Mengulas isu tersebut, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menerima pelawaan Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan hati terbuka dan ikhlas jika mahu mencari penyelesaian terhadap pertembungan dua parti tersebut.
“Debat merupakan langkah yang baik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. Dalam soal ini, Datuk Seri Najib tidak harus memberi alasan untuk menolak pelawaan Tun Guru Nik Aziz, tetapi jika mereka enggan, saya sarankan agar UMNO tidak lagi bercakap mengenai Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, tidak timbul isu yang mengatakan Pas akan menggunakan platform berdebat untuk menjatuhkan UMNO sebaliknya apa yang diinginkan ialah memperbetulkan kesilapan BN sepanjang memerintah.
Katanya, melalui percambahan minda yang diadakan secara terbuka, segala idea dan cadangan dapat dikeluarkan dengan lebih jelas serta disaksikan seluruh rakyat.
Dalam pada itu ,Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerajaan harus bersikap telus dan adil kepada rakyat Kelantan yang kini dinafikan haknya untuk mendapatkan royalti daripada pengeluaran minyak di perairan negeri itu.
Menurutnya, Barisan Nasional (BN) kini dilihat seolah-olah menyembunyikan fakta bahawa lokasi sebenar pelantar minyak itu di perairan Kelantan.
“Jika benar kawasan itu di kawasan tuntutan pertindihan antara beberapa negara, semestinya agihan kepada pendapatan gas dan minyak itu ada, duit itulah yang sepatutnya diserahkan kepada rakyat Kelantan melalui peruntukan royalti.
“Apa yang dapat dilihat sekarang rakyat negeri itu dinafikan haknya, kalau begitulah caranya dilakukan BN, maka rakyat tidak seharusnya membayar cukai yang ada,” katanya.
SUMBER : www.bloglist-politik.blogspot.com
No comments:
Post a Comment