Thursday, June 11, 2009

KERAJAAN PERPADUAN YANG MEMBAWA KEHANCURAN KEPADA KESATUAN DAN PERPADUAN PAS



Semua pihak bercakap dan mengeluarkan pandangan tentang KERAJAAN PERPADUAN. Saranan yang dicetuskan oleh Presiden PAS ini mengundang polemik berpanjangan dan secara tidak langsung telah mewujudkan suasana panas di kalangan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.

Secara tidak langsung juga, isu KERAJAAN PERPADUAN ini telah menghasilkan rasa kurang selesa ramai ahli PAS ke atas dua orang pimpinan PAS iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Jika diperhatikan dengaan mata kasar, KERAJAAN PERPADUAN ini menjurus kepada pembentukan kerajaan tanpa pembangkang dan pastinya akan dikepalai oleh UMNGOK menerusi Pakatan Puaka Barisan Nasional.

Kelihatan harmoni sekali kerana apa yang digelar KERAJAAN PERPADUAN itu tentulah terdiri daripada menteri menteri dan timbalan timbalan menteri yang mewakili kesemua parti politik di Malaysia. Bersatu sungguh nampaknya.

Tetapi, jika diperhalusi dan diteliti, KERAJAAN PERPADUAN ini sebenarnya akan mendatangkan banyak keburukan dari sudut jangka panjang. Berapa lamakah KERAJAAN PERPADUAN ini akan bertahan dan pihak manakah yang akan mempertahankannya?

Juak juak UMNGOK bermula daripada Presiden UMNGOK sehinggalah penyokong UMNGOK yang berkokok di kedai kedai kopi, semuanya kelihatan gembira sekali dengan idea KERAJAAN PERPADUAN ini. Maka, dijajalah KERAJAAN PERPADUAN ini di mana mana sahaja.

Sepatutnya, PASlah yang menjaja dan mempromosikan KERAJAAN PERPADUAN ini kerana idea itu datangnya daripada minda dan mulut Presiden PAS. Ini tidak. UMNGOK pula yang kelihatan lebih sudu dari kuah sedangkan tidak ada seorang pun pimpinan mahupun bekas pimpinan PAS yang mengeluarkan kenyataan mengenainya kecuali Mustapha Ali yang kononnya bijak dan serba tahu itu.

Oklah. Kita lupakan UMNGOK dan mimpi disiang harinya. Kita google pula ke dalam parti kita yang kita sanggup berkorban apa sahaja untuknya iaitu PAS.

Kita menyokong PAS bukanlah kerana ianya PAS tetapi kerana perjuangan Islam yang dipikulnya. Kita menyokong PAS kerana kita mahu menjadi sebahagian daripada umat Rasulullah saw di dunia ini dan di akhirat nanti.

Kita menolak UMNGOK bukan kerana namanya UMNGOK tetapi kerana dasar perjuangannya yang langsung tidak Islamik itu. Kita menolak UMNGOK kerana kita mahu menyambung amanah yang Rasulullah saw wariskan kepada kita iaitu iqamatuddin wa siyasatuddunya bih.

Puluhan tahun aktivis kita bekerja tanpa mengira waktu mempertahankan maruah dan pegangan jemaah ini. Aktivis kita tidak pernah mengira siapa yang menjadi pimpinan jemaah kita kerana aktivis kita diajarkan konsep wala', taat dan patuh kepada keputusan pimpinan.

UMNGOK adalah musuh yang nyata. Sehingga hari ini, UMNGOK masih belum menunjukkan keikhlasan untuk menerima konsep Islam yang jemaah kita hadami. Walaupun UMNGOK menyeru kita untuk bersatu padu demi survival bangsa Melayu dan Islam tetapi keikhlasan UMNGOK ketara sekali kepura-puraannya.

Dalam keadaan jemaah kita diberikan ruang oleh Allah swt untuk memimpin suatu kelompok lain bagi menumbangkan rejim UMNGOK, kita pula secara tiba tiba menghulurkan tangan kepada UMNGOK bagi menyelamatkan UMNGOK yang sedang kelemasan itu.

Betul, DAP adalah parti bukan Islam dan diterajui oleh golongan bukan Islam. Betul PKR bukan parti Melayu kerana mempunyai gabungan pimpinan pelbagai bangsa dan agama. Betul UMNGOK adalah parti Melayu yang juga bersongkok seperti Mustapha Ali. Namun, ini bukankah asasnya untuk kita hulurkan tangan kepada UMNGOK kerana UMNGOK adalah yahudi Quraizah yang dunia politiknya layak dihukum bunuh semuanya. Jika Saad ibn Muaz masih hidup, mungkin itulah hukuman yang akan beliau jatuhkan kepada UMNGOK.

PAS tidak mempunyai masalah (secara umumnya) dengan rakan rakan Pakatan Rakyat walaupun kerap kali mempunyai perbezaan pandangan. Perbezaan pandangan ini pula kerap kali diraikan secara hati terbuka oleh komponen Pakatan Rakyat baik pimpinannya mahupun ahli dan penyokongnya.

Jadi, kenapa harus PAS meminggirkan Pakatan Rakyat dan menghulurkan tangan kepada UMNGOK yahudi Quraizah itu? Kita bertungkus lumus memikirkan pendekatan yang perlu dan bijaksana bagi menyatupadukan Pakatan Rakyat tetapi tiba tiba tungkus lumus itu menjadi seperti sia sia akibat "KEBIJAKSANAAN" beberapa kerat pimpinan PAS yang sudah putus haid itu.

DAP dan PKR menyanjung tinggi keikhlasan kita, walaupun Islam bukanlah pilihan mereka, walaupun masih terlalu banyak penjelasan yang kita perlu berikan kepada mereka, walaupun masih terlalu banyak soalan daripada mereka yang perlu kita jawab. Seharusnya kita memanfaatkan DAP dan PKR sebagai suatu medan dakwah untuk kita perjelaskan mesej Islam supaya DAP dan PKR faham dan hadami Islam seperti mana kita fahami dan hadami. Bukannya kita memejamkan mata ke arah mereka dan menghulurkan tangan terbuka kepada UMNGOK.

Lupakah kita bahawa tangan tangan UMNGOK itu berlumuran darah dengan darah suci ikhwan Memali dan akhi Othman Talib? Lupakah kita atau kita sememangnya tidak menghargai darah para syuhada itu? Atau dunia telah menjadi kegilaan baru kita? Tanya iman masing masing. Mustapha Ali kena tepuk dada. Nasaruddin kena tepuk dada. Tg Hj Hadi pun kena tepuk dada. Tanya iman masing masing supaya UMNGOK tak tepuk tangan kerana berjaya menjahanamkan Pakatan Rakyat.

Kami ahli bawahan akan bertungkus lumus merealisasikan idea pimpinan tetapi janganlah ajar kami untuk mengkhianati semangat setiakawan kepada sahabat sahabat kami walaupun mereka itu bukan Islam.

Dulu, UMNGOK menjadi punca kepada jauhnya sahabat bukan Islam kepada Islam. PAS berjaya mendekatkan mereka dengan Islam hasil titik peluh kami ahli bawahan. Hari ini, PAS kelihatan seperti mengikut jalan jalan yang pernah dilalui UMNGOK. Jangan sampai sahabat sahabat bukan Islam memandang PAS sebagai pengkhianat sudahlah. Jika kali ini sahabat sahabat bukan Islam menjauhi Islam semula, maka bersedialah untuk mempertahankan diri anda di hadapan Allah swt wahai proksi proksi UMNGOK yang fasih berbahasa Arab sekalian.

Apa sumbangan Mustapha Ali dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Apa sumbangan Tuan Nasaruddin dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Sekadar melemparkan senyum? Atau apa? Jawablah soalan soalan ini dengan jujur.

Kami ahli bawahan yang berada di lapangan inilah yang meleleh peluh memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan sahabat sahabat bukan islam dan menarik mereka mendekati PAS. Bukannya kamu wahai Mustapha. Bukannya kamu wahai Nasaruddin. Kami !!

Anda hanya tahu menyebutkan - "KINI BUKAN ISLAM TELAH BERSAMA SAMA DENGAN KITA DAN MEREKA TELAH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA KITA UNTUK MEWAKILI MEREKA". Memang benar tetapi sedarkah kamu bahawa kami ahli bawahan di lapangan inilah yang bekerja untuk menghasilkan kejayaan itu.

Kami telah berjaya mewujudkan suasana kekeluargaan dengan sahabat sahabat bukan Islam. Kenapa kamu ingin menghancurkannya? Adakah status "PIMPINAN" yang kamu miliki itu membuatkan kamu boleh memutuskan apa sahaja untuk jemaah ini?

Wahai Mustapha, wahai Nasaruddin, wahai TG Hj Hadi, jemaah ini bukanlah milik eksklusif sesiapa sama ada ulama, profesional, penarik beca, petani, nelayan, penoreh getah mahupun anak muda seperti kami. Jemaah ini adalah milik sesiapa juga yang mahu menunaikan tanggungjawab jihad yang difardhukan oleh Allah swt menerusi petunjuk Rasulullah saw.

Janganlah memperbodohkan kami. Syurga itu bukan dikhususkan untuk ulama sahaja dan neraka itu pula bukanlah dikhususkan untuk golongan bukan ulama.

Lebih mulia untuk bekerjasama dengan sahabat sahabat bukan Islam yang mahu memahami Islam daripada bekerjasama dengan UMNGOK yang nyata sekali telah mengkhianati Islam berulang kali.

Betul, kita perlu berdakwah seperti yang dihujahkan oleh Harun Taib, tetapi jika "perlu berdakwah" ini dijadikan hujah untuk mematikan hujah yang lain, maka salahlah keputusan Saad ibn Muaz menjatuhkan hukuman bunuh ke atas yahudi Quraizah dan salahlah Rasulullah saw yang merestui hukuman yang diputuskan oleh Saad ibn Muaz itu.

Yang mencetuskan polemik ini adalah Nasaruddin dan TG Hj Hadi. Kedua duanya wajib memberikan penjelasan dalam kadar yang paling segera supaya polemik ini dapat dihentikan. Siapakah Mustapha Ali untuk berkata "TUTUP MULUT" kepada kami ahli bawahan. Beliau bukannya individu yang mencetuskan polemik ini tetapi tidak tahulah kot kot beliau adalah mastermind di belakang idea mengarut KERAJAAN PERPADUAN ini.

Media pro UMNGOK setiap hari akan menyanyikan lagu KERAJAAN PERPADUAN ini supaya wujud rasa saling curiga mencurigai di kalangan komponen Pakatan Rakyat. Tetapi media pro UMNGOK ini tidak boleh memikul seratus peratus dosa ini sekiranya PAS berpecah kerana yang mencipta lagu bertajuk KERAJAAN PERPADUAN ini adalah Mustapha, Nasaruddin dan Tg Hj Hadi. Kenapa diam? Jawablah segala persoalan yang dibangkitkan oleh kami di bawah ini.

Janganlah dijadikan "wala' kepada pimpinan" sebagai perisai untuk mempertahankan kedunguan tanpa sempadan itu wahai Nasaruddin kerana anda bukanlah individu yang layak untuk bercakap soal wala". Jika pandangan Mursyid al-'Am itu dianggap pandangan peribadi, maka anda adalah kaduk yang naik junjung wahai Nasaruddin.

Nasihat dan pandangan siapa lagi yang kita mahu dengar dan patuh wahai Nasaruddin dan Mustapha? Nasihat Najib? Nasihat siapa?

Buat Mustapha, kami ahli bawahan tidak pernah terlepas bekerja keras dalam setiap kali pilihanraya kecil. Anda tidak perlu mengarahkan kami untuk ke Manek Urai kerana kami tahu tanggungjawab kami sebagai pejuang. Apatah lagi Kelantan adalah negeri Mursyid al-'Am kesayangan kami itu. Nasib baik Manek Urai letaknya di Kelantan dan bukannya di Terengganu. Jika di Terengganu, boleh jadi kami tunggu arahan khusus dulu barulah kami akan turun.

Bukan apa, PAS Terengganu kan ramai tokoh. Tokoh tokoh yang "perasan tokoh" inilah sebenarnya yang menyebabkan PAS tersungkur di Terengganu. Tahniah Ust Bakar Chik kerana awal awal lagi telah berundur kerana memahami di mana punca masalah sebenar tersungkurnya di Terengganu. Hanya Mustapha Ali jer yang masih nak terhegeh hegeh dan masih buat buat tak faham.

Sebagai penutup, lupakanlah idea mengarut KERAJAAN PERPADUAN ini wahai Mustapha, Nasaruddin dan Tg Hj Hadi kerana jika anda gagal melupakannya, maka kami akan melupakan anda. Kami ahli bawahan berjuang untuk menegakkan Islam menerusi PAS. Kami ahli bawahan tidak berjuang untuk menaikkan Mustapha Ali, Nasaruddin dan TG Hj Hadi menerusi KERAJAAN PERPADUAN.

Katakan TIDAK kepada KERAJAAN PERPADUAN. Muktamad. Jangan ada lagi yang mencetuskan idea mengarut ini.


TG Hj Nik Aziz kata - IDEA KERAJAAN PERPADUAN IDEA MENGARUT.

TG Hj Nik Aziz kata - INDIVIDU YANG MENCETUSKAN IDEA KERAJAAN PERPADUAN ADALAH BONEKA UMNO.


Siapakah individu itu ?

A - Mustapha Ali

B - Nasaruddin Mat Isa

C - TG Hj Hadi Awang

D - A dan B

E - Semua di atas

2 comments:

  1. ko memang bangsat! orang islam nak bersatu, ko pi tempelak. orang nak ikut nabi, nabi suruh cari titik pertemuan antara dua kumpulan bertelagah, Islam dengan Islam, tak boleh bersatu ke? tapi kamu lebih rela nak jilat ponggong DAP dan PKR. alasan kamu kerana nak tegakkan Islam. jangan nak tipu diri sendirilah!

    ReplyDelete
  2. Melayu adalah Melayu. Islam adalah Islam. Rasulullah pakat dengan yahudi untuk lawan Quraisy walaupun Rasulullah sendiri adalah Quraisy.

    Kadiology tentu faham kan apa yang saya sebutkan di atas.

    ReplyDelete