Wednesday, July 1, 2009

ANAK MURID TG HJ NIK AZIZ DIANCAM BUNUH




Ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan mendapat ancaman bunuh melalui dua kiriman SMS awal pagi ini dan menggesa pihak polis menyiasatnya dengan segera.

Katanya, SMS ancaman bunuh itu dihantar kepadanya melalui telefon bimbitnya pada jam 12.47 pagi dan 6.48 pagi ini.

Bercakap kepada pemberita, Gobalakrishnan berkata, ia tidak mungkin SMS main-main kerana pengirimnya mengulangi ancaman bunuh ke atasnya.

Beliau kini menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur kerana menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Gobalakrishnan berkata, ini adalah kali pertama beliau menerima ancaman bunuh.

"Saya tidak tahu siapa yang menghantarnya tetapi saya mahu polis menyiasat segera ancaman tersebut," katanya.

Pihak polis telah datang ke Parlimen untuk mengambil laporan daripada Gobalakrishnan, yang juga ahli Majlis Kepimpinan Pusat (MPP).


Hisham beri jaminan

SMS pertama memberi amaran kepada Gobalakrishan bahawa pengirimnya tahu kereta rasminya dan mengancam untuk menembaknya.

SMS itu juga mengingatkannya tentang pembunuhan bekas ADUN Lunas, Joe Fernandez pada November 2000.

SMS kedua pula mengulangi ancaman yang sama dan memberi amaran kepada Gobalakrishnan supaya tidak melaporkan ancaman itu kepada polis.

Gobalakrishnan berkata, beliau memandangkan serius perkara itu dan mengulangi gesaannya supaya polis segera mencari pengirim SMS tersebut.

"Mereka mesti menjamin keselamatan saya jika mereka tidak mahu lagi pilihanraya kecil diadakan," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Minister Hishammuddin Hussein berkata, polis akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya telah memberi jaminan kepada beliau bahawa tindakan akan diambil untuk menjamin keselamatan beliau," katanya kepada pemberita di Parlimen.

ULASAN : Polis tunggu apa lagi? Siasatlah. Bukankah semua number phone tu didaftarkan? Kalau kes conteng dinding di UM tu cepat jer polis "tangkap", takkan kes ugut nak bunuh Golaba nih tak boleh lak kot. Kes lepak kepala babi kat APIUM tu macam mana? Dah ada tangkapan ker? Kenapa lambat? Kenapa polis macam diam jer kes tu? PDRM dah kena selesema babi ker?

No comments:

Post a Comment