Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyokong penuh pendirian TGNA Mursyidul Am PAS dalam menolak UG dan sebarang kerjasama dengan UMNO, dengan mengambil kira keputusan Muktamar.
Pendirian ini sekaligus dapat memperkasa Pakatan Rakyat dan menjelaskan segala kekeliruan dan keresahan ahli-ahli terutama bagi menghadapi PRK MU.Tumpuan seharusnya diberikan bagi menghadapi dan memenangi PRK MU dan jangan terperangkap dengan tipudaya musuh.
Lembaga Disiplin PAS sepatutnya mengambil tindakan segera dan menjalankan fungsinya dengan sebaik mungkin bagi mengatasi isu yang dihadapi pada hari ini…
Kita seharusnya bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat.Kenapa harus menyerah pada musuh?. Musuh tetap musuh walaupun selaut janji ditabur tetapi semuanya dusta.Dan jangan biarkan mereka bersorak dan berpesta kemenangan di atas kesilapan yang kita lakukan..
Semuanya patut mendengar nasihat Mursyidul Am TGNA atas dasar pengalaman beliau yang cukup pedih ketika PAS ditendang keluar setelah bersama perikatan…
Hentikan segera segala kenyataan menyokong UG..
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar
t.t
Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman,
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
SUMBER : www.kerabubersuara.blogspot.com
ULASAN : Mana Dewan Pemuda PAS Negeri yang lain lain? Ketaq lutut? Terpinga pinga gagal nak faham? Atau nak tunggu dan nak tengok ramai ka dak yang nak berdiri belakang Mursyid al-'Am? Kalau ramai baru nak sokong.
Tukang bercakap dan tukang laung pelbagai slogan masa demonstrasi tu mana pi? Tak kan nak ambik pendekatan politik "sabar dan tenang" (baca sebagai tunggu dan lihat) lagi kot?
Jadi jadilah hangpa nih.
No comments:
Post a Comment