Friday, June 19, 2009

SANGGAHAN DALIL USTAZ NASARUDDIN HASSAN TANTAWI



Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi :-

"Misalnya bagaimana Allah menghantar nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?" katanya.

"Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno).
"Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno)."


Jawapan untuk Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi :-

Nabi Musa berdakwah kepada Firaun sebagai dalil?
Tidakkah kita sudah ke pintu rumah UMNO puluhan tahun sudah, apakah yang mereka lakukan dengan dakwah kita itu? Nabi Musa dengan Firaun secara terbuka dengan tuntutannya, sementara ulama; yang ngaku itu dari PAS secara gelap dan tidak amanah pada ahli melakukan nego kuasa dan bukan dakwah.

Jadi disini beda.
Nabi Musa menuntut pembebasan kaumnya dari perhambaan Firaun dan penyembahan hanya kepada satu Tuhan, Ahli dan kepimpinan PAS selama puluhan tahun telah menuntut perlaksanaan hukum Islam kepada UMNO. Apa yang UMNO balas? Penghinaan dan cacian bukan setakat kepada ahli PAS malah kepada hukum Islam itu sendiri. Sementara boneka UMNO dengan Kerajaan Perpaduannya menuntut jawatan menteri dan kuasa. Maka kalau ikut stail gaya dakwah Nabi Musa UMNO ini sudah wajar ditenggelamkan kedalam lautan kemusnahan demi tertegaknya agama kita di bumi bertuah ini.

SUMBER
: www.suwaritimur.blogspot.com / www.penarikbeca.blogspot.com


ULASAN
: Di zaman Rasulullah saw dahulu ada musuh yang dilepaskan begitu sahaja. Ada juga musuh yang dijatuhkan hukuman ringan. Ada musuh yang diminta keluar dari Madinah. Ada musuh yang diminta membayar denda. Ada juga yang dijatuhkan hukuman bunuh.

UMNO adalah musuh yang layak dihukum bunuh politik anutannya.


PAS mentarbiyyah kami bertahun tahun lamanya. Kami tidak ke al-Azhar mahupun Madinah ataupun Karachi. Kami hanya berusrah dengan pendekatan yang cukup haraki. Janganlah perbodohkan kami.


Tak perlu nak cover line.

No comments:

Post a Comment