Friday, June 19, 2009

ALHAMDULILLAH : ADA CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG



Rasa bersyukur dan lega.. apabila difahamkan satu delegasi Pusat yang diketuai oleh Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah berjumpa TGNA pada pagi tadi hari ini.

Alhamdulillah, nampaknya TGNA nampak 'sejuk' setelah selesainya pertemuan itu di Kota Bharu. Dan dijangkakan beberapa perjumpaan juga akan dibuat oleh pimpinan yg akan didahului oleh Dato' Harun Din dan TGNA pada malam ini. Manakala esok TGNA akan mengadakan perjumpaan dengan Ayah Chik serta Ustaz Nasha.

SUMBER : www.politikbanjar.blogspot.com / al-banjari

ULASAN : Alhamdulillah. Akhirnya apa yang dinanti nantikan oleh kami ahli ahli bawahan berlaku juga walaupun sudah agak lewat.

Jika pertemuan ini dilakukan sejak dari awal bermulanya krisis ini bukankah lebih baik? Malangnya, masing masing mengambil pendekatan "tidak mengapalah" dan "lama lama sejuklah tu". Ramai yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Akhirnya berantakan.

Bila Mursyid al-'Am naik angin sehingga meminta Nasaruddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS, meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok, keluar dari PAS dan masuk jer UMNO, barulah masing masing terjaga dari tidur. Lena sungguh hangpa nih.

Walau apa pun, syukurlah kerana Allah swt gerakkan hati hangpa untuk mengadap Mursyid al-'Am. Bukan apa, kami ahli bawahan nih sampai yang dah masam muka pun ada pasai berbahas tentang Kerajaan Perpaduan nih.

Ingat !! Anda dipilih untuk memimpin jemaah ini. Jika jemaah ini porak peranda dan akhirnya hancur berderai, pimpinanlah pihak pertama yang akan dibangunkan di hadapan Allah swt nanti. Ketika itu, tidak ada nilai lagi sama ada hangpa lulusan al-Azhar, Madinah, Karachi, Sudan, Syria, Yaman, UKM, UM, UIA atau lulusan mana sahaja.

No comments:

Post a Comment