Friday, June 19, 2009

UST ZULKARNAIN ABIDIN SANGGAH 10 AHLI PARLIMEN



“Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am Pas Tuan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini”.

Demikian bunyi perenggan terakhir kenyataan media ahli-ahli parlimen PAS (10 daripada 24) bertarikh 18 Jun 09.

Saya tidak pasti yang mana lebih dahulu. Kenyataan akhbar TG Nik Aziz untuk panggil pemimpin tertinggi PAS untuk mengadakan mesyuarat ukhuwwah lebih dahulu atau kenyataan akhbar 10 MP itu dibuat lebih dahulu.


Kalau kenyataan akhbar ini dibuat kemudian daripada kenyataan TG Nik Aziz, bermakna 10 ahli parlimen ini menyokong mesyuarat ukhuwwah itu. Sokongan ini kena pada masanya. Bukan sahaja mereka malah semua MP mesti menyokongnya.


Namun begitu, frasa ‘menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am’ yang terdapat dalam kenyataan akhbar ini nampak janggal. TG Nik Aziz akan panggil mesyuarat, dimana ‘ketegasan’ yang perlu disokong dalam panggilan mesyuarat itu? Panggil mesyuarat perlukan ketegasan?


Nampaknya frasa ‘menyokong penuh ketegasan ini’ seperti bukan merujuk kepada isu TG Nik Aziz akan panggil mesyuarat ukhuwwah. Ia merujuk kepada perkara lain. Apa perkara itu?


Jika sokongan itu merujuk kepada mesyuarat ukhuwwah itu, mengapa hanya 10 MP sahaja yang sokong? Mana MP yang bertaraf Naib Presiden?


Setakat yang diketahui, kenyataan yang menggambarkan ‘ketegasan’ TG Nik Aziz berkaitan UG ialah desakannya supaya Nasharuddin meletak jawatan. Itu juga adalah kenyataan terbaru.
Kalau merujuk kepada ‘ketegasan’ tadi, maknanya 10 ahli parlimen ini menyokong supaya Nasharuddin meletak jawatan sebagai Tim Presiden dan MP Bachok. Adakah itu maksud kenyataan media ini?

Kalau itu maksudnya, nampaknya MP Pas tidak punya semangat setiakawan yang tulin. Mereka akan dilihat menikam kawan dari belakang. Mereka hanya bersama bila mentari terang tetapi mengelat apabila mentari diliputi awan.


Tapi, harap-harapnya, sokongan mereka bukan terhadap ‘ketegasan’ ini tetapi terhadap cadangan mesyuarat ukhuwwah. Mereka berhak tidak bersetuju dengan Nasharuddin macam orang lain juga. Namun mereka tidak berhak mencipta jurang antara sesama anggota pasukan. MP PAS mesti membuktikan ketulinan setiakawan.


Namun 10 MP ini mencipta jurang antara mereka dengan Nasharuddin. Sokongan mereka itu tidak membawa manfaat besar sangat kepada kedudukan mereka sebagai pasukan MP PAS. Persepsi orang ialah, MP PAS rapuh semangat setiakawan.


Bagi saya, sokongan ini tidak menggambarkan kematangan bertindak MP kita.


USTAZ ZOLKHAIRNAIN ABIDIN

Exco Dewan Ulama PAS Pusat
Mantan Adun Santan, mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

SUMBER : www.sanggahtoksago.blogspot.com

No comments:

Post a Comment