MB Kelantan seorang yang tinggi ilmu agama dan apa yang dikatakan kepada UMNO adalah sesuatu yang tidak wajar. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana UMNO dan PAS itu adalah parti politik orang Melayu dan yang penting adalah Islam agamanya
- Mufti Harussani Zakaria
ULASAN : Alhamdulillah Mufti Harussani mengiktiraf ketinggian ilmu TG Hj Nik Aziz Mursyid al-'Am PAS. Malangnya, Mufti Harussani tetap memilih untuk bersekongkol dengan kelompok UMNO yang jahil sifatnya.
Lupakah Mufti Harussani tentang tindakan pertama yang diambil Amirul Mukmineen Sayyidina Abu Bakr ketika beliau dilantik menjadi Khalifah? Bukankah Amirul Mukmineen mengambil langkah memerangi kelompok yang enggan membayar zakat?
Bukankah kelompok yang enggan membayar zakat ini juga mengucap kalimah syahadah? Bukankah kelompok yang enggan membayar zakat ini juga berbangsa Arab dan turut sama berbaiah kepada Rasulullah saw ketika hayat Baginda?
Bukankah peristiwa ini ada persamaannya dengan konflik PAS dan UMNO? Kedua duanya mengucap kalimah syahadah dan berbaiah kepada Islam.
Sedarkah Mufti Harussani bahawa UMNO hanya sekadar berbaiah sahaja dan kemudiannya memalingkan muka daripada intipati baiah? Manakala PAS terus memegang sekukuh mungkin intipati baiah tersebut?
Jadi, dalam situasi ini, pihak yang manakah yang berada dalam posisi "kelompok yang enggan membayar zakat" dan pihak yang manakah pula yang berada dalam posisi "kelompok Amirul Mukmineen"?
Jika Amirul Mukmineen mengambil kira bahawa yang enggan membayar zakat itu adalah berbangsa Arab seperti dirinya, maka pasti Amirul Mukmineen tidak akan memerangi kelompok itu dan jika Amirul Mukmineen memerangi kelompok itu, mana Amirul Mukmineen telah melakukan kesalahan kerana memutuskan persaudaraan sesama bangsa Arab.
Jika Amirul Mukmineen mengambil kira bahawa yang enggan membayar zakat itu adalah kelompok yang juga pernah mengucapkan kalimah syahadah, maka pastilah Amirul Mukmineen tidak akan memerangi kelompok itu dan jika Amirul Mukmineen memerangi kelompok itu, maka Amirul Mukmineen telah melakukan kesalahan kerana memutuskan persaudaraan sesama saudara Islam.
Untuk renungan Mufti Harussani, jika Mufti Harussani masih menyanyikan lagu "Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu", itu bererti Mufti Harussani mengambil pendirian bahawa Amirul Mukmineen mengambil pendekatan yang salah apabila menghantar tentera untuk memerangi kelompok yang enggan membayar zakat.
Kelompok ini tidak mengisytiharkan keluar daripada Islam. Mereka hanya enggan membayar zakat sahaja. Mereka masih berpuasa dan masih solat lima waktu.
Bukankah UMNO juga sama seperti kelompok ini? UMNO juga puasa. UMNO juga solat. UMNO juga ada huffaz di dalamnya. Namun, UMNO bersama huffaz huffaznya itu bermati-matian berkeras tidak mahu melaksanakan pemerintahan berpaksikan Islam.
Adakah Mufti Harussani sedar akan hal ini? Atau adakah Mufti Harussani cuba untuk menyembunyikan kebenaran? Atau mungkinkah Mufti Harussani sememangnya seorang yang buta perut?
Lu fikirlah sendiri.....
No comments:
Post a Comment