Tuesday, June 30, 2009

TG HJ NIK AZIZ HANYA MAHU NAJIB




TG Hj Nik Aziz hanya berselera untuk berdepan dengan Najib. Bukan yang lain lain. Najib menjadi pilihan hati TG Hj Nik Aziz kerana dia Perdana Menteri dan ketua kerajaan.

TG Hj Nik Aziz kata debat itu bukan bertujuan untuk suka suka tetapi lebih kepada membahaskan persoalan dasar pentadbiran. Bila sebut soal dasar, maka Najib perlu ke depan.

Oleh itu, yang lain lain tu tak perlulah nak test market. Afandi Yusof ker, Fuad Zarkashi ker, atau sesaper juga, janganlah nak gatal mulut nak ganti Najib ker, nak buat saringan ker.

Bukan soal siapa menang atau siapa kalah. Bukan soal siapa benar atau siapa salah. Soalnya kebenaran wajib ditegakkan. Kalau UMNO tak buat salah, apsal nak gelabah sampai riuh rendah mengalahkan reban ayam.

Jalan keluar wajib dicari untuk semua permasalahan yang timbul. Punca permasalahan perlu dikenalpasti dan dirawat. Kudis tidak boleh dibiar menjadi tokak. Perbincangan tidak akan sampai ke mana kerana tarikannya kurang kuat. Maka, debatlah yang paling sesuai bagi mengubati semua kudis yang wujud di antara PAS dan UMNO.

Steady TG Hj Nik Aziz !! Anak muda tetap bersamamu !! Sama sama kita pastikan UMNO bukan lagi terkencing tetapi terkincit kali nih !!

No comments:

Post a Comment