Saturday, June 27, 2009

MURSYID AL-'AM JAWAB LAPORAN POLIS




"Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad saw.

"Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Mursyidul Am PAS tersebut mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

Laporan tersebut dibuat Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian di Balai Polis Kota Bharu kelmarin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis.


ULASAN : Kan dah kena sebijik. Lain kali kalau jahil, jangan bercakap. Islam nih kena ikut semua yang diwahyukan dalam al-Quran. Bukannya ikut yang mana suka dan tinggal yang mana tak suka. Nih lah UMNO. Dahlah bodoh. Nak bodohkan orang lain pulak.

Pi mengajilah. Baru faham. Baru reti. Baru tak jafi bodoh piang.

No comments:

Post a Comment