Aduan itu dibuat oleh ketua Pemuda, Anuar Safian, di balai polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah "tidak berasas".
"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.
"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," Anuar dipetik berkata.
Tambahnya, kenyataan Nik Aziz itu mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan.
SUMBER : www.wfauzdin.blogspot.com
ULASAN : Tak banyak yang aku nak ulas kenyataan mangkuk ayun yang bangang nih. Aku cuma nak jawab soalan dia jer.
Pertama - Mangkuk ayun nih tanya "BERAPA RAMAIKAH YANG TELAH DIBUNUH DAN DIPERKOSA OLEH UMNO SEJAK PENUBUHANNYA?"
Nampak sangatlah mangkuk ayun sekor nih berniat nak tunjuk bahawa dialah hero UMNO di Kelantan kerana tak pernah ada orang UMNO yang berani tanya soalan nih secara terbuka melainkan ahli UMNO yang bangang tahap gaban jer.
Jawapannya, sangat ramai. Telitikan sejarah Memali. Telusuri perjalanan jihad asy-syahid Othman Talib. Imbas kembali asy-syahid Abdul Samad Gul. Jangan dilupakan tragedi "ditimpa balak" asy-syahid Prof. Zulkifli Muhammad.
Perhatikan juga berapa ramai OKT yang menemui ajal di dalam lokap dan penjara pihak berkuasa. Memang UMNO tidak berada di lokap dan penjara tetapi yang bertanggungjawab ke atas lokap dan penjara ini adalah menteri daripada UMNO. UMNO melantik menteri yang gagal. Secara tidak langsung, UMNO gagal.
Kedua - Mangkuk ayun nih tanya "BERAPA RAMAIKAH YANG DISESATKAN OLEH UMNO?"
Jawapannya, jumlah yang telah disesatkan oleh UMNO adalah jumlah yang mendaftar sebagai ahli UMNO. Tidaklah perlu disenaraikan dalam bentuk angka kerana persoalan yang dibangkitkan bukanlah soal statistik tetapi soal simbolik kepada kesesatan UMNO. Jika UMNO tidak membawa rakyat kepada kesesatan, kenapa UMNO begitu istiqamah menolak untuk menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama pemerintahan?
Mangkuk ayun nih juga membangkitkan beberapa persoalan. Kita telitikan.
Pertama - Mangkuk ayun nih kata "UMNO tidaklah sama dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan keTuhanan".
Jawapannya, mudah sahaja. Kalau UMNO percayakan kewujudan Allah swt, maka sudah tentulah Wanita dan Puteri UMNO bertudung litup belaka. Jika UMNO percayakan kewujudan syurga dan neraka, maka sudah pastilah Pemuda UMNO tidak akan zuhud dan sederhana kehidupannya. Jika UMNO percayakan kewujudan dosa dan pahala, maka sudah pastilah isteri isteri para menteri Islam menutup aurat semuanya.
Kedua - "UMNOlah yang paling banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam di negara ini".
Jawapannya, tengkorak hang. Apa yang UMNO buat untuk orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun UMNO menjadi tunggak pemerintah negara ini? Buat sekolah? Buat hospital? Bina universiti? Bina jalanraya? Bina lebuhraya?
Semua itu dibina oleh kerajaan dan mana mana pihak pun jika menjadi kerajaan, maka pasti akan melakukan perkara yang sama.
Di Zimbabwe takde UMNO tapi ada lebuhraya. Di China takde UMNO tapi jalinan jalanrayanya lebih sistematik berbanding jaringan jalanraya di Malaysia.
Bukalah mata dan jangan jadi buta hati.
Apa yang UMNO buat untuk memartabatkan Islam di negara ini? Tilawah al-Quran setiap tahun? Bina masjid banyak banyak? Bina bangunan zakat besar dan indah? Atau apa?
Mendaulatkan Islam bukan bererti membina masjid sebanya banyaknya tetapi bererti mengimarahkan masjid sebaik mungkin.
Mendaulatkan Islam bukan bererti speaker masjid mesti kuat ketika khutbah Jumaat tetapi bererti intipati khutbah Jumaat mestilah jujur dan berlandaskan kebenaran.
Mendaulatkan Islam bukan bererti menganjurkan tilawah al-Quran setiap tahun tetapi bererti menjadikan isi kandungan al-Quran sebagai asas kepada segala urusan.
Mendaulatkan Islam bukan bererti besar mana bangunan zakat yang mampu kita bina tetapi sejauh mana kejujuran kita mempastikan duit zakat sampai ke tangan pihak yang berhak menerimanya.
Kesimpulannya, kalau nak jadi penjilat pun biarlah ada fakta dan jangan main jilat membuta tuli atau membabi buta.
No comments:
Post a Comment