Pertama - Aku akan kembali menulis dengan nada dan pandangan aku sendiri. Sama seperti dulu. Tidak bias walaupun kurang disenangi oleh sesetengah pihak.
Kedua - Sepanjang kemelut di Kelantan berlaku, aku menyediakan ruang seluas luasnya kepada Arifahmi untuk berbicara. Aku juga menyediakan ruang seluas luasnya untuk "rakan" Arifahmi berbicara. Sehinggakan kelihatan seperti "aku ini Arifahmi".
Ketiga - Dalam masa yang sama, aku tidak menyekat mana mana komen kerana itu pendirian dan prinsip aku sejak hari pertama aku berblog. Selain itu, apabila artikel yang disiarkan di blog aku kelihatan memihak kepada Arifahmi, maka aku perlu menyediakan ruang seluasnya kepada "penyokong" Husam dan kickdefella untuk membantah. So, aku layan semua komen walau sepedih dan sepedas mana sekalipun.
Keempat - Soal salah atau tidak, itu tidak timbul. Yang ada hanyalah teknik mengurus persepsi. Dalam keadaan ini, maksud aku, dalam keributan yang berlaku di Kelantan, soal kepentingan jemaah itu wajib difikirkan sungguh sungguh dengan penuh berhemah.
Kelima - Apabila disebutkan kepentingan jemaah, ertinya, soal survival jemaah yang kita kasihi ini. Bukannya survival Arifahmi, bukannya survival Husam. Hatta, bukanlah survival Tok Guru sekalipun. Yang ada hanyalah survival jemaah ini kerana survival jemaah ini membawa erti survival Islam.
Keenam - Aku menyiarkan setiap jawapan Arifahmi kerana pada aku, kita perlu berlaku adil dalam menyediakan ruang suara kepada semua yang terlibat. Apabila kickdefella bersuara, di manakah ruang untuk Arifahmi menjawab? Takde, kan? So, aku buka ruang sepenuhnya untuk beliau dan "rakan beliau" menjawab segala "pertuduhan" yang dibangkitkan.
Ketujuh - Memang kelihatan aku seperti dipergunakan. Aku tak nafikan semua itu kerana unsur unsur itu ADA. Yang mewujudkan ruang maklumat kepada aku adalah juga seorang blogger tetapi beliau tidak memuatkan artikel diblognya. Hanya artikel aku sahaja yang disiarkan di blognya. Pada aku, itu biasalah. Tetapi, yang nak kena saman jika Husam nak saman tentulah aku, bukan? Ini yang aku maksudkan dengan "unsur unsur yang ADA itu".
Kelapan - Aku tidak pernah kisah dengan rating blog ini. Sama ada pengunjungnya beribu dalam sehari ataupun tidak sampai sepuluh orang dalam sehari, itu bukanlah urusan aku. Tujuan aku berblog adalah untuk menyatakan pandangan aku mengenai sesuatu isu. Jadi, tidak perlulah untuk orang tertentu "tolong bangga" dengan rating itu kerana puji pujianmu itu hanyalah gula gula padaku. Aku tahu semua itu.
Kesembilan - Terima kasih kepada semua pengkritik yang meninggalkan komen di blog aku. Aku tidak ambil hati sama sekali dengan komen komen yang "nakal" dan komen komen yang "sangat nakal" kerana mereka semuanya berhak untuk berkata apa sahaja demi menjulang apa yang diyakini sebagai benar.
Kesepuluh - Dari satu sudut, Arifahmi adalah menantu dan dari satu sudut yang lain Arifahmi adalah seorang ahli PAS. So, ada dua subjek di sini. Maknanya, ada dua kepentingan yang berbeza walaupun objeknya adalah sama iaitu Arifahmi. Persoalan yang perlu direnungi oleh semua adalah yang mana yang perlu diselamatkan di antara Tok Guru dan Arifahmi dan yang manakah yang perlu diutamakan di antara PMBK dan PAS?
Kesebelas - Ramai sahabat yang meminta aku menulis seperti mana aku yang dulu. Tidak bias. Biaskah aku dalam soal kemelut PMBK-Husam sedangkan yang berbicara itu bukan mindaku?
Keduabelas - Aku tidak dibayar oleh sesiapa untuk membela Arifahmi dan aku pun tidak membela beliau. Apa yang aku lakukan hanyalah menyediakan ruang seluasnya kepada beliau untuk menjawab supaya adil kepada dirinya selaku tertuduh. Itu sahaja.
Ketigabelas - Aku tidak akan berhenti menulis walaupun kritikan pedas yang aku terima kelihatannya seperti mahukan aku berbuat demikian.
Keempatbelas - Sepanjang aku menyediakan ruang untuk Arifahmi, aku tidak lagi menulis mengikut mindaku dan aku rasa cukuplah setakat ini sahaja ruang itu kerana aku tidak mungkin menentang keputusan Tok Guru.
Kelimabelas - Kepada yang faham, fahamlah. Kalau ada yang tak faham, itu bukan urusan aku.
Keenambelas - Allah Maha Mengetahui dan aku beriman dengannya.
Wallahu a'lam.
oklah benda dah setel
ReplyDeletebukan senang tok guru nak buat keputusan tu. menegur menantu bukan semudah menegur anak sendiri. silap2 boleh jd gaduh keluarga. sebab tu ada pepatah pukul anak sindir menantu
bukan senang jugak arifahmi nak ambil sikap patuh camtu. puji la skit kickdfela. sekurang2nya dia tak payah sampai ekna pecat macam kau. tp sebagai menantu yg patuhkan ayah dan sebagai ahli pas yg wala kepada jemaah dia akur.
harapnya jgn plak kickdfela dan mentornya akan bangkitkan isu ni lagi. apa yg diaorang nak skrg dah tercapai. puas hati skrg?
ANON 1:43....Soalan puas hati itu hanya akan keluar daripada mulut orang yang tak puas hati jer.
ReplyDeleteKita sepatutnya lihat begini. Apa yang perlu diselamatkan? PAS, kan? Apa yang perlu dimatikan? Persepsi, kan?
Sekarang nih, PAS selamat tak? InsyaAllah. Persepsi mati tak? Mati.
ustaz pil kuda !!! wa kah kah kah. ini dia ustaz pil kuda ya....
ReplyDeletehey, pulangkan balik lap top kerajaan negeri tu wahai ustaz pil kuda.
atau pun kau dah jual utk beli pil kuda ?
ha ha ha ha
cakap baik punya,mcm org alim2 tapi dia sendiri main pil kuda.....
Oklah tu at least PS ni lbh baik dr kau RBF dah blogger2 UBN yg duduk dan jilat bwh kangkang2 pemimpin UMNO. Hidup bergantung pd byran pemimpin UMNO. At least blogger2 PR kalau pemimpin buat mslh dieorang berani tegur.Kalau pemimpin UMNO buat taik pun korang blogger UBN tetap berhabisan2 jilat.....Memang hina hehehe........
ReplyDeleteRBF...aku ker "Ust Pil Kuda" yang ko maksudkan tu?
ReplyDeleteWallahi watallahi wabillahi....aku bukan "Ust Pil Kuda" tu.
Semoga fitnah ko tu balik kpd ko dan keluarga ko wahai RBF.
Apa yang berlaku ni, kita kena fikir satu je... Ada hikmah di sebalik semua kejadian yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Mungkin ketika ini puak-puak yang inginkan kejatuhan AAF bersorak ria bertepuk tangan melihat kecaman dan fitnah yang dilemparkan menjadi tetapi tidak terfikirkan di benak kalian kesan atau bala yang diturukan oleh Allah kepada orang yang menyebar fitnah..... Segala apa yang dipaparkan dalam blog kickdefella belum pasti kesahihannya. Jangan menghukum tanpa ada bukti-bukti yang sahih mengenai perkara ini. Mungkin apa yang dilakukan oleh TGNA dan AAF ini merupakan pengorbanan yang besar yang tidak ternilai bagi semua pihak. Wallahullam......
ReplyDeleteBetul tu. Aku setuju dgn berani kerana benar.
ReplyDeleteMemang ada hikmah dan memang akan ada peristiwa seterusnya selepas ini.
Jangan pakai tuduh sebarang. Aku yg sekadar mengutip maklumat di internet ni saja pun boleh mengagak siapa dia ustaz pil kuda yg dimaksudkan itu. Dan dia bukan PS ni.
ReplyDeleteTapi kalau nak buat conclusion siapa dia sehingga berani nak menulis di sini, baiklah pergi bertanya sendiri dgn kakitangan PMBK sana.
- kuntau
PS
ReplyDeletehuse muse ni hebat mana eh????nik aziz baik punya duk puji huse..
buat projek kambing,kambing xth pah mana..peruntukkan duit projek lesap..
projek depu pun senyap dik...yg aku tgk depu di trafic ligh pasir tumboh byk r..bleh dah nak amik minyak depu tu!!!!!
mase nak buat tabung kifalah dulu berapi2 duk kecek dlm masjid oyt nak tolong rakyat..duk oyat duit tu akn dpt dgn segera la..haram,org mati sampai kubur tumboh lalang dah..pitis xth mana hala...
balak di lojing habis licinnya gomo ko huse...tuk rakyat kelate xdok go satu..
hebat mana gak huse ni,mentakedarah duit pandai r!!!!
kuntau....walaupun kita tidak sekepala, aku hargai komen ko tu. Thanks. May Allah bless us all.......
ReplyDeleteYang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
ReplyDeleteTerlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.
Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.
Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca.Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)/SUMBER: WFAUDZIN BLOG
ingat PS, sekiranya tulisan anda di blog anda ini tidak benar, maka tanggunglah dosa sampai akhirat. bukan setakat dosa anda, tapi dosa kami sekiranya persepsi kami terhadap seseorang itu tersasar disebabkan fitnah. kalau nak blog juga, bloglah ada aku peduli??? tepok dada tanya iman dan nawaitu.
naufal
kepada saynotomnafiqeen:bila agaknya "U" NAK DEDAH HAL HUSAM GO,O BALAK PMBK////
ReplyDeleteBALAK BERNILAI RM 30 JUTA,BALAK INI KEPUNYAAN PMBK.TAPI PITIS HUSAM YANG GOMOL
ReplyDeleteAMBO RAKYAT KELANTAN.AMBO NAK TAHU PASAL HUSAM.BETUL KE CERITA NI???HUSAM GOMO BALAK?MCM TAK PERCAYA SILA JELASKAN ATAU SPRM SILA SIASAT
ReplyDeleteNaufal....sepatutnya "amaran" ko tu turut juga diberikan kepada kickdefella. Bukan aku sorang jer.
ReplyDeleteBut, aku hargai nasihat ko itu kerana membuatkan aku sentiasa waspada dengan dosa dan pahala.
Aku bersangka baik dengan ko.
SPRM hanya akan siasat apabila ada laporan secara rasmi sahaja. Setakat "geger" dalam media, memang SPRM tak akan siasat. Jika ada pun, hanya sekadar "siat siat" jer.
ReplyDeleteLagipun, jika yang bertanya itu bukan ANON, maybe aku akan jawab. Malangnya, yang bertanya itu ANON. So, no point jika jawab sekalipun.
saya puji sikap PS walaupun banyak yg di perkatakan atau di publishkan bagi pihak lain saya banyak yg tidak setuju dengan PS.
ReplyDeletecuma lain kali nasihat saya sebagai org tua ni(saya rasa PS muda lagi),kita kena hati2 dengan fakta yg kita terima sebelum terus mempercayainya.
so far kicdefella punya fakta menjadi walaupun saya amat risau jika apa yg di katakannya benar.saya tidak mengenali langsung secara peribadi kesemua watak2 dalam isu ini cuma meneliti dan membuat kajian.
so PS keep it up.jadila seperti sebelum isu ini timbul.
Thanks magn
ReplyDeleteps, nasib baik ko BERSANGKA BAIK terhadap aku, utk makluman nko, aku dah komen kow-kow kat blog kick tapi dia tak gentle. komen aku tak disiar. kalu nko rasa komen aku nie memberi kabaikan kpd nko ALHAMDULILLAH tapi kalu nko tak bleh terima...terpulang. nko pun bukan kecik anak lagi.
ReplyDeletenaufal
ANON 2:43 @ naufal.....Aku ok jer. Neutral.
ReplyDelete