Monday, June 8, 2009

NAMPAK MACAM HALAL TAPI HAKIKATNYA HARAM


Ini MBnyer


Ini pula barisan exconya

Aku jumpa dua gambar nih di blog imad4all.blogspot.com. Pada aku, kedua dua gambar nih sangat menarik untuk diulas kerana pelbagai perkara boleh dinisbahkan kepadanya.

Secara peribadi, dan aku juga yakin secara hukum, bahawa sangatlah terkutuk individu individu yang melakukan research ini kerana jelas cuba untuk menyaingi dan menafikan kekuasaan dan keputusan Allah Ta'ala.

Rasulullah saw menyebutkan yang halal tu nyata dan yang haram tu pun nyata. Maknanya, halal dan haram tidak mungkin bercampur atau tidak mungkin duduk sekali. Tapi manusia yang buat research nih nak buktikan halal dan haram boleh bercantum maka dicantumkanlah biri biri dan babi. Maka, terhasillah binatang seperti yang di atas. Laknatlah individu individu tersebut.

Dalam konteks Perak, haiwan ini boleh diibaratkan seperti Kerajaan Haram Barisan Nasional di Perak. Walaupun babi yang haram cuba nak dipotretkan sebagai biri biri yang halal, hanya orang bodoh jer yang akan menjamahnya. Kelompok yang teliti dan menjaga soal soal peradaban pasti akan menolaknya kerana hidungnya dan ekornya adalah hidung dan ekor babi.

Walaupun, ada ulama duit yang melontarkan pandangan bahawa menjaga kepentingan bangsa itu adalah lebih utama dengan memegang pandangan jika yang halal itu melebihi yang haram maka halallah sesuatu perkara itu. Macam semangkuk najis ayam dicampur dengan sekawah gulai ayam. Yang nyata adalah gulai ayam itu maka gulai ayam itu halal di makan.

Berbalik kepada binatang di atas, oleh kerana ciri ciri biri biri melebihi ciri ciri babi maka haiwan tersebut tidaklah perlu disamak. Begitulah boleh jadi pandangan yang dilontarkan oleh ulama ulama duit ini jika haiwan ini didukung di hadapan mereka.

Begitu juga dengan keadaan di Perak, hujah exco Melayu lebih ramai daripada exco bukan Melayu dijadikan hujah untuk menghalalkan Kerajaan Haram Barisan Nasional dan hujah exco bukan Melayu melebihi bilangan exco Melayu dijadikan hujah untuk mengharamkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Boleh ker?

Pandangan Mufti Haru Sana Sini dijadikan pandangan dan hujah tertinggi bagi darjah halal itu. Oleh itu, di mana letaknya hujah al-Quran dan sunnah? Jawapannya mudah. Di celah kangkang Mufti Haru Sana Sini dengan digosok gosok oleh Zambribri.

Kita sepatutnya melihat Kerajaan Haram Barisan Nasional di Perak itu secara keseluruhan iaitu bermula daripada kepala sampai ke ekornya. Kepalanya kepala babi. Badannya biri biri. Ekornya ekor babi. Maka, Kerajaan Haram Barisan Nasional itu adalah kerajaan yang sah haramnya jika undang undang dipraktikkan secara telus, adil dan bermaruah.

Kepalanya kepala babi, maknanya MBnya MB Haram. Badannya biri biri, maknanya kerajaan Perak itu bersih sifatnya jika ditadbir dengan penuh beramanah dan berwibawa. Ekornya ekor babi, maknanya yang menyokong Kerajaan Haram Barisan Nasional Perak itu hanyalah kelompok yang kecil sahaja tetapi tetap tidak bermaruah seperti kepala babi tadi.

Kepala dan ekor babi ini akan melaungkan "LIHATLAH BADAN HAIWAN INI. SUDAH SEMAKIN BERISI SETELAH KAMI MENGHIMPITNYA". Memang betul semakin berisi tetapi yang berisi itu adalah babi dan bukannya biri biri. Maknanya, yang berisi itu adalah Barisan Nasional dan bukannya rakyat.

Lu fikirlah sendiri.

Aku nak stop kat sini jer dulu. Kang makin macam macam anugerah aku bagi kat UMNGOK nih.

No comments:

Post a Comment