Saturday, June 27, 2009

NAJIB : ADA TELOQ ATAU TAKDAK TELOQ?




Beranikah Najib menyahut cabaran terbuka Mursyid al-'Am? Persoalan itu bermain di fikiran ramai dari kalangan kita. Tadi pun ada lagi orang tanya aku sama ada Najib dah jawab cabaran tu atau belum. Jawapan aku, TG Hj Nik Aziz baru buat cabaran terbuka dan TG Hj Nik Aziz akan hantar cabaran secara rasmi nanti.

Tajuk debat yang dicadangkan juga tepat dan sesuai dengan idea mengarut Kerajaan Perpaduan iaitu Konflik UMNO-PAS di Kelantan.

Memang sesuai TG Hj Nik Aziz membuat cabaran sebegini selepas Muhyiddin yang bermuka sembab tu nasihatkan TG Hj Nik Aziz melupakan kisah lama UMNO-PAS di Kelantan. TG Hj Nik Aziz lebih faham dan tahu tentang apa yang UMNO lakukan di Kelantan sejak tahun 1990 sehingga sekarang.

Malah, TG Hj Nik Aziz juga merupakan salah seorang pimpinan PAS yang menjadi mangsa secara langsung ketika mana PAS menubuhkan kerajaan campuran bersama BN, ketika PAS menjadi komponen BN dan seterusnya ketika PAS ditendang keluar daripada secara memalukan.

Kenapa Najib yang menjadi pilihan TG Hj Nik Aziz? Kenapa tidak Muhyiddin? Kenapa tidah Hishamuddin yang lembut itu? Kenapa tidak Mustapha Mohammad yang pernah menendang meja akibat kalah pilihanraya itu? Kenapa tidak Anuar Musa yang berjanggut 4 5 helai itu? Kenapa tidak Alwi Che Mat yang merindukan kehadiran wali Allah itu?

Jawapannya mudah, kerana Najib adalah Presiden UMNO dan Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. Yang lain lain tu hanya pencacai angkut taik jer.

Setakat Mustapha Mohammad tu, aku pun boleh. Apatah lagi yang lain lain tu. Lebih lebih lagi Anuar Musa yang pernah dituduh mensonglap duit PPRT suatu ketika dulu tu.

Soalnya, beranikah Najib? Tajuk tu dah sesuai dah. Bukan tajuk yang memerlukan hujah agama pun. Apa nak takut? Tak perlu menghafal ayat al-Quran atau matan hadith pun. Kalau perlu pun, apa nak risau? Kan Mufti Harussani boleh membantu?

Firdaus yang tendang peti undi pun ada. Mashitah yang kata melacur dibolehkan ketika darurat pun ada. Abdullah Mad Zin si professor kangkung pun ada. Kapt. Najmuddin Elias pun ada.

Mintalah mereka untuk menjadi pakar rujuk dan kalau nak dudukkan mereka semua secara bersusun di belakang Najib pun takper. Rasanya TG Hj Nik Aziz amat mengalu-alukan.

Tapi janganlah pula diambil Alwi Che Mat kerana Alwi Che Mat nih dia layan yang taraf wali Allah jer. Kalau TG Hj Nik Aziz tu pun dia tak layan, atas alasan bukan wali Allah, apatah lagi Najib yang suam suam kuku pun tidak tu.

Apa apa pun, kita tunggu jawapan daripada Najib. Berani atau tak berani? Kalau tak jawab atau kalau menolak, sah Najib takdak teloq. Bab nih kita kena tanya Rosmah gembo gembo.

No comments:

Post a Comment