Tuesday, June 23, 2009

CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG MENYINAR AKHIRNYA




Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan apabila perdamaian itu muncul juga akhirnya.

Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan apabila Kerajaan Perpaduan itu berkubur juga akhirnya.

Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan apabila Nasaruddin akhirnya memohon maaf juga daripada Mursyid al-'Am yang amat aku kasihi itu.

Walaupun ada orang yang berpendapat bahawa perdamaian itu hanyalah lakonan politik sahaja, bagi aku, tak kisahlah. As long as namanya perdamaian, maka wajib kita redha dan wajib kita murnikan nilainya.

Sama ada Mursyid al-'Am ditekan, sama ada Nasaruddin dan Mustapha Ali berlakon, sama ada TG Hj Hadi Awang mengeluarkan arahan, pada aku, itu bukan soal. Tindakan bersemuka itu wajib diberikan kredit. Hanya insan berjiwa besar sahaja yang mampu melakukannya. Tidak seperti UMNGOK yang hanya berani di media tetapi hakikatnya penakut nak mampos.

Cuma satu ingatan dan permintaan aku, pastikan air mata Mursyid al-'Am tidak mengalir lagi. Jika berlaku lagi, tiada maaf bagimu wahai insan insan istimewa.

No comments:

Post a Comment