PAS Terengganu tidak kurang tokoh tokoh muda.

p/s : Cuba keluar dari Manir, agak agak, menang tak?

No comments:

Post a Comment