Presidennya, Che Ariffin Che Mahmood berkata, mereka sentiasa sependirian dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang usaha ke arah itu.
“Kami sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana UMNO sudah berada dalam keadaan terumbang ambing dan kita pula hendak pergi menumpang.
“Sedangkan kita sudah boleh berdiri dengan sendiri dan kalau ada segelintir pemimpin Pas berpandangan sebegini ia seolah-olah kita ini hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, cuma segelintir sahaja yang mahukan kerajaan perpaduan dan berkemungkinan mereka itu mempunyai mesej tersendiri.
Che Ariffin berkata, kalau tidak wujudkan perpaduan pun Pas sudah boleh berdiri sendiri.
Menurut beliau, sepatutnya Abdul Hadi perlu memberikan penjelasan kepada ahli parti dan juga rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat tentang pendiriannya itu.
“Kami tetap bertegas dan dua hari lepas saya telah pun berjumpa dengan Nik Aziz menyuarakan pendapat kami yang menolak kerajaan perpaduan,” katanya.
Katanya, kalau Pas masih bersetuju dengan cadangan itu mereka sanggup meletakkan calon mereka sendiri pada pilihan raya nanti.
Che Ariffin berkata, tidak mustahil kalau mereka akan menubuhkan parti sendiri dan meminda perlembagaan PERAKAN sebagai tanda protes.
Menurutnya, PERAKAN adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan tiada kaitan dengan politik tetapi dasar mereka menyokong kepimpinan kerajaan yang memerintah negeri Kelantan dan bukannya Pas.
SUMBER : www.prkmanekurai.blogspot.com / www.wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment