Aku berdiri paling hujung disebelah kiri, cuma nampak tangan memegang badge ISA saja.Antara yang masih ku ingat ialah Suhaini, Saadah,Hendon, Naimah dan Rahmah. Semua suami mereka yang di tahan antara 2001 hingga 2005..... telah pun dibebaskan.
Aku bersama GMI membawa mereka ke KDN untuk menuntut supaya suami mereka di bebaskan.
TAHUN 2006
Program ini telah diadakan di Dataran Suhakam. Antara yang hadir ialah Ustazah Siti Normah, Puan Fatma dan Puan Noraini. Suami mereka di tuduh sebagai ahli JI, ditahan diantara tahun 2002 hingga 2008...... kini telah pun dibebaskan dari Kemta.
Sayalah penceramah di majlis tersebut. Antara yang hadir didalam gambar ialah Puan Jobaida, Puan Hajar, Puan Norhata, Puan Nolmina dan Puan Hapipah.Mereka adalah isteri tahanan ISA yang dilabelkan oleh Menteri dalam Negeri sebagai ahli Darul Islam (DI) dan kesemua mereka tinggal di Sabah.
Kini, semua suami mereka telah dibebaskan dari Kem Kamunting dan telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Suami mereka ditahan diantara tahun 2003 hingga 2009.
Kenangan ku bersama Puan Indera, isteri kepada bekas tahanan ISA Hindraf P.Uthayakumar.
Gambar ini diambil ketika kami didalam bas milik Majlis Daerah Sepang, dalam salah satu program kenderaan percuma dari K.L ke Taiping yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, khas untuk membawa keluarga tahanan ISA melawat suami mereka di Kem Kamunting.Kini..... Puan Indera tidak perlu lagi pergi ke Kem kamunting setiap minggu kerana suami beliau telahpun dibebaskan......
SUMBER : www.lailagmi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment