Wednesday, June 24, 2009

UKHUWWAH ISLAM - HANGPA HANYA PANDAI SEBUT



Hangpa tau dak apadia ukhuwwah Islam? Ahli PAS wajib tau benda nih. Malah, wajib faham dan wajib amal sebab PAS tu Islam. Malangnya, ramai di kalangan kita hanya pandai sebut dan pandai ulas tapi tak reti nak amal.

Pasai apa jadi macam tu? Pasai iman kita hanya di mulut dan bukan di hati. Sebab tu kita hanya faham setakat "di mulut" jer. 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, dalam PAS, tapi masih gagal nak faham apadia ukhuwwah Islam.

Bila timbul isu Kerajaan Perpaduan yang dinyanyi secara galak oleh UMNO, maka kita yang berperang. Aku tak mau ulas terbahaginya PAS kepada dua kelompok iaitu pro-Kerajaan Perpaduan dan anti-Kerajaan Perpaduan sebab pada aku, apabila selesainya huru hara Kerajaan Perpaduan ini selepas mesyuarat PAS Pusat, maka dua kelompok ini pun hanyut bersama-sama isu tersebut dan jurang yang wujud telah dirapatkan semula.

Apa yang aku nak sebut adalah kelompok kelompok yang suka meniupkan nafiri pengasingan di antara golongan ulama dan profesional.

Ada kelompok yang menjadikan isu Kerajaan Perpaduan sebagai peluru meriam untuk menghentam golongan ulama. Ada juga kelompok yang menjadikan isu Kerajaan Perpaduan sebagai bom atom untuk menghentam golongan profesional.

Lebih lebih lagi apabila 10 Ahli Parlimen PAS yang majoritinya golongan profesional mengeluarkan kenyataan berdiri bersama sama dengan Mursyid al-'Am sedikit masa dahulu.

Sampai hari ni pun, ada malaun malaun masih dok sebut "kita tengok apa nak jadi dengan 10 budak hitam nih". Sampai hari nih pun, ada malaun malaun yang dok tuduh 10 Ahli Parlimen nih sebagai gila jawatan dan tujuan 10 Ahli Parlimen nih mengeluarkan kenyataan itu sebagai jalan untuk mempastikan depa menang dalam PRU 13 nanti.

Bila tanya pasai apa hangpa dok kata lagu nih, malaun malaun nih akan jawab, "kami sayang kat PAS". Hangpa sedaq dak bahawa apa yang hangpa dok jaja tu boleh menghancurkan PAS? Hangpa sedaq dak apa yang hangpa dok canang pi mai pi mai tu boleh menjahanamkan PAS?

Yang hangpa dok protest tu pimpinan atasan. Depa semua tu ada jawatan di Pusat. Hangpa ada apa? Baru takat Ketua Cawangan. Baru takat Ketua Pemuda Kawasan. Baru takat aktivis cawangan. Ada yang pijak Taman Melewar pun tak pernah. Tapi punyalah kalut. Punyalah kelam kabut. Macam dia tau segala galanya. Padahal baru jer jadi Ketua Pemuda Kawasan. Kalau bagi tanggungjawab pun, tak pernah jadi. "jadi" takat di mulut jer.

Kalau hangpa kata "10 budak hitam" nih cuba pecah belah PAS, hangpa kena pikiaq, sapa yang pilih depa? Takkanlah tukang pilih tu bangang kot? Yang bangang tu hangpa. Pasai ego dan bongkak hangpa tu tinggi melangit.

Yang mula mula meletakkan label ulama dan profesional nih adalah UMNO. Lepas tu, kita orang PAS pun guna label yang sama. Maknanya, kita makan racun UMNO. Bila makan racun UMNO, tu yang dok cari jalan nak cantas mencantas tu.

Hangpa ingat, PAS nih hak milik peribadi hangpa ka? Hangpa ingat, PAS nih harta pak hangpa ka? Hangpa ingat, hangpa pakai kopiah putih, hangpa terus naik taraf jadi Tok Guru ka? Hangpa ingat, bila hangpa dah pakai jubah, hangpa ma'sum ka? Kalau hangpa tak muhasah diri hangpa, maka hangpa mungkin layak masuk neraka.

Kalau hangpa tanya SAPA AKU NAK TEGOQ HANGPA?, aku pun nak tanya juga SAPA HANGPA NAK HALANG AKU?

Kesimpulannya, PAS bukan pak hangpa punya sampai semua hangpa nak orang ikut kepala hangpa. Baru dok di cawangan, baru dok di kawasan, dah rasa diri macam dok Dewan Harian PAS Pusat.

Piiiiraahhhh !!!

No comments:

Post a Comment