Monday, June 29, 2009

BUDAK HINGUS MASIH MELELEH CABAR TG HJ NIK AZIZ BERDEBAT




Giler ker aper makhluk sekor nih. TG Hj Nik Aziz ajak Najib debat tentang konflik PAS-UMNO. Najib tak jawab jawab lagi walaupun pak yet pak yet dah mula menyalak dan berkokok meminta Najib jangan layan cabaran TG Hj Nik Aziz tu.

Alih alih, ada sekor budak hingusan dari Pemuda UMNO pula yang cabar TG Hj Nik Aziz berdebat. Angin takde, ribut takde, masakan pokok bergoyang. Ops !! Lupa pulak. Pemuda UMNO yang merupakan beruk dan ungka itu kan ada di atas pokok.

Pada aku, cabaran mamat Afandi nih tidak lain tidak bukan hanyalah bertujuan ingin menutup "kemaluan" Najib yang tidak berani berdebat dengan TG Hj Nik Aziz.

Jika TG Hj Nik Aziz enggan melayan cabaran mamat Afandi nih, maka gegak gempitalah media menghebahkan TG Hj Nik Aziz tidak berani berdepan dengan Pemuda UMNO, masakan pula beliau berani berdepan dengan Najib jika dengan Pemuda UMNO pun TG Hj Nik Aziz sudah gerun dan takut.

Itulah lagu yang akan dinyanyikan secara sahut menyahut oleh media laksana beruk dan ungka di rimba raya.

Apa barang budak hingusan macam Afandi nih ajak TG Hj Nik Aziz berdebat. Bukan nak bongkak tapi risau takut jadi macam Hang Jebat bersilat dengan batang pisang pulak nanti. Takut tunduk tak melawan jer nanti.

Kalau sebut TG Hj Nik Aziz nih, kurang kurang pun, Mufti Harussani. Tak pun Jamil Khir ker. Hamid Zainal Abidin ker. Niiii.....alaaaa....budak baru nak tumbuh bulu nih yang terhegeh hegeh.

Sudahlah mamat Afandi, sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betinanya. Niatmu itu sudah dapat ku baca. Niatmu bukanlah ingin berdebat sangat pun. Niatmu hanyalah ingin menunjukkan bahawa engkau berani bersuara mewakili Pemuda UMNO. Harap harap dengan berani bersuara itu akan menaikkan nama engkau menjadi di antara calon pilihanraya dari Pemuda UMNO.

Lupakan sahaja niat burukmu itu kerna UMNO sedang menuju ke kuburan. Apa......engkau mahu turut di kuburkan? Persilakanlah jika UMNO tetap idola hatimu.

Apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada mamat Afandi nih kerana dia berjaya membuktikan bahawa dirinya masih "bertelur" berbanding Najib dan Ketuanya Khairy al-Beruki itu.

No comments:

Post a Comment