Monday, June 15, 2009

ULAMA SIBUK DENGAN KITABNYA - PROFESIONAL SIBUK DENGAN SLOGANNYA - KAMI AHLI BAWAHANLAH YANG MENJAYAKAN DAN MEKASANAKAN APA SAHAJA HASRAT JEMAAH INI



Aku sokong penuh Abang Mad nih. Dah lama aku ikut cara Abang Mad berjuang. Sejak zaman aku bersekolah lagi smapailah sekarang. Aku dah dewasa tetapi wajah Abang Mad tetap awet muda. Aku tahu hati Abang Mad bukan kerana aku rapat dengan dia tapi kerana aku tak pernah miss program dia.

Dia jujur. Dia tegas walaupun selalu buat kelakar. Bab hubungan dia dengan Hezbollah ker dengan saper ker, tu semua bukan urusan aku. Aku pun dengar dari cakap cakap orang jer.

Kenapa kita pertikaikan bab hubungan Abang Mad dengan Hezbollah sedangkan Ahmadinejad kita boleh puji melangit? Kenapa? Nampak sangat kita masih munafik walaupun serban dah besar bakul.

Apa apa pun, Abang Mad tetap idola anak muda seperti kami. Dia bukan profesional. Dia bukan ulama. Dia aktivis. Aktivis inilah yang banyak bersama dengan kami di jalanan. Bukan yang ulama. Bukan yang profesional.

Sukar untuk nilai keikhlasan perjuangan sang ulama. Sukar juga untuk menilai keikhlasan perjuangan sang profesional. Namun, amat mudah untuk menilai keikhlasan, kejujuran dan kesungguhan perjuangan golongan aktivis.

Takde manusia yang mahu dan suka dirinya disakiti oleh polis kecuali golongan pejuang kental. Kami bukannya gila untuk tidak kisah dengan belantan polis. Kami bukannya gila untuk tidak kisah dengan gari dan lokap polis. Kami bukannya gila untuk tidak kisah bila polis mandikan kami dengan air kimia yang gatal dan pedih itu.

Kami amat bangga apabila pimpinan yang kami sayangi turut melalui jalan derita yang kami lalui ini. Pimpinan itu tidak lain tidak bukan melainkan Abang Mad yang kami kasihi.

Jalan derita ini adalah jalan perjuangan yang dilalui oleh Rasulullah saw yang kita kasihi. Kita bukan melalui jalan Rasulullah saw sekiranya harta kita bertimbun timbun selepas kita memegang jawatan.

No comments:

Post a Comment