Maksud aku, kecenderungan menggunakan penulis blog untuk menjatuhkan lawan.
Semua orang tahu PAS akan mengadakan pemilihan sedikit masa lagi. Semua orang tahu ada 3 orang calon Timbalan Presiden. YB Ust Nasaruddin, YB Datuk Husam dan Abang Mad. Semuanya merupakan calon calon yang bukan sikit sumbangan mereka kepada jemaah.
Tidak salah jika mahu menggunakan blog dan bloggers untuk berkempen tetapi janganlah menggunakan blog dan bloggers untuk menjatuhkan lawan. Terdapat pelbagai blog yang berkempen manjatuhkan YB Datuk Husam dengan drama Jamnapari arahan MSO. Ada blog yang berkempen mahu menjatuhkan YB Ust Nasaruddin dengan drama Task Forcenya. Ada juga blog yang berkempen memburuk burukkan Abang Mad dengan pegangan syiahnya.
Jika dibaca tulisan tulisan yang saya maksudkan itu, rasa malu pun ada. Rasa nak muntah pun ada. Jijik sejijik jijiknya. Tulis macam macam tapi bukti satu pun takde. Semua macam Mahathir juga. "Saya ada bukti. Saya akan dedahkan sedikit masa lagi. Kalau tak percaya, boleh tanya si polan bin si polan".
Pada aku yang takde ilmu nih, mudah jer. Bila ada "ayat ayat" yang aku tuliskan tu, semuanya merupakan fitnah belaka kerana sememangnya "ayat ayat" itu adalah ayat pelepas diri bagi seorang pemfitnah.
Kepada blog dan bloggers yang merelakan diri anda dilacurkan, tahniah. Anda telah berjaya mewujudkan perpecahan di dalam jemaah ini. Tahniah juga kerana anda berjaya menjadi agen UMNO yang paling berjaya sekali di era ini.
No comments:
Post a Comment