Friday, June 26, 2009

AHMAD MASLAN YANG PEKAK BADAK TAK TAK RETI BAHASA




UMNO MASIH BUKA PINTU

KUALA LUMPUR 25 Jun – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk berunding mengenai kerajaan perpaduan meskipun ia telah ditolak oleh pakatan pembangkang.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, sebagai parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan negara, UMNO sentiasa mengamalkan dasar buka pintu terhadap apa jua cadangan yang mampu membawa kebaikan.

Justeru katanya, selari dengan pandangan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap tidak semua pemimpin Pas menolak kerajaan perpaduan seperti yang dicanangkan, UMNO tidak pernah menganggap cadangan itu sudah terkubur.

“Kita sudah semakin hampir kepada satu hasrat mulia yang mampu membawa kebaikan kepada semua, bukan sahaja orang Melayu, malah kepada seluruh warganegara.

“Meskipun cadangan itu tampak malap, namun kita percaya, setiap hasrat mulia pasti akan berjaya akhirnya dan ia diperkuatkan lagi dengan tidak semua pemimpin Pas kelihatan menolak cadangan kerajaan perpaduan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


ULASAN : Begitulah bunyi tajuk dan bunyi berita yang disiarkan oleh Utusan hari ni. Nampak sangat Ketua Penerangan UMNO nih pekak badak dan tak reti bahasa. Macam gila talak.

PAS dah tolak idea Kerajaan Perpaduan. Pada PAS, idea ini tidak akan dibangkitkan lagi. Maknanya, PAS selamanya tak akan duduk sekali dengan UMNO selagi mana UMNO tidak menerima Islam sebagai dasar dan paksi perjuangan.

Apa yang sudah sangat beruk nih nak faham? Sekolah tinggi tinggi, bodoh bertingkat tingkat. Bahasa yang mudah pun susah nak faham. Benak perut betul.

Kalau nak bodek Najib pun, janganlah sampai nampak sangat terhegeh hegeh macam nih. Jangan bagi nampak sangat yang hang nih dungu macam kaldai. Tak cukup lagi ka hang buat lawak pi toreh getah hari tu? Orang UMNO pun gelak sampai terguling dengan pendekatan maha bangang hang tu. Orang Pakatan toksah dok kiralah. Depa gelak lagi sakan.

Apa apa pun, aku nak ucapkan SELAMAT MENJILAT WAHAI AHMAD MASLAN....

No comments:

Post a Comment