Friday, June 19, 2009

RAIS YATIM TOKOH PENJILAT ALAF BARU



Rais Yatim bekas tokoh Parti Melayu Semangat 46 yang telah `membakar jambatan' dengan Umno kemudiannya `melutut' kembali kepada Umno bersuara berkenaan isu Kerajaan Perpaduan.

Di dalam berita TV hari ini, Rais MP Jelebu yang merupakan satu-satunya daerah yang paling sukar untuk mendapatkan bas, bercakap tentang isu tersebut dengan menyatakan bahawa sesiapa yang bercakap menentang kepada perpaduan tidak lagi boleh dipercayai dan dipilih sebagai pemimpin.

Begitulah hebatnya Rais Yatim bermadah pujangga tentang perpaduan. Jika prinsip beliau itu dipegang teguh oleh anaknya sendiri, saya percaya krisis rumahtangga anaknya baru-baru ini tidaklah sampai ke mahkamah.

Mungkin pada Rais Yatim, seseorang yang layak dijadikan pemimpin adalah mereka yang tiada prinsip, keluar parti tubuhkan parti baru, bakar jambatan dan kemudiannya melutut balik ke parti asal dan dapat jawatan. Atau, seseorang itu layak dipanggil pemimpin apabila kalah entah beberapa kali merebut jawatan dalam parti seperti Naib Presiden, tetapi tetap menerima jawatan menteri.

Ahli Umno di Jelebu tidak lupa kisah sewaktu mula-mula Rais Yatim melutut kembali kepada Umno setelah puas mengkritik Umno diberikan secara percuma jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu oleh Yunus Rahmat pemegang jawatan ketika itu. Ini dilakukan kerana untuk membolehkan Rais meneruskan kerjaya politiknya, yakni atas ikhsan Yunus Rahmat.

Akhirnya, dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu yang lalu ramai menjangkakan tibalah peluang Rais pula untuk memberi laluan kepada Yunus Rahmat, tetapi siapa tidak kenal Rais? Inilah pemimpin namanya.

Rais hanya menumpukan kepada aspek perpaduan semata-mata untuk menilai seseorang pemimpin. Sekiranya perpaduan semata-mata boleh menjadikan seseorang itu layak digelar sebagai pemimpin, maka ramai yang layak termasuk perompak, penyamun dan perogol kerana mereka juga `bersatupadu' sesama mereka.

Di mana letaknya prinsip, ketelusan, bersih, jujur, bermoral dan bersikap adil? Dan, yang paling penting pemimpin itu mesti dilihat berakhlak dan berpegang kuat kepada agama termasuk ahli keluarga pemimpin itu sendiri.

Mengapa tidak dikaji oleh Rais sebagai seorang politikus yang dikatakan mempunyai Phd ini tentang mengapa dan apakah maksud Tuan Guru Nik Aziz bersungguh-sungguh menentang Kerajaan Perpaduan ini?

Jika benar dakwaan Rais bahawa Tuan Guru Nik Aziz anti-perpaduan, mustahil kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbirannya mampu bertahan sekian lama? Mengapa majoriti Melayu, Cina, India dan temasuk orang-orang Siam dan Asli di Kelantan amat menyenangi MB Kelantan itu?

Rais Yatim ini sebenarnya sudah terlalu `usang' untuk disimpan oleh Umno. Cara dan kaedah berpolitik beliau sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Sampai bila beliau mengharapkan belas ikhsan orang lain untuk terus berada di lapangan politik?

Saya masih ingat sewaktu hampir Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Rais benar-benar berharap dia dapat dicalonkan sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Jelebu. Ini menunjukkan seolah-olah di Jelebu jika tiada Rais, orang Jelebu tidak boleh hidup. Kini, ada Rais pun orang Jelebu hendak menaiki bas pun susah.

Itulah pemimpin yang dikatakan lebih baik dari Tuan Guru Nik Aziz.

SUMBER : www.wfauzdin.blogspot.com

ULASAN : Cakap berbunga bunga menggunakan bahasa yang indah, menarik dan kelihatan sangat akademik. Malangnya, Rais Yatim bukan bercakap tetapi menjilat semula ludah dan kahak yang pernah dihamburkannya suatu ketika dulu.

Saper tak kenal Rais Yatim? Kalau ada yang tak kenal, aku cadangkan terjun gaung lagi baik. Kemunafikannya janganlah kita lupa.

TAMBAHAN : Siapa orang yang tidak sedar diri ini???? Siapakah dia rais Yatim yang boleh cakap begini???? Adakah dia Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS atau HamPAS??? - www.manbjalal.blogspot.com

No comments:

Post a Comment