Saturday, November 21, 2009

APABILA GAGAL MEMBUKTIKAN PENYELEWENGAN - MAKA DINYANYIKAN PULA LAGU KRONISME



Oleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT di PMBK masih belum berkesudahan. Siasatan oleh SPRM terhadap perbadanan di bawah MB Kelantan ini mungkin masih berjalan dan belum ternampak oleh kita samada berlaku sebarang penyelewengan atau tidak di dalam pengurusan PMBK.

Apa yang kita nampak setakat ini adalah terpelantingnya seorang kakitangan PMBK merangkap blogger yang bergelar Kickdefella. Dikatakan Kickdefella adalah orang kuat kepada YB Husam Musa seorang Exco yang memegang jawatan penting di dalam kerajaan Negeri Kelantan.

Belum selesai siasatan di PMBK, belum ada sebarang tangkapan atau tahanan terhadap mana-mana kakitangan PMBK oleh SPRM, heboh satu dunia mahu agar CEO PMBK Arif Fahmi menantu kepada Tok Guru Nik Aziz meletakkan jawatan. Kononnya Arif Fahmi banyak mencemarkan nama baik MB Kelantan yang juga Bapa Mertuanya itu.

Apa yang Arif Fahmi cemarkan itu? Memecat Kickdefella bolehkah dianggap mencemarkan imej Tok Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan? Adakah menantunya itu gagal di dalam melaksanakan tugas atau pun mempunyai rekod yang buruk sebelum ini?

Jika disabitkan dengan rasuah atau pun pecah amanah serta penyelewengan di dalam menguruskan PMBK, memang wajib beliau ditendang keluar dari PMBK bahkan wajib didakwa. Sebab apa Arif Fahmi mesti dikeluarkan dari PMBK?

Adakah kerana Arif Fahmi itu menantu kepada MB Kelantan maka beliau tidak layak menguruskan perbadanan penting itu? Sebagai menantu kepada MB, apakah beliau tidak layak untuk membantu bapanya mengkayakan ekonomi negeri Kelantan? Berapa banyak harta PMBK yang dilesapkan oleh Arif Fahmi?

Saya menjadi pelik dengan mereka yang beriya-iya sangat mahukan Arif Fahmi dipecat dari PMBK. Mengapa tidak menunggu terlebih dahulu hasil siasatan SPRM terhadap PMBK sebelum kita menilai Arif Fahmi layak atau tidak berada di PMBK?

Bukankah sudah berjela-jela kononnya bukti yang didedahkan oleh Kickdefella tentang salah laku Arif Fahmi, cuma kita menunggu benar atau tidak dakwaan Kickdefella itu setelah SPRM selesai menjalankan siasatannya.

Jika benar dan dapat dibuktikan, saya amat bersetuju jika Arif Fahmi dipecat dan diambil tindakan. Tetapi, jika didapati tidak benar, maka zalim untuk kita menganiayai beliau dengan mendesaknya meletakkan jawatan.

Saya percaya sekiranya didapati tiada sebarang kes untuk mendakwa Arif Fahmi, mereka ini akan terus mendesak Arif Fahmi meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK atas alasan yang lain pula. Maka akan timbul lah dakwaan kononnya MB Kelantan itu mengamalkan kronisma. Kononnya untuk memulihkan imej Tok Guru Nik Aziz, Arif Fahmi mesti meletakkan jawatan.

Semenjak bila imej Tok Guru Nik Aziz tercemar sehinggakan menantunya dijadikan kambing hitam? Apakah selama ini imej Tok Guru Nik Aziz bergantung kepada menantunya?

Arif Fahmi tidak perlu meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak melakukan kesalahan dan mampu menguruskan PMBK dengan baik dan telus. Pedulikan apa orang lain kata selagi beliau ikhlas berkhidmat.

Jika benar Arif Fahmi banyak mencemarkan nama baik Tok Guru Nik Aziz, sudah lama PAS tersungkur di Kelantan kerana bukan baru-baru ini Arif Fahmi menjadi menantu Tok Guru Nik Aziz atau menjadi CEO PMBK. Sebenarnya saya melihat seperti ada udang di sebalik batu yang mendesak dan menekan MB Kelantan untuk menyingkirkan Arif Fahmi.

Tumpuan sekarang bukan terhadap siasatan SPRM, tetapi lebih tertumpu kepada siapakah yang akan dilantik menggantikan Arif Fahmi sekiranya kehendak mereka dituruti oleh MB Kelantan.

Samada SPRM dapat membuktikan ada atau tidak berlaku penyelewengan di dalam PMBK tidak penting bagi mereka. Yang penting Arif Fahmi mesti berundur, itulah kehendak mereka. Sebab apa perlu berundur, Wallahu Aklam. - wfauzdin.blogspot.com

16 comments:

  1. takdak angin takkan pohon bergoyang.kau ingat orang pas percaya dekat sprm ke?kalau menantu TGNA didapati salah,pas kelantan boleh percaya ke?kalau si arif tu terbukti tidak bersalah,barulah orang pas percaya.TGNA sepatutnya tidak melantik menantunya memegang jawatan penting dalam pmbk.apa yg TGNA cakap kat umno dulu mengamalkan kroni,nepotism dan macam2 lagi.bila menantunya dijadikan ceo,dikatakan nabi juga buat sama.kalau macam tu umno buat dulu tak salahlah...

    ReplyDelete
  2. Kalau macam tu apa salahnya Khairy sebagai menantu Pak Lah sehingga Pak Lah diserang bertubi-tubi dan akhirnya Pak Lah kena letak jawatan.

    Bila babitkan orang Umno tak boleh, bila babitkan orang Pas boleh. Guna kitab berlainan warna kulit juga orang Pas ni rupanya.

    ReplyDelete
  3. ANON 3:47....Yang serang Pak Lah tu PAS atau PKR atau DAP atau UMNO sendiri? Ko jangan main tembak ikut sedap mulut ko jer.

    PAS adalah PAS. PKR adalah PKR. DAP adalah DAP.

    Sebagaimana UMNO adalah UMNO. MCA adalah MCA. MIC adalah MIC.

    So, politik nih bukan apa yang ditulis di oleh akhbar UTUSAN mahupun HARAKAH.

    Politik itu juga bukanlah berita yang disiarkan di TV1, TV2, TV3, TVPAS mahupun TVSELANGOR.

    Politik itu adalah keyakinan kita terhadap sesuatu dasar dan kita perjuangkan dasar itu sehingga berjaya.

    Bagi PAS, politik PAS adalah Islam dan Islam itu adalah akidah yang wajib digigit seperti mana kita menggigit sesuatu menggunakan geraham kita.

    Faham tak? Kalau tak faham, itu korang punya pasal. Kalau nak faham, masuklah PAS. Jangan nilai PAS daripada luar.

    Berbeza dengan UMNO. UMNO bleh dinilai daripada luar kerana UMNO sememangnya takde nilai pun.

    ReplyDelete
  4. aku tak nak jadi ahli pas.sebab ahli pas tak boleh ditegur....cepat melenting.aku cuma undi bulan aje..

    ReplyDelete
  5. korang ni bute tuli ape yang pak lah lantik khairy tu die perangai macam mane plak..abis semua benda die nak jual kat singapore...tak kan tak nampak..mangkuk betul..tok guru lantik menantu die ade ke menantu die balun harta negeri kelantan???macam cibai la lu org ni..tu pun buta lagi..

    ReplyDelete
  6. Aku setuju... sebahagian ahli-ahli PAS terlalu emosional. Sepatutnya orang2 yang nak memperjuangkan syiar Islam mestilah rasional.

    ReplyDelete
  7. Ariffahmi tak da kaitan ngan PAS Kelantan, dia ader ker tak der ke takda org nak kisah, tapi Husam adalah pemimpin yg dicari-cari. Kalau dia takda boleh bagi impact besar kat PAS Kelantan. Seluruh Kelantan mengenali beliau sampai Ke Gua Musang

    ReplyDelete
  8. Ana setuju dengan pandangan ANON 10:53, bakers ANON 1:09 di atas.

    Tapi pandangan ANON 1:25 tu aku sangat tak setuju.

    Dulu, orang kata "habislah PAS kalau takde Asri Muda". Hakikatnya, PAS lebih berjaya di era yang bukan era Asri Muda.

    Sekarang orang kata "habislah PAS jika tanpa Husam", sedarkah kita bahawa yang Maha Berkuasa itu adalah Allah swt dan bukan Husam?

    ANON 1:25, make up your mind. Jangan jumud tak ketahuan hala.

    ReplyDelete
  9. Lebih mudah mengajar orang lain solah dari kita bersolah. Lebih mudah menunding jari ke orang lain dan bercakap, dari kita melaksanakannya.
    Fikir - fikirkan.

    ReplyDelete
  10. ANON 7:53...itu betul tetapi jgn jadikan persepsi sebegitu menghalang kita bersuara.

    ReplyDelete
  11. Sukacita dimaklumkan Husam tidak hadir mesyuarat Khas BPPNK semalam kerana dia menghadiri Simposium 2009 bersama Anwar Ibrahim dan Aziz Bari.

    Jelas bukan ? beliau sanggup meninggalkan mesyuarat yang sangat penting kerana mengikuti Anwar Ibrahim dan Aziz Bari. Mana sudah wala' Husam Pada PAS Kelantan? mana sudah wala' Husam pada TGNA? mana sudah wala' Husam kepada perjuangan Islam? Itu lah Husam lebih dahulukan Anwar Ibrahim dari amanah menghadieri mesyuarat penting yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz.Semakin terserlah siapa si Husam ni sebenarnya.

    ReplyDelete
  12. Dusunraja......lawan tetap lawan. Biarlah puak puak nih nak kata apa sekalipun. Serahkan jer kepada Allah swt.

    ReplyDelete
  13. Bilakah kroni menjadi busuk dgn buruk??? Kroni menjadi buruk apbila berlakunya penyelewengan & penyelahgunaan kuasa. So, sila phm konsep kroni di sini. Siapakah yg memburukkan konsep kroni jika bkn org UMNO??

    ReplyDelete
  14. serah kpd Allah ye.......insya-Allah sikit-sikit org dah nampak siapa anuar brahim dan juak2 di seluruh tempat di alam maya ini. ikhlaslah sikit, buka sikit je hatimu itu, mata dan telingamu itu, nampaklah segala kekeruhan yg berlaku sekarang di klentan khasnya ddn di seluruh dunia amnya ini ANGKARA SIAPA WAHAI PEMBURU SYAHID , konon..................

    ReplyDelete
  15. ANON 11:26...kemelut dah selesai, kan?

    ReplyDelete