Thursday, June 25, 2009

UMNO IBARAT GILA TALAK




Pemimpin Umno macam sawan apabila idea kerajaan perpaduan dinoktahkan. Sebelum ini masing-masing menadah nyiru supaya idea itu terlaksana. Pas dipuji melambung sebagai jujur, Abdul Hadi pula bijak dan berpandangan jauh. Dalam masa yang sama Nik Aziz dikeronyok habis-habisan sebab menentang idea itu.


Hari ini semua pemimpin Umno mendedahkan secara sengaja dan tidak sengaja watak mereka yang sebenar. Abdul Hadi tidak lagi dipuji, apatah lagi Nik Abdul Aziz. Tuduhan-tuduhan stereo type kepada Pas didendangkan semula. Tiada lagi nyiru yang tertadah dan tiada lagi sanjungan dan pujian.


Pas tidak pernah menginginkan pujian Umno. Pas tidak menjadi bertambah baik dengan pujian Umno dan tidak bertambah buruk dengan kecaman parti itu.


Bagi Pas, pujian Umno sama sahaja dengan kecamannya. Kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama iaitu merosakkan Pas. Malah rasanya Pas lebih selesa dengan kecaman Umno berbanding pujiannya. Dan itu pun yang Pas dapat daripada Umno dulu, kini dan selamanya.


Kalau Umno kemaruk sangat dengan idea kerajaan perpaduan, parti itu boleh menyimpan idea itu baik-baik. Ia mungkin berguna suatu masa kelak. Macam pelampung kepada orang lemas.


Ditakdirkan suatu masa kelak BN menjadi pembangkang, Umno boleh kemukakan semula idea itu kepada Pas. Umno boleh laungkan kembali slogan perpaduan Melayu, perpaduan bangsa atau apa-apa lagi untuk menjustifikasikan idea kerajaan perpaduan. Sama dengan justifikasinya sekarang.


Idea itu boleh dikemukakan oleh Presiden Umno dan anggaplah itu sebagai idea bernas Presiden Umno.


Terpulang kepada Pas untuk menerima atau menolaknya ketika itu. Cuma apa yang dapat digambarkan ialah, pada masa itu Umno tentunya akan memuji-muji Pas seperti yang dibuatnya sebelum idea kerajaan perpaduan dinoktahkan.


Dan, kalau idea itu ditolak oleh Pas, rasanya Umno akan kembali mengecam Pas seperti sekarang.


Oleh itu, rasanya lebih baik Umno jangan fikirkan lagi pasal kerajaan perpaduan dan Pas tidak perlu dikecam kerana menoktahkan idea itu.


Sebuah taman menjadi indah dengan bunga pelbagai warna. Malaysia pula boleh menjadi indah dengan rakyat pelbagai parti.


SUMBER : www.bongkarsauh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment