Wednesday, June 17, 2009

GOLONGAN YANG SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG ADA DALAM PAS



Kerajaan Perpaduan yang diwiridkan semahu mahunya oleh Nasaruddin, Mustapha Ali dan beberapa kerat lagi agen agen UMNO telah membuatkan jemaah PAS yang kita sayangi ini porak peranda.

Mursyid al-'Am yang kita ketahui begitu lemah lembut perwatakannya boleh meloncat marah apabila wirid harian Nasaruddin ini sampai ke pengetahuannya. Walaupun beliau sedia maklum tentang pertemuan dalam gelap di antara Nasaruddin dan Tok Syeikh wiridnya itu, tetapi Mursyid al-'Am tidaklah begitu mempedulikannya kerana Nasaruddin tidak melafazkan wiridnya itu secara terang terangan.

Namun, apabila beliau sekali lagi diberikan mandat sebagai Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin telah cuba untuk mengijazahkan wirid yang diamalkannya itu kepada para muktamireen. Diulangi sekali lagi, setelah beliau sekali lagi menang jawatan Timbalan Presiden.

Kita amat yakin bahawa Nasaruddin pasti jatuh tersembam ke bumi jika beliau cuba menzahirkan wirid sembunyi sembunyi yang diamalkannya ini sebelum pengundian berjalan.

Ada orang yang boleh jadi agak kurang jitu pengamatannya menuduh golongan yang menentang Nasaruddin dan wiridnya itu adalah merupakan golongan yang tidak menghormati pilihan muktamireen tetapi sedarkah pihak pihak tersebut bahawa penentangan ini dilakukan selepas Nasaruddin menang bukan kerana keengganan kami menerima kemenangan Nasaruddin tetapi kerana beliau menzahirkan wirid Kerajaan Perpaduannya itu selepas beliau menang. Jika awal awal beliau memaklumkan idea jahatnya itu, maka tentulah awal awal lagi Nasaruddin nih dah kami kafankan.

Ada orang menuduh kamu sebagai kelompok yang tidak wala' kepada pimpinan. Pada kami, kami tidak berkecil hati dengan tuduhan sebegini kerana kami tahu jalan yang kami pilih ini akan membuatkan rakan rakan mungkin bertukar menjadi seteru kami. Tidak mengapalah. Kami memilih untuk melaluinya.

Sungguhpun begitu, kami mohon pihak pihak yang menembak kami dengan peluru jenama "tidak wala'" itu mempelajari dan memperhalusi semula apa erti wala' dalam konteks sebuah gerakan Islam seperti PAS.

Wala' dalam konteks sebuah gerakan Islam adalah bererti wala' kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan jemaah secara jam'ie dan bukannya wala' kepada individu yang memimpin ataupun wala' kepada keputusan pimpinan yang dibuat di luar mesyuarat.

Ketaatan kepada pimpinan bererti ketaatan kepada manusia dan ketaatan jenis ini adalah ketaatan yang bersyarat iaitu selagi mana pimpinan itu mentaati Allah dan Rasul, maka wajib bagi kita mentaatinya.

Dalam konteks jemaah, selagi mana keputusan pimpinan itu tidak mendatangkan mudarat kepada jemaah dan dakwah, maka wajib bagi kita ahli bawahan mematuhinya. Namun, sekiranya keputusan pimpinan itu mendatangkan kemudaratan kepada jemaah dan dakwah, maka wajib bagi kita menegurnya. Apatah lagi jika keputusan itu adalah keputusan yang dibuat secara sembunyi sembunyi oleh beberapa kerat pimpinan tanpa melalui saluran yang syar'ie iaitu mesyuarat rasmi.

Wala' kepada keputusan pimpinan bergantung kepada cara atau saluran bagaimana yang digunakan untuk membuat keputusan tersebut. Juga bergantung kepada kesan jangka panjang keputusan tersebut. Bukan soal siapa yang memutuskan keputusan itu sama ada Presiden, Timbalan Presiden atau pimpinan yang lain lain.

Seterusnya, sebagai sebuah gerakan Islam, seharusnya ada pihak yang memainkan peranan sebagai pemudah cara atau sebagai pendamai apabila timbulnya bunga bungan masalah dalaman. Malangnya, perkara ini tidak wujud dalam gerakan Islam PAS.


RENUNGAN DAN MUHASABAH BUAT SEMUA TIDAK KIRA PIMPINAN ATAU AHLI BAWAHAN


PERTAMA :-

Umum mengetahui bahawa wirid Nasaruddin tentang Kerajaan Perpaduan ini ditentang oleh ahli dengan diketuai oleh Mursyid al-'Am sendiri. Secara tidak langsung, kelihatan seperti Mursyid al-'Am mempunyai masalah dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru.


KEDUA :-

Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha Agong yang baru itu sewajibnya menemui Mursyid al-'Am dengan kadar yang segera supaya salah faham atau salah tafsir itu dapat diperbetulkan sebelum munculnya bibit bibit perpecahan.

Sedih. Ini tidak berlaku.



KETIGA :-

Apabila Mursyid al-'Am telah bersuara, sepatutnya pimpinan yang muda umurnya memohon mengadakan perjumpaan bagi menjernihkan suasana. Bukan soal siapa salah siapa betul. Soalnya yang muda lebih manis jika mengalah.

Sedih. Ini tidak berlaku.



KEEMPAT :-


Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya awal awal lagi menjadi pendamai dalam hal ini. Malangnya, sunyi sepi tidak berbunyi. Walaupun ahli bawahan sudah kelihatan seperti dilanggar garuda sifatnya akibat daripada penangan wirid Nasaruddin ini, namun Dewan Ulama PAS Pusat tetap nyenyak tidur.

Sedih. Ini yang berlaku.



KELIMA :-

Pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Mungkin tergerak hatinya untuk menjadi pendamai apabila keadaan semakin panas. Kita hargai keprihatinan ulama muda ini dam sepatutnya ulama tua malu dengan beliau.


Mungkin kerana berada di dalan keadaan dilemma, diluah mati Nasaruddin, ditelan mati Mustapha, maka Ust Nasaruddin Hassan Tantawi pun meminta kita semua menghormati pandangan Presiden.

Ini yang agak kurang tepat.
Sepatutnya, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi menganjurkan muzakarah tidak kira secara terbuka ataupun tertutup di antara individu individu yang terbabit dengan Mursyid al-'Am.

Sedih. Ini tidak berlaku.



KEENAM :-


Ke mana hilangnya Naib Naib Presiden PAS? Yang bersuara hanya Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja. Ke mana Hj Mahfuz Omar? Ke mana Hj Salahuddin Ayub? Tidak terfikirkah anda untuk menjadi pendamai? Atau anda lebih selesa mengambil pendekatan tunggu dan lihat?


Jemaah dan porak peranda dah nie. Apa lagi yang hangpa tunggu? Apa lagi yang hangpa nak lihat? Janganlah tidur !! Tugasan pertama pun dah gagal.


Sedih. Ini yang berlaku.



KETUJUH :-


Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustzh Nuridah Salleh. Hanya beliau yang mencadangkan supaya semua yang terlibat bertemu dengan Mursyid al-'Am dengan segera supaya kekeruhan yang semakin menghitam ini dapat dijernihkan.

Namun, siapakah Ustzh Nuridah Salleh untuk menjadi pendamai kerana beliau seorang muslimat dan muslimat ada batasannya. Apa apa pun, tahniah dan tabik hormat layak diberikan kepada Ustzh Nuridah Salleh kerana beliau faham erti berjemaah.



KELAPAN :-

Kecenderungan pimpinan PAS meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kepada mana mana media sahaja haruslah dijauhi. Kita amat memahami kekangan yang dihadapi oleh wartawan Harakah untuk menyiarkan artikel atau rencana berkaitan bantahan kepada wirid Nasaruddin ini. Namun, ini tidaklah bererti pimpinan PAS boleh beralih kepada media musuh yang sememangnya menunggu untuk menyanyikan lagu yang rata ratanya bersifat haramjadah itu.

Sedih. Ini berlaku.



KESEMBILAN :-

Yakinilah bahawa ahli ahli bawahan akan berhenti bercakaran jika pimpinan yang dilantik dan dipilih menerusi muktamar lalu bangun dari tidur.

Sedih. Jika pimpinan terus tidur dan berdengkur.

No comments:

Post a Comment