Thursday, June 25, 2009

MUFTI HARUSSANI BUKAN KELIRU TETAPI CELARU




Beberapa hari lepas Mufti Harussani (UMNO) bersuara lagi. Kali ini suara sumbang beliau menyanyikan lagu sedih dan pilu akibat daripada "gagalnya" Kerajaan Perpaduan.

Di antara perkara yang Mufti Harussani (UMNO) sentuh adalah :


Pertama - Parti Islam sanggup berkelahi

Alhamdulillah Mufti Harussani mengiktiraf PAS sebagai parti Islam. Berkelahikah? PAS berkelahi dengan siapa? PAS sesama PAS atau PAS berkelahi dengan UMNO? Berkelahi kerana apa? Kerana mempertahankan kebenaran atau mempertahankan kejahilan? Atau apa?

Jika yang dikatakan berkelahi itu adalah di antara PAS dengan PAS, maka ini bererti Mufti Harussani tidak memandang percanggahan pendirian itu menerusi skop yang luas dan matang.


Masing masing pihak memberikan hujah masing masing dan tentulah hujahan hujahan itu akan diperdebatkan supaya suatu kesimpulan yang terbaik untuk semua pihak dapat diputuskan. Ini bukan perkelahian tetapi lebih kepada percambahan pemikiran.


Jika perkelahian yang Mufti Harussani maksudkan itu adalah perkelahian di antara PAS dan UMNO, maka Mufti Harussani tetap melakukan kesilapan dalam memberikan pandangan.

Ini kerana perkara yang hak dan batil adalah ibarat dua garis selari yang berjalan bersama tetapi sampai kiamat pun tidak akan bertemu. Maksudnya, nilai nilai Islam sampai bila bila pun tidak mungkin bertemu dengan nilai nilai sekularisme.

Jika keengganan PAS untuk bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan dianggap Mufti Harussani sebagai perkelahian PAS dengan UMNO, maka Mufti Harussani dinasihatkan untuk merujuk sirah Rasulullah saw dalam bab bagaimana Rasulullah saw menangani kaum musyrikin Arab.

Adakah Mufti Harussani akan menganggap Rasulullah saw berkelahi dengan kaumnya apabila Rasulullah saw enggan menerima tawaran kafir Quraisy untuk berdamai dengan syarat Rasulullah saw menghentikan dakwahnya? Ketara sekali kecelaruan hujahan Mufti Harussani


Kedua
- Memutuskan tali persaudaraan adalah haram

Bila pula tali persaudaraan itu diputuskan? Jika putus, siapa yang memutuskannya? PAS atau UMNO?


Mufti Harussani sepatutnya melihat konflik PAS dan UMNO ini dari sudut iman dan aqidah. Bukannya dari sudut ras keturunan atau warna kulit atau suku bangsa.

Jika Mufti Harussani menilai konflik ini dari suku bangsa, Mufti Harussani patut menanggalkan jubah Muftinya itu kerana masih gagal mengimani bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa.


Lihat sirah Islam dalam bab penghijrahan muhajirin ke Madinah. Penghijrahan ini membuatkan anak yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya meninggalkan bapanya yang mengimani selain Allah dan Rasul-Nya.


Adakah ini menggambarkan Rasulullah saw mengarahkan muhajirin memutuskan tali persaudaraan dengan kaum keluarga mereka yang masih belum Islam? Tidak bukan?
Sekali lagi, Mufti Harussani sepatutnya memandang konflik ini menerusi sudut iman dan aqidah dan bukannya menerusi mata parti pilihan hati.


Ketiga
- Saya sendiri memperjuangkan masyarakat Melayu/Islam

Di mana buktinya? Adakah dengan menghentam PAS itu dianggap sebagai pembelaan Mufti Harussani terhadap masa depan masyarakat Melayu? Adakah dengan menghentam DAP itu boleh dianggap pembelaan Mufti Harussani terhadap masa depan Islam?


Janggal dan jijik sekali apabila seorang yang bertaraf Mufti masih disaluti daki daki asabiyyah dan masih mahu bercakap sebagai agen agen perkauman.


Wahai Mufti, Islam bukan hanya untuk masyarakat Melayu. Sesiapa juga yang mengatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, maka itulah khurafat yang sebenar yang melanda pemikiran rakyat di negara ini hasil asuhan songsang ulama ulama yang sespesis dengan Mufti Harussani.



Keempat
- Saya sendiri kecewa kerana ada parti taksub

Sudah tentulah parti taksub yang Mufti Harussani maksudkan itu adalah PAS.

SedarkanhMufti Harussani bahawa Rasulullah saw menerusi sebuah hadith menasihatkan kita supaya mengikut jalan Baginda seperti mana kita menggigit sesuatu dengan gigi geraham kita?


Maknanya, ketaksuban kepada iman, Islam dan aqidah adalah dianjurkan oleh Islam. Mana mungkin seorang yang beriman meninggalkan Islam semata mata ingin mewujudkan perpaduan yang bersandarkan kepada sekularisme?



Kelima - Islam itu bersaudara mesti di pelihara

Memang Islam itu bersaudara. Namun, ini tidak bererti persaudaraan itu berada di atas Islam. Islam wajib dijadikan sandaran kepada persaudaraan dan bukannya persaudaraan didirikan di atas Islam yang dikorbankan.


PAS sememangnya memelihara persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam. PAS menolak persaudaraan atas sandaran asabiyyah dan jahiliyyah moden.


Persaudaraan Islam dan sekularisme itu, jika wujud, tidak ubah seperti tahi cicak yang separuhnya putih dan separuh lagi hitam. Yang putih itu tidak mampu menjadikan tahi cicak itu suci tetapi yang hitam itu membuatkan yang putih sama najisnya dengan yang hitam.

Tentu Mufti Harussani faham tentang nasihat Rasulullah saw yang berpesan kepada umatnya agar tidak menjadi kafir pada siangnya dan beriman pada malamnya atau beriman pada siangnya tetapi kafir pada malamnya.


Menjemput Mufti Harussani mebaca doa sebelum memulakan acara tetapi kemudian berjoget tergedik gedik selepas doa diaminkan. Ini yang penulis maksudkan wahai Mufti Harussani.



Kesimpulannya, apa yang nak dihairankan tentang kecelaruan pandangan Mufti Harussani ini kerana sememangnya umum mengetahui bahawa hanya orang orang yang celaru dan "masuk air" sahaja yang masih bernafsu untuk membela UMNO.

1 comment:

  1. Sudahlah Pak Mufti...Elok pencen lah dan bertandinglah mana-mana parlimen...then perli puas-puas. Nak nasihat minta ditanya kepada Tuan Yusuf Noor, Firdaus, Mashitah, Nakaie dan lain-lain. Perak perlukan mufti yg berkelulusan Ijazah, sarjana atau PhD. Minta tuan Mentri Besar YAB Zamri cari calon yg sesuai....lah.

    anon-nek

    ReplyDelete