Sunday, June 28, 2009

ANAK MUDA SANGGAH MUFTI HARUSSANI



Berikut adalah temuramah Mufti Harussani dengan seorang kolumnis Mingguan Malaysia. Beliau tetap cuba untuk mempotretkan dirinya sebagai berilmu walaupun kedunguan dan kejahilan beliau semakin ketara terserlah.

Korang baca temuramah nih baik baik dan fahami setiap ulasan aku tu baik baik supaya korang boleh menjadi orang yang baik baik. Jangan jadi seperti Mufti Harussani yang ampu sana wa ampu sini nih.



TEMURAMAH UTUSAN DENGAN MUFTI HARUSSANI

SEPERTI diduga, apabila Mufti Perak, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA mengeluarkan kenyataan mengkritik gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam, beliau telah menerima kecaman yang hebat.

Pandangan Harussani tidak lagi dilihat sebagai pendapat seorang ulama yang harus dihormati tetapi beliau dikecam dan dituduh sebagai menyokong UMNO. Segalanya berlaku apabila Harussani menyuarakan kekesalan berikutan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas dan UMNO. Beliau diserang habis-habisan di dalam blog-blog tetapi beliau tidak peduli semua itu.

‘‘Saya bercakap yang hak (benar), dalam Islam mengeratkan silaturahim antara saudara Islam adalah wajib, jadi saya hairan daripada rujukan mana sesetengah pihak itu ambil sehingga sanggup mencela saudara seagama,” katanya dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan MOHD. RADZI MOHD ZIN di pejabatnya di Ipoh, Perak.

Walaupun sekali sekala dalam berhujah, Harussani menyelitkan kata-kata gurauan namun nada beliau sentiasa serius apabila menekankan soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Bagi Harussani, masa depan golongan itu dalam semua bidang termasuklah politik akan berhadapan dengan bahaya, jika mereka terus berpecah belah.

Harussani juga kecewa kerana ada sesetengah ahli politik begitu mudah mengeluarkan hujah yang mengelirukan dan mencela sesama Islam. Oleh itu beliau mengingatkan dalam apa pun perkara berkaitan hubungan sesama Islam, jangan sesekali mengikut etika syaitan.


MINGGUAN : Apa pandangan Tan Sri berhubung kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan, yang sekali gus menggagalkan usaha untuk menyatukan umat Islam di dalam UMNO dan Pas?


HARUSSANI : Sebagai orang Islam kita berpegang kepada Rukun Iman dan salah satunya ialah percaya kepada Allah, yang bererti kita mengucap dua kalimah syahadah, apabila kita mengucap dua kalimah syahadah kita masuk kumpulan muslim.

ULASAN : Percaya kepada Allah swt itu bukan hanya bererti mengucap dua kalimah syahadah tetapi lebih menuntut kita mengakui kewujudan dan kekuasaan Allah swt. Jika sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah, maka Islamlah Abu Lahab kerana hampir setiap hari bersumpah dengan nama Allah. Mengakui kewujudan dan kekuasaan Allah swt ini bererti tunduk, patuh, taat dan amal segala perintah-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya. UMNO tidak berada dalam kategori ini.


Apabila kita sudah masuk dalam kumpulan muslim, Allah sudah 'ikat' kita melalui firman-Nya dalam surat al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya."

ULASAN : Untuk renungan Mufti Harussani, kami mengakui kebenaran dan seruan ayat tersebut dan kami beriman dengannya. Tetapi sedarkah Mufti Harussani bahawa ayat kedua surah al-Baqarah lebih sesuai dijadikan sandaran dalam hal ini - Inilah kitab (yakni al-Quran) yang tidak ada keraguan padanya yang menjadi petunjuk bagi orang orang yang bertaqwa.

Ayat ini sepatutnya dibincangkan dahulu sebelum persoalan persaudaraan sesama muslim itu dibangkitkan oleh Mufti Harussani. Amat jelas Mufti Harussani gagal membezakan di antara Melayu dan muslim.

Jika ayat surah al-Hujurat itu masih mahu digunapakai sebagai sandaran oleh Mufti Harussani, maka tafsirkanlah ayat tersebut secara "in context" dan bukannya secara "text". Tafsirkan ayat itu sepenuhnya dan jangan hanya mengambil keluar satu kalimah sahaja untuk dijadikan sandaran hujah.


Manakala Rasulullah SAW pula pernah bersabda bahawa, orang muslim itu adalah saudara bagi orang muslim yang lain, kemudian Nabi kata, siapa sebenarnya orang muslim itu, orang-orang muslim yang selamat daripada keburukan lidahnya dan keburukan tangannya. Maka itu Rasullullah sendiri dalam membentuk ajaran Islam baginda mempersaudarakan orang Islam.

ULASAN : Hadith ini kurang sesuai untuk dijadikan sandaran hujah dalam hal menghalalkan Kerajaan Perpaduan kerana hadith itu berada dalam ruang lingkup mempersaudarakan orang beriman dengan orang beriman yang lain.

Maknanya, mempersaudarakan hak dan hak bukannya hak dengan batil. PAS adalah kelompok yang menegakkan yang hak manakal UMNO adalah kelompok yang menyemai dan mencambahkan kebatilan, maka Kerajaan Perpaduan yang disokong dan cuba dihalalkan oleh Mufti Harussani tidak termasuk dalam ruang tuntutan hadith di atas.

Sekali lagi Mufti Harussani gagal membezakan di antara Melayu dan muslim.


Maknanya, itulah perjuangan utama kita iaitu mesti mempersaudarakan sesama orang Islam. Ia adalah perbuatan yang sebagaimana dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya bermaksud: … dan peliharalah hubungan silaturrahim… (an-Nisa': 1).

ULASAN : Dalam soal tanggungjawab ini, Mufti Harussani sepatutnya mempertimbangkan juga ayat 30 surah al-Baqarah yang menerangkan tuntutan Allah swt kepada manusia yang dijadikan sebagai khalifah di muka bumi.

Janganlah Mufti Harussani menterjemahkan pula khalifah yang dimaksudkan itu sebagai individu yang memimpin tetapi tafsirkanlah kalimah khalifah itu dari sudut tanggungjawab setiap yang bernama manusia.

Apakah tanggungjawab itu? Iqamatuddeen wa siyasatuddunyabih. Menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya.

Persaudaraan sesama muslim itu memang perlu tetapi bukan diantara muslim penyokong Abdullah bin Ubay dengan penyokong fanatik Rasulullah saw.

Sekali lagi Mufti Harussani gagal membezakan di antara Melayu dan muslim.


Oleh itu, kalau kita memecah belah orang Islam itu bukan ajaran Islam, itu ajaran syaitan. Tuhan sudah sebut bahawa syaitan itu bertujuan untuk membangkitkan di antara kamu permusuhan dan pergaduhan. Jadi pada saya, perpaduan itu adalah sesuatu yang cukup mustahak, perkara pokok yang wajib kita usahakan dalam apa bentuk pun. Berdasarkan kepada hujah itu, saya berpendapat, idea kerajaan perpaduan adalah satu idea yang cukup baik dan saya amat bersetuju dengan langkah tersebut.

ULASAN : Kami bersetuju bahawa memecahbelahkan ummah bukan ajaran Islam. Kami juga bersetuju bahawa memecahbelahkan ummah itu adalah ajaran syaitan. Tetapi sedarkah Mufti Harussani bahawa asas perpaduan itu wajib atas nama Islam hatta untuk berdamai dengan bukan Islam sekalipun.

Jika asas kepada perpaduan itu adalah asas selain daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah saw, maka perpaduan yang diwujudkan itu juga adalah ajaran syaitan iaitu bersatu hati atas nama selain Islam.

Awal awal lagi Rasulullah saw mengingatkan kita bahawa golongan nasionalist bukan dari kalangan ummat Baginda. Apatah lagi kelompok yang menolak Islam dan memakai topeng nasionalist supaya nampak seperti nasionalist bagi mengaburi dan menipu masyarakat.

Sekali lagi Mufti Harussani gagal membezakan di antara Melayu dan muslim.


Kalau kita lihat pada waktu ini, apabila orang Islam berpolitik, mereka berpecah sesama mereka. Ini berbeza dengan kaum lain, orang Cina contohnya, mereka pun berpolitik tetapi walaupun berada dalam parti yang berbeza-beza, mereka bersatu, ertinya mereka berpecah untuk mendapatkan sesuatu sedangkan kita berpecah untuk menghilangkan sesuatu.

ULASAN : Yang mengamalkan politik pecahbelah itu UMNO atau PAS? Pengasingan ini tidak dapat dielak apabila kita berbicara soal iman dan kuffar. Pengasingan ini adalah keutamaan Rasulullah saw ketika di Makkah.

Lupakah Mufti Harussani tentang rayuan musyrikin Makkah kepada Abu Talib yang meminta Abu Talib menasihatkan Rasulullah saw agar menghentikan dakwahnya bagi mengelakkan bangsa Arab berpecah?

Rayuan ini jugalah yang sedang diusahakan oleh Mufti Harussani sekarang ini. Hujahnya - mengelakkan Melayu berpecah. Melayu berpecah atau UMNO dikuburkan? Renungkanlah soalan itu wahai Mufti Harussani.

Dalam hal ini, kami juga ingin memberikan jawapan kepada Mufti Harussani sama seperti jawapan yang Rasulullah saw berikan kepada Abu Talib.

Wahai Mufti Harussani, kami tidak akan menghentikan tanggungjawab dakwah dan jihad ini walaupun matahari di letakkan di tangan kanan kami dan bulan diletakkan di tangan kiri kami. Kami mencari keredhaan Allah swt dan bukan anugerah Datuk Seri mahupun Tan Sri.


Mereka (orang Cina) berpecah supaya banyak suara atau banyak jurusan bagi membolehkan mereka menuntut sesuatu demi kepentingan bangsa mereka, begitu juga dengan kaum India, mereka berpecah supaya mereka mempunyai banyak jalan bagi menyuarakan tuntutan atau pandangan. Tetapi bagaimana dengan orang Melayu?

ULASAN : Memang tepat sekali apa yang dianalisa oleh Mufti Harussani. Memang begitulah pendekatan masyarakat Cina dan India. Kenapa? Kerana mereka tahu membezakan diantara kepentingan anak bangsa dan kepentingan tembolok dan perut sendiri.

Orang Melayu (baca sebagai UMNO) pula gagal menggunakan pendekatan sedemikian kerana gagal membezakan di antara kepentingan masyarakat dan kepentingan tembolok dan perut sendiri.

Kenapa masyarakat Melayu (baca sebagai ahli dan pemimpin UMNO) jadi begitu? Mudah. Kerana tidak ada iman dalam diri mereka.


Kita memaki hamun sesama kita dan berpatah arang, berkerat rotan. Ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk sekali. Ini bukan daripada etika Islam bahkan ia etika syaitan. Maka itu saya cukup kecewa apabila orang Islam sendiri menolak perpaduan dan lebih mementingkan perpaduan dengan bangsa asing daripada bersama orang Melayu.

ULASAN : Rasulullah saw pernah memanggil beberapa orang musuh Islam sebagai celaka. Malah, Allah swt sendiri mencelakakan Abu Lahab di dalam al-Quran. Maknanya, melafazkan sesuatu kalimah itu biar sesuai dengan tempatnya.

Kita amat memahami keterlanjuran kata kata beberapa pimpinan PAS suatu ketika dulu dan kita mengakui kesilapan dan keterl;anjuran itu serta kita memohon keampunan ke atas-Nya tetapi apa kurangnya pimpinan UMNO?

Jika tindakan bercakap kasar itu dianggap sesuatu yang tidak wajar seperti mana yang difahami oleh Mufti Harussani, maka salahlah tindakan Rasulullah saw memanggil pimpinan Quraisy sebagai celaka.

Jika apa yang dilakukan oleh kami itu dianggap "etika syaitan", maka Mufti Harussani juga menjatuhkan hukuman yang sama ke atas Rasulullah saw. Nau'uzubillah....

Apalah gunanya kami menghulurkan damai buat saudara sebangsa yang sudah 50 tahun mengkhianati dan menindas kami. Oleh itu, apa salahnya kami menerima salam persaudaraan daripada masyarakat bukan Islam yang jujur dan terbuka dengan kami.

Betul, mereka bukan Islam tetapi mereka terbuka untuk mendengar hujah Islam. Itu dakwah. Sama ada mereka menemui hidayah ataupun tidak, itu urusan Allah swt. Yang penting, kami istiqamah dengan dakwah ini. Mereka tidak menikam kami daripada belakang seperti mana saudara sebangsa kami yang bernama UMNO itu.


Kita jangan lupa kedudukan Melayu dalam negara ini, hanya berapa peratus sahaja. Mungkin kalau kita bandingkan dari segi pecahan Islam dan bukan Islam, mungkin 50-50. Ia bermakna kalau kita berpecah suara kita menjadi minoriti, jadi bila kita hendak berjaya?

ULASAN : Betul, peratusan masyarakat Melayu semakin menurun walaupun sepatutnya lebih meningkat selepas lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan jasadi.

Renungkan wahai Mufti Harussani, adakah PAS yang perlu memikul tanggyngjawab merosotnya peratusan itu? Atau adakah UMNOlah punca kemerosotan ini?

Kenapa bila sudah nyawa nyawa ikan baru terpancul idea Kerajaan Perpaduan ini? Kenapa UMNO tidak mencadangkan idea ini ketika mana kerajaan Kelantan pimpinan PAS hanya memiliki kelebihan satu kerusi sahaja? Bukankah di Kelantan itu lebih 90% rakyatnya beragama Islam?

Perkauman sekali pemikiran Mufti Harussani.


Dalam masa 18 tahun kebelakangan ini, ekonomi orang Melayu tidak bergerak, kaum Cina meningkat kepada 42 peratus, India (35 peratus), orang Melayu sudah 18 tahun tidak meningkat. Dalam 18 tahun itu juga, orang India yang sebelum ini berada di bawah orang Melayu kini naik mengatasi orang Melayu, kaum Cina yang sudah tinggi, kini melonjak, orang Melayu ketinggalan di belakang. Oleh itu, kalau kita berpecah lagi, keadaan umat Islam akan menjadi bertambah buruk. Allah sudah menyatakan perkara ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang mengingatkan kita bahawa jangan kamu berpecah, kamu akan gagal dalam hidup ini. Akan hilang wibawa kamu dalam masyarakat. Itu Tuhan sudah sebut terang-terang, kenapa kita memilih jalan perpecahan, ini yang saya paling kecewa.

ULASAN : Sekali lagi, adakah PAS yang perlu memikul tanggungjawab kemerosotan itu?

Bersatu padu yang dimaksudkan oleh al-Quran adalah bersatu padu atas paksi al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Bukannya bersatu padu secara sembrono di atas apa apa sahaja paksi yang disukai.

Wahai Mufti Harussani, alangkah bahagianya hidupmu di akhirat nanti jika kekecewaanmu itu adalah kekecewaan akibat gagal mandaulatkan Islam di tanahiar ini. Malangnya, kekecewaanmu itu adalah kekecewaan kepada runtuhnya asabiyyah jahiliyyah.


MINGGUAN : Tetapi Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa pernah ditipu suatu ketika dahulu, apakah ini wajar?


HARUSSANI : Tak kan kerana perkara itu, ia tidak boleh dimaafkan? Kalau itu satu pengalaman tidak bolehkah kita baikinya supaya tidak berulang? Kita sudah ada perjanjian bagi memastikan perkara itu tidak berlaku lagi. Anak kita pun kadang-kadang buat salah dengan kita tetapi kenapa kita boleh makan bersama semula dan boleh beri nasihat? Allah pun menyeru memohon keampunan kepada-Nya dan menyuruh kita bermaaf-maafan.

ULASAN : Takkan Rsulullah saw tidak boleh memaafkan Yahudi Khuraizah apabila pimpinan mereka datang meminta maaf daripada Rasulullah saw atas pengkhianatan yang mereka lakukan bagi memerangi Rasulullah saw dan Islam?

Ibarat itulah soalan yang ingin ditanya oleh Mufti Harussani gamaknya.

Tidak perlu hurai panjang soal pengkhianatan UMNO kepada Islam dan PAS kerana sejarah Yahudi Khuraizah itu sedang dipertontonkan semula di Malaysia. UMNOlah Yahudi Khuraizah yang saya maksudkan.

Memang perjanjian akan ditandatangani. Mustahil untuk perjanjian besar seperti ini berlaku secara lisan dan hanya bersaksikan air liur sahaja. Namun, sedarlah Mufti Harussani bahawa rejim Israel mengkhianati semua perjanjian yang ditandatangani dengan saudara kita di Palestin? Begitu juga UMNO. Saya tidak mengatakan UMNO adalah Israel tetapi hanya memberikan contoh sahaja. Namun, jika UMNO berasa hati, saya mengalu-alukannya kerana itu bererti tembakan saya tepat ke sasaran.


Jadi tak kanlah hanya kerana satu peristiwa itu, kita hendak menjadikan sandaran, apakah kita hendak hancur? Ini yang menjadi masalah. Atau kita hendak pakai juga pepatah, biar papa asal bergaya? Maknanya kita jadi hero tetapi kita kalah, kita kecundang, apa gunanya semua itu.

ULASAN : Adakah Islam hancur selepas Yahudi Khuraizah dihukum bunuh kaum lelakinya? Hukum bunuh itu bererti pintu damai tertutup rapat. Sekali lagi, adakah Islam hancur seelpas itu?

Jawapannya, tidak. Malah, islam semakin maju dan gemilang. Begitulah Islam selepas riwayat Yahudi Khuraizah ditamatkan.

Begitu juga di Malaysia ini. Adakah Melayu hanya dianggap bersatau sekiranya adanya UMNO? Dan adakah Melayu dianggap berpecah sekiranya berbondong bondong meninggalkan UMNO?

Jangan buta sejarah wahai Mufti Harussani.


Saya tidak peduli, apa pun orang nak tuduh bila saya bercakap macam ini. Di Kuala Lumpur, orang-orang muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kata Mufti Perak sudah masuk UMNO, saya tidak pernah masuk mana-mana parti , UMNO pun tak suka saya.

Kalau UMNO tidak betul, UMNO saya 'bantai', kalau raja tak betul, raja saya 'hentam' saya nak kisah apa. Malah suatu masa dulu, Suharto ketika minum bersama saya, bila dia cakap tak betul dari segi hukum berkaitan faedah (bunga) bank, saya tegur. Pada hal seluruh ulama Indonesia sentiasa menyokong apa sahaja yang beliau kata, tetapi saya tidak.

ULASAN : Nak jadi kafir nih tak perlu isytihar keluar agama secara formal. Cukup setakat merestui tindakan yang membawa kepada kekafiran itu sahaja.

Sama jugalah dalam hal menjadi ahli UMNO dengan mengisi borang UMNO dan tidak mengisi borang UMNO maka tidak menjadi ahli UMNO. Borang tu soal formaliti sahaja. Harap sangat Mufti Harussani tidak menggunakan hujah bodoh ini lagi selepas ini.

Hentam UMNO? Yer ker? Hentam Sultan? Yer ker? Hentam Suharto? Perlu ker berbangga dengan semua itu? Wahai Mufti Harussani yang bijaksana, kenapa menghentam? Bukankah menghentam itu tidak wajar dan sangat kasar sifatnya? Kenapa tidak menegur secara berhemah? Itu kan semangat perpaduan?


MINGGUAN : Masalahnya apabila seseorang bertaraf Mursyidul Am dalam Pas bercakap, orang lebih mempercayai kata-katanya biarpun dia mengecam sesama Islam.


HARUSSANI : Kita pun tidak menafikan perangai pemimpin UMNO dahulu, sombong dan berlagak, tetapi sekarang sudah ada kesedaran berhubung kesilapan yang dilakukan. Tetapi kalau kita masih dengan hujah masing-masing, itulah masalahnya. Kita sudah tengok kaum India yang merupakan kelompok kecil sudah mempunyai suara yang cukup kuat tetapi kita semakin lemah kerana berpecah.

ULASAN : Untuk makluman Mufti Harussani, pemimpin UMNO dahulu atau pemimpin UMNO sekarang tiada bezanya. Tetap juga seperti itu. Sombong. Bongkak. Tamak. Jahil. Dungu. Macam macam ada.

Ada kesedaran? Kesedaran atau talian hayat untuk terus menjamin UMNO mampu survive?

Kaum India mempunyai suara yang cukup kuat setelah mereka beramai ramai say goodbye to MIC dan BN. Harap Mufti Harussani tidak menjadi munafik seperti katak di bawah gelas yang melihat perubahan dunia luar tetapi tetap tidak mahu berubah.

Sudah melihat cahaya kebenaran tetapi masih tetap mahu menegakkan benang yang basah dan membela kejahilan. Kami berusaha meruntuhkan tembok kejahilan tetapi Mufti Harussani menyenteng jubah untuk mengukuhkan semula tembok jahiliyyah itu.


MINGGUAN : Bagaimanakah kita hendak satukan orang Melayu, kalau penyokong parti masing-masing terus mengamalkan politik sempit?


HARUSSANI : Kita lupakan soal politik, kita balik kepada agama kita, balik kepada Tuhan kerana Islam menyuruh kita bersatu kerana kita bersaudara sesama Islam, haram memutuskan silaturahim. Kembalilah kepada ajaran Islam jangan terlalu banyak politiking.

ULASAN : Balik kepada Islam, bererti kuburkan jahiliyyah dan asabiyyah. Balik kepada Allah swt bererti iqamatuddeen wa siyasatuddunyabih.

Bukan bererti balik kepada jahiliyyah dan asabiyyah. Allah swt telah memuliakan kita dengan Islam dan iman. Jangan khianati baiah kita dengan Allah swt dan Rasulullah saw.


Kita berpolitik dengan tujuan mentadbir negara sahaja, bukan untuk berkelahi sesama kita, tetapi malangnya apa yang berlaku sekarang apabila orang Melayu kita masuk politik mereka menjadi taksub. Apabila bersikap demikian maknanya orang lain tak betul dia sahaja yang betul.

ULASAN : Politik itu adalah sebahagian daripada Islam. Jika Mufti Harussani meminta kita melupakan politik, maka itu bererti Mufti Harussani meminta kita memejamkan mata kepada ribuan ayat al-Quran yang menyebutkan soal perundangan dan pemerintahan.

Islam tersebar luas dan menjadi gemilang selepas Islam mandapat kuasa pemerintahan dan usaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan itu bermula daripada bawah. Tidak boleh secara rampasan atau paksaan seperti mana yang Mufti harussani restui di Perak.

Berdosakah jika kita ta'sub kepada Islam? Berdosakah jika kita ta'sub kepada jalan jalan yang dilalui oleh Rasulullah saw? Ta'subkah kita jika kita memegang sungguh sungguh isi kandungan al-Quran?

Wahai Mufti Harussani, anda telah berjaya menjadi pembela UMNO yang sudah nyawa nyawa ikan itu.


Contohnya, krisis politik di Perak, apabila pakatan pembangkang membawa kes itu ke mahkamah, pada mulanya mereka menang, mereka seronok. Kemudian apabila UMNO membuat rayuan dan menang, mereka (pakatan pembangkang) kata ini tidak boleh, ini tidak betul. Persoalannya apakah (keputusan) yang dahulu betul? Tak kan dulu seorang hakim dan sekarang tiga hakim, tiga yang buat salah. Kemudian buat rayuan kepada Mahkamah Agung, lima hakim yang bersidang membuat keputusan yang sama, jadi tak kan kita tidak mahu terima, tak kanlah hakim-hakim itu berat sebelah.

ULASAN : Janganlah bercakap dan berhujah berpandukan maklumat daripada media. Mufti Harussani sepatutnya melihat peruntukan undang undang yang ada. Selain itu, Mufti Harussani juga sepatutnya menganalisa sistem kehakiman negara ini yang penuh kepincangan itu.

Lubang fitnah di mana mana. Amat diharapkan Mufti Harussani tidak tersembam ke dalam lubang lubang itu. Lebih malang lagi jika Mufti Harussani adalah diantara makhluk yang mempertahankan lubang lubang fitnah itu.


Oleh itu, saya tidak boleh terima tindakan pembangkang tetapi bila saya cakap macam ini mereka kata saya anti Pas, bila keluar kenyataan saya dukacita kerana kerajaan perpaduan gagal, mereka kata patutlah dapat (dianugerah) Tan Sri, sedangkan saya tak tahu fasal 'Tan Sri'. Sebelum ini saya berada di Mekah, balik sahaja ada surat suruh terima, bukan UMNO yang beri tetapi Yang di-Pertuan Agong.

ULASAN : Betul, yang memberikan anugerah itu adalah Yang di-Pertuan Agong tetapi pihak manakah yang mencadangkannya? Kita amat yakin, Tuanku Mizan yang kita kasihi itu tidak bermimpikan Mufti Harussani di dalam tidur malamnya.


MINGGUAN : Ada pihak mengkritik meminta Tan Sri jangan campur urusan politik, apa komen Tan Sri?


HARUSSANI : Saya cuba melihat perjalanan politik mereka dan saya lihat ia tidak betul dari segi syarak, itu yang saya tegur. Begitu juga bila UMNO bersikap tidak adil atau sombong, saya akan tegur. Dalam soal Pas, saya pun tahu sikit-sikit fasal hukum Islam, oleh itu apabila apabila saya melihat tindakan mereka menyeleweng daripada hukum syarak, itu saya tegurlah. Tak kanlah kerana itu pun nak suruh saya masuk UMNO.

ULASAN : Tidak betul dari sudut syara' Islam atau syara' Mufti Harussani? Wahai Mufti Harussani, jangan jadi munafik yang berjubah.

Kenapa Mufti Harussani diamkan soal betapa mendedah auratnya pakaian isteri isteri pemimpin UMNO? Bukankah menutup aurat itu wajib? Bukankah dengan sengaja mengengkari perkara wajib itu bererti menolak hukum Allah saw?

Bukankah mendiamkan diri kepada kemungkaran dan kemaksiatan seperti mana yang diamalkan oleh Mufti Harussani itu bererti cuba mancabar kekuasaan Allah swt? Bukankah mencabar kekuasaan Allah swt itu bererti rosak aqidahnya? Bukankah rosak aqidah itu neraka tempatnya? Na'uzubillah......


Memang saya tidak tahu politik, kalau nak suruh cakap fasal politik, saya tak tahu, suruh cakap fasal ekonomi, saya bukan ahli ekonomi. Sebab itulah kebanyakan ustaz-ustaz yang menjadi ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), apabila orang bahas ekonomi, dia tidak boleh bercakap. Golongan ustaz-ustaz ini hanya tahu soal dakwah, tidak tahu fasal politik. Kita perlu faham politik ini harus tahu semuanya.

ULASAN : Untuk makluman Mufti Harussani, Islam berdiri atas empat tunggak utama iaitu ibadat, mu'amalat, jinayat dan munakahat. Jinayat itu perundangan. Perundangan itu berdiri dengan kekuatan politik. Setiap individu muslim wajib berpaksi kepada empat tunggak ini. Lebih lebih lagi para ulama termasuk mufti.

Jika Mufti Harussani menyebutkan bahawa beliau tidak tahu soal politik, maka itu bererti beliau belum layak menjadi mufti. Undurlah jika Mufti Harussani menyedari kelemahan diri dengan tulus ikhlas dan bukan berniat mahu menunjukkan Mufti Harussani bersikap rendah diri.


Sebab itu saya tidak mahu terlibat dalam politik, kalau mahu dah lama saya boleh berbuat demikian. Saya fikir kalau saya jadi ahli Parlimen atau ADUN, jika orang bercakap perkara saya tak tahu, buat apa. Kita tengok dalam Parlimen, apabila bercakap soal agama Islam ia lebih banyak menyentuh soal zakat, wakaf dan urusan pejabat agama, itu sahajakah? Sedangkan banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan, begitu juga ahli UMNO, kalau soal Islam tanya fasal berapa kutipan zakat, sepatutnya tak perlu tanya, itu kita punya.

ULASAN : Janganlah memandang rendah kepada kemampuan orang lain kerana yang dinilai di sisi Allah swt hanyalah taqwa dan bukannya label ulama atau profesional. Mufti Harussani tidaklah perlu menjadikan kelemahan dirinya sebagai kelemahan orang lain juga.

Telitikan hansard Parlimen. Telitikan ucapan almrahum TG Hj Fadhil Mohd Noor. Telitikan ucapan TG Hj Hadi Awang. Telitikan ucapan Ust Abdul Halim Abdul Rahman. Janganlah kita membutakan mata kita serta mata hati kita semata mata untuk menjilat pemimpin UMNO wahai Mufti Harussani.


MINGGUAN : Adakah dalam soal perpecahan umat Islam ini, para alim ulama harus campur tangan?


HARUSSANI : Selamanya kita sudah memainkan peranan, tiap kali bersyarah saya akan membangkitkan soal perpaduan, soal silaturahim, saya bangkit soal etika permasyarakatan, jangan lupa hukum bermasyarakat kerana kalau kita lupa dan buat silap sikit kita boleh menjadi fasiq, tapi siapa yang peduli?

ULASAN : Nampak gayanya, hanya itu sahajalah "hukum Islam" yang difahami oleh Mufti Harussani. Patutlah Kerajaan Perpaduan begitu dipertahankannya.

Wahai Mufti Harussani, bagaimanakah pula hukum menutup aurat? Bagaimanakah pula hukum meminta, memberi dan menerima rasuah? Bagaimanakah pula hukum letup meletup manusia secara hidup hidup? Bagaimanakah pula hukum meletupkan mayat?

Semua ini memerlukan penjelasan hukum secara jelas dan tuntas. Jangan Mufti Harussani menyempitkan skop hukum Islam kerana jika hanya tajuk tajuk itu sahaja yang Mufti Harussani pandang sebagai hukum Islam, maka tidaklah perlu al-Quran itu sampai 30 juzuk jumlah isikandungannya.

Kenapa tidak ada sesiapa pun yang mempedulikan apa yang Mufti Harussani syarahkan? Mudah. Kerana Mufti Harussani tidak mengajar dengan sikap tawadhu' dan rendah diri. Mufti Harussani tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak amanah dengan ilmu ilmu al-Quran.


Ketika memberikan tazkirah sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, semalam (Khamis) saya bercakap sedikit sahaja mengenai sembahyang. Saya tidak kupas berapa rakaat sembahyang, saya tekankan soal firman Allah bahawa sembahyang itu mencegah kamu daripada perbuatan keji dan mungkar. Bila kita sembahyang, pejamkan mata dan cuba lakukan pembetulan dalam diri, apakah kita mempunyai sifat-sifat seperti ego, takbur, sombong, marah, mengumpat orang dengki atau khianat kepada orang lain. Kalau ada sifat itu masa sembahyang kena buang, kalau ada sifat itu ketika sembahyang, maka sembahyang kita tidak terpakai, ini Allah tegaskan dalam Firman-Nya yang bermaksud; Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari daripada hikmah sembahyang itu sendiri. (al-Maa'uun: 4-5)

ULASAN : Betul, solat mencegah diri kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Itulah indicator sama ada solat kita itu diterima oleh Allah swt ataupun ditolak.

Masalahnya, Mufti Harussani hanya menembak peluru ke arah PAS tanpa sedikit pun rasa malu. Sedarkah Mufti Harussani bahawa peluru Mufti Harussani itu kini memakan diri? Contohnya, bangga diri itu bersarang rapat di hati dan percakapan Mufti Harussani sendiri. Perlukah untuk Mufti Harussani menyebutkan "tazkirah di hadapan Timbalan Perdana Menteri"? Bukankah itu riya, ujub dan takabbur namanya?

Allah swt jawab tunai kepada Mufti Harussani dengan menggunakan mulut dan lidah Mufti Harussani sendiri.


Itu semua harus dihapuskan, bila sembahyang lahirlah dia sebagai insan Rabbani. Bila kita tidak ada sifat-sifat tak baik itu, kalau dia menjadi pemimpin ia akan menjadi pemimpin yang adil, pemimpin yang bertimbang rasa, bertanggungjawab dan jujur. Kalau dia seorang bapa dia seorang bapa yang bertanggungjawab, kalau suami dia akan berikan hak kepada isteri dengan sebaik-baiknya, kalau dia isteri dia akan menjaga suami dan anaknya.

ULASAN : Rabbanikah sifatnya pimpinan UMNO itu? Adilkah sifatnya pimpinan UMNO itu? Bertimbangrasakah pimpinan UMNO itu? Jujurkah pimpinan UMNO itu?

Kenapa ambil contoh tanggungjawab isteri kepada suami dan tanggungjawab suami kepada isteri dan anak anak sahaja? Kenapa sukar sangat untuk Mufti Harussani membuka mulut tentang pemerintahan taghut Barisan Nasional?!


MINGGUAN : Adakah kuasa yang menjadi penyebab atau faktor yang tersirat di sebalik yang tersurat menjadi punca keengganan menjayakan kerajaan perpaduan ini?


HARUSSANI : Jika kuasa menjadi matlamat sampai bila-bila pun perpaduan umat Islam tidak akan dapat dicapai dan pelaksanaan kerajaan perpaduan tidak mampu dilakukan. Sepatutnya, kuasa politik yang kita ada itu digunakan untuk mencapai perpaduan, keadilan dan persaudaraan.

ULASAN : Seperti yang disebutkan di atas, Rasulullah saw berhijrah ke Madinah kerana ingin mendapatkan suatu kelapangan untuk menyebarkan Islam dan Islam menjadi mantap setelah Rasulullah saw menubuhkan negara Islam Madinah. Bukankah itu menunjukkan kuasa politik akan memberikan kesan yang gemilang kepada Islam.

Lihat sahaja sejarah Salahuddin al-Ayubi. Lihat sahaja sejarah Muhammad al-Fateh. Kuasa politik dimanfaatkan sebaiknya untuk menyebarkan Islam.

Kenapa "kegagalan" perpaduan Islam hanya dihalakan kepada PAS? UMNO itulah yang menjadi agent perpecahan terbesar dan terulung di negara ini. Kenapa Mufti Harussani terlalu mempertahankan UMNO?

Jika benar UMNO mahukan perdamaian dan perpaduan seperti yang dipertahanakan oleh Mufti Harussani, UMNO sewajibnya memulangkan semula semua dan segala apa yang dirampas daripada kerajaan Pas di Kelantan sejak tahun 1990.

Bukankah ini suatu keadilan bagi masyarakat Kelantan khususnya ummah yang cintakan Islam di sana? Kenapa Mufti Harussani kelihatan begitu enggan mengakui hal ini? Mufti Harussani bukan sekadar munafik, malah zalim dalam konteks membicarakan keadilan kepada masyarakat Kelantan terutamanya ummah yang cintakan Islam yang terdapat di sana.

Berbalik kepada konsep solat tadi, Mufti Harussani gagal menzahirkan sifat adil dalam dirinya. Adakah solat Mufti Harussani dinilai di sisi Allah swt? Wallahu a'lam........


Sebab itulah orang Arab tidak boleh menang melawan Israel. Begitu juga apabila setiap negara mengatakan ia lebih kuat daripada yang lain. Contohnya, Libya dan Mesir, sudah beberapa kali mereka berpecah akibat perbezaan politik. Ia berlaku kerana masing-masing merasakan mereka lebih berkuasa, ini masalahnya.

ULASAN : Negara Arab gagal mengalahkan Israel kerana masing masing telah meminggirkan Islam. Bukan kerana keengganan negara Arab untuk bersatu padu. Perpaduan itu mesti dan wajib atas paksi Islam. Kenapa Mufti Harussani kelihatan seperti amat jijik untuk menjadikan Islam sebagai paksi dan tunggak perpaduan?

Lihat sahaja HAMAS dan Hezbollah. Rejim Israel begitu gerun kepada pertubuhan ini. Mereka bukan sebuah negara. Mereka hanya sebuah pertubuhan. Namun, HAMAS mampu menghalau rejim Israel daripada Gaza. Namun, Hezbollah mampu menghalau rejim Israel daripada selatan Lubnan.

Semuanya kerana iman dan aqidah. Bukannya atas semangat asaboyyah Arab. Negara Arab gagal menentang Israel kerana masing masing mempunyai semangat asabiyyah yang tinggi seperti mana UMNO yang dibela bermati-matian oleh Mufti Harussani.

Janganlah kita bercakap seperti kita serba tahu supaya orang yang membaca kenyataan kita tidak mentertawakan kita wahai Mufti Harussani.


Kalau kuasa itu menjadi matlamat, maka kita tidak akan berjaya tetapi kalau matlamat kita adalah untuk melahirkan kedamaian, persaudaraan dan keadilan itu maka ia akan berjaya.

ULASAN : Tidak perlulah untuk anda mengulang ulang kalimah perdamaian, persaudaraan dan keadilan jika anda gagal untuk menyelami perasaan dan penderitaan keluarga mangsa ISA.

Mana hilang kedamaian hidup keluarga mangsa ISA ini? Mana hilang semangat saudara sesama Islam para mufti khususnya Mufti Harussani? Mana hilang keadilan untuk untuk mereka?

Bercakap dan bersuaralah atas perkara perkara kebenaran wahai Mufti Harussani. Janganlah menegakkan benang yang basah. Janganlah dipakaikan jubah kepada babi dan anjing kerana walaupun berjubah, babi tetap babi dan anjing tetap anjing.


Dalam soal ini, kedua-dua parti terlibat, UMNO pun kalau mereka melihat kepada kuasa sahaja, ia tak kan ke mana, saya bukan nak kata kepada Pas sahaja.

ULASAN : Tidaklah perlu Mufti Harussani berhujah begini kerana keseluruhan temuramah ini sudah memaparkan warna sebenar hati Mufti Harussani.


MINGGUAN : Kalau persengketaan ini berterusan apa yang berlaku kepada orang Islam?


HARUSSANI: Jika ini dibiarkan berterusan, orang Islam akan hancur. Bila berpecah, kita akan jadi lemah dan hilang wibawa termasuk kuasa politik. Jika ini berlaku, hancurlah kita, ini yang saya lihat.

ULASAN : Yang menuju kehancuran itu orang Islam atau UMNO? Janganlah kehancuran UMNO itu dibaca sebagai kehancuran Melayu dan Islam kerana tidak ada apa apa pun yang UMNO(baru) buat untuk memartabatkan Islam di tanahair kita ini.


Ada bertanya kenapa saya berani bercakap, Saya hanya bercakap yang hak (benar), apa hendak jadi, jadilah. Politik tidak lagi dilihat sebagai alat tetapi bagi mendapatkan matlamat iaitu kuasa, kalau itu tujuannya habislah orang Melayu dan Islam.

ULASAN : Berani bercakap dengan penuh bermaruah atau berani bercakap tanpa maruah? Bukan soal berani bercakap. Soalnya bercakap dengan penuh rasa bermaruah atau bercakap secara tidak bermaruah?

Jika berani bercakap itu yang dipertimbangkan, maka samalah Mufti Harussani dengan Katak Pasir Mas dan P:asir Salak yang suka menyalak itu.

Jika politik itu bukan alat untuk mendapatkan kuasa, apa lagi yang mahu dinamakan politik itu? Apa yang penting, bukan alat tetapi cara berpolitik supaya tidak sampai diperalatkan oleh politikus rakus seperti pimpinan UMNO yang gelojoh serta tamak haloba itu.

Hanya individu tidak bermaruah sahaja yang akan membiarkan dirinya diperalatkan untuk menetang Islam. Adakah Mufti Harussani diperalatkan? Jawapannya, YA.


MINGGUAN : Apa yang paling merisaukan ialah keyakinan orang kepada individu bertaraf ulama, akibatnya apa sahaja dia cakap orang akan percaya, biarpun ia boleh memberi kesan yang buruk kepada perpaduan umat Islam, apa komen Tan Sri?


HARUSSANI : Rasulullah pernah mengingatkan takutlah kamu kepada penyelewengan ulama kerana dia mempunyai pengaruh. Tetapi kita sama-sama Islam dan berilmu kita boleh timbang sendiri, jangan kita taksub tak tentu fasal, lepas itu kita gelar orang macam-macam, dari segi syarak itu haram.

ULASAN : Betul. Kami setuju. Ulama yang suka menyeleweng itu kebiasaannya ulama yang sanggup duduk bersama sama dengan pemerintah yang zalim. Daripada mulut ulama yang seperti inilah akan munculnya fitnah fitnah yang mencemarkan kesucian Islam.

Kita juga bersetuju dengan pandangan Mufti Harussani bahawa kita tidak boleh ta'sub kepada ulama ulama sebegini. Ilmu yang kita miliki, insyaAllah, akan mampu membuatkan kita pandai mengenali ulama "fulus" ini.

Mufti Harussani adalah di antaranya.


Firman Allah: Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk… (al-Hurujat: 11).

ULASAN : Tidak timbul soal mencela. yang ada hanyalah menegakkan kebenaran. Cela mencela yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah bercerita tentang keburukan orang lain sedangkan keburukan itu sebenarnya tidak wujud.

Menegakkan dan menyatakan bukanlah mencela. Jika menyatakan kebenaran itu disifatkan sebagai mencela, maka Mufti Harussani boleh duduk sebilik dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang pernah menyebutkan "Muhammad mencela Tuhan Tuhan kita" sedangkan Muhammad sebenarnya menyatakan dan menegakkan kebenaran.


Tetapi apa yang kita lihat ada panggil orang komunis, ayah pin, ini apa? Tambahan pula yang dengar itu pula orang tak tahu. Contohnya seorang doktor bila dia bagi ubat orang percaya, tok bomoh cerita fasal penyakit barah orang terus percaya sebab dia tok bomoh. Pada hal dia pun tak tahu apa-apa.

ULASAN : Itu bukan mencela. Itu sekadar perumpamaan berdasarkan persamaan yang wujud diantara UMNO, Ayah Pin dan komunis.

Jika kita menyebutkan Mufti Harussani sama seperti seekor keldai. Adalah Mufti Harussani seperti keldai? Tentu tidak. Yang disamakan itu hanyalah persamaan persamaan yang wujud. Bukannya secara jasadi.

Janganlah diberikan contoh yang kurang cerdik wahai Mufti Harussani. Anda seorang Mufti. Bukannya seekor keldai. Janganlah diambil bomoh-barah itu sebagai hujah. Janganlah menjatuhkan maruah institusi mufti.


MINGGUAN : Islam menerima perbezaan pendapat. Malah al-Quran dalam surah an-Nisa' ayat 59 menjelaskan bagaimana menghadapi perbezaan pendapat. Soalnya, mengapa terdapat parti-parti politik yang terlibat tidak mahu mentaatinya?


HARUSSANI : Dalam ayat itu Allah berfirman yang maksud-Nya, Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan ulil amri, kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.

ULASAN : Alangkah baiknya jika keseluruhan ayat ini ditafsirkan secara jujur dan amanah oleh Mufti Harussani.


Sepatutnya, sebagai saudara seagama, kita patuh kepada arahan Allah. Kita juga wajib patuh kepada pemerintah selagi mana tidak diarahkan membuat maksiat. Kalau tidak taat, maka kita durhaka. Sekali pun jika pemimpin itu zalim.

ULASAN : Ketaatan kepada Allah swt adalah ketaatan yang mutlak. Tanpa ragu ragu. Tanpa sebarang persoalan. Ketaatan kepada Rasul juga adalah ketaatan yang mutlak. Tanpa ragu ragu. Tanpa persoalan. Kedua dua ketaatan ini adalah ketaatan tanpa syarat. Ketaatan mutlak.

Namun, wajib difahami bahawa ketaatan kepada pemimpin adalah ketaatan yang bersyarat iaitu selagi mana pemimpin itu memimpin kita dengan berteraskan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.

Haram bagi kita untuk mentaati pemimpin yang berlaga arus dengan Islam iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Jika ada dikalangan kita yang menyebutkan wajib mentaati pemimpin walaupun pemimpin zalim seperti mana yang dikatakan oleh Mufti Harussani, maka pandangan itu wajib disanggah dan ditolak berpandukan pesanan Rasulullah saw yang menyebutkan tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah swt.

Mufti Harussani sangat keterlaluan pandangannya mengenai soal ketaatan kepada pemerintah.


Rasulullah SAW bersabda: Bantulah saudaramu baik yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Baginda ditanya, Kalau yang dizalim kami boleh menolong tetapi bagaimana dengan yang menzalimi wahai Rasulullah? Baginda menjawab, kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara kita menolongnya.

ULASAN : Membantu yang menzalimi dalam konteks PAS-UMNO adalah membubarkan UMNO atau menentang UMNO sehinggalah UMNO menerima Islam sebagai ad-deen wa ad-daulah. Bukannya PAS menerima UMNO dengan tangan terbuka walaupun luka tikaman UMNO belum sembuh.

Mufti Harussani wajib mentafsirkan frasa "kamu mencegahnya daripada melakukan kezaliman" dalam konteks PAS-UMNO supaya masyarakat faham bahawa apa yang berlaku itu buka celaan atau cacian tetapi lebih kepada dakwah dan teguran.

Kenapa Mufti Harussani meninggalkan ayat ini tanpa ditafsirkan?


Sepatutnya hubungan sesama Muslim itu penuh dengan kasih sayang bukannya menyemai sikap benci membenci atau keras. Ingatlah firman Allah yang maksud-Nya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (Muslim)…(al-Fath; 29)

ULASAN : Bertegas kepada orang kafir itu bukan bererti bertegas kepada batang tubuh individu itu tetapi lebih merupakan ketegasan kepada peri kekufuran.

Berkasih sayang sesama mereka pula lebih kepada menzahirkan sikap lemah lembut dan berkasih sayang kepada saudara seagama dan muallaf iaitu individu individu yang bolehdijinakkan hatinya untuk menerima cahaya Islam dan iman.

Wahai Mufti Harussani, tafsirkanlah. Jangan biar pembaca terpinga pinga dan menyalahtafsirkan ayat ini.


Rasulullah SAW bersabda, "Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh… janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu… jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara."

ULASAN : Hadith ini sewajarnya dikuliahkan oleh Mufti Harussani kepada UMNO kerana semua ciri ciri atau perbuatan yang dinyatakan dalam hadith di atas kena atas batang hidung UMNO.

Kenapa tidak diarahkan sahaja peluru itu ke arah UMNO? Jawapannya, mudah. Kerana siapalah Mufti Harussani tanpa UMNO dan Mufti Harussani adalah satu-satunya dahan bergantung yang UMNO ada.

Jadi, kalau Mufti Harussani minta apa apa pun pasti dapat. Jangan minta nak jadi MB Perak sudahlah.


MINGGUAN : Kesimpulannya, bagaimana kita hendak selesaikan kemelut ini?


HARUSSANI : Kalau ulama perlu ambil peranan untuk selesaikannya, kita harus kembali ke pangkal jalan. Asas utama yang perlu adalah perpaduan, silaturahim dan hormat-menghormati. Perseteruan, pecah belah dan persengketaan adalah ajaran syaitan. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).

ULASAN : Kembali ke pangkal jalan bererti kembali kepada Islam. Bukannya kembali ke pangkuan UMNO atau kembali kepada jahiliyyah wahai Mufti Harussani.

Memang syaitan akan menimbulkan permusuhan dan kekeliruan di kalangan kita tetapi harus kita sedari bahawa syaitan ini adalah dari kalangan jin dan manusia.

Marilah sama sama kita berdoa supaya syaitan manusia bukanlah Mufti Harussani.


p/s : Ulasan ulasan di atas hanyalah hujahan peribadi aku. Jika ada hujah yang salah, harap dapat dibetulkan oleh sahabat sahabat sekalian. Thanks.

1 comment:

  1. Cukuplah tu wahai Tan Sri...bertandinglah nanti di pilihanraya. Saya akan undi Tan Sri walaupun risau Tan Sri akan kalah dan hilang majoriti.....tapi di parlimen Parit Buntar lah. Lawan sama itu mujahid atau lawan Idham di Titi Serong....
    Lepas tu Tan Sri nasihat depa di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat..

    utuhkulirr

    ReplyDelete