Monday, November 30, 2009

PENGGANTI TOK GURU MESTI ULAMA - BUKANNYA ULARMAK



Dewan Ulama Pas Kelantan mengambil pendirian untuk menerima sesiapa saja bakal pengganti Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, namun ia harus datang dari individu yang berstatus ulama.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, kepimpinan Nik Abdul Aziz sudah menjadi sebati kepada rakyat Kelantan dan adalah perlu pengganti beliau juga harus memiliki ciri-ciri kepimpinan ulama yang ada padanya.

“Untuk meneruskan apa yang Nik Aziz perjuangkan selama ini, kita menerima sesiapa sahaja yang dipilih, namun ia harus datang dari ulama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz sebelum ini yang mendedahkan bahawa beliau sudah mempunyai barisan pelapis untuk menerajui kepimpinannya selepas ini.

Nik Aziz sebelum itu mengulas mengenai saranan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mahu Menteri Besar Kelantan itu menamakan penggantinya supaya tidak timbul kekalutan dalam Kerajaan Negeri.

Merujuk kepada hierarki kepimpinan Pas Kelantan sekarang, tiga Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yaakob, Datuk Husam Musa dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohamed Daud berkata, adalah langkah yang terbaik sekiranya kepimpinan Pas memilih Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaakob sebagai pengganti Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, Ahmad memiliki ciri-ciri yang ada pada Nik Aziz selain memegang jawatan Timbalan Ketua Ulama Pas di peringkat pusat.

“Apa yang jelas, beliau adalah pemimpin yang tidak suka kepada kontroversi. Ini menunjukkan beliau memiliki rekod yang bersih, sudah tentu ia menjadi pilihan kepada Dewan Ulama,” katanya.

Ditanya adakah kenyataan itu bermakna Datuk Husam Musa tidak layak memegang jawatan itu, Mohamed Daud berkata: “Jika Pas memilihnya kita tidak ada masalah untuk menerima.” - SINAR HARIAN

8 comments:

  1. bukannya ULAR dlm SEMAK......

    ReplyDelete
  2. bukan ulaq dlm semaq......

    ULANYAK!

    ReplyDelete
  3. Memandai jer korang nih. Kreatif giler....

    ReplyDelete
  4. ulanyak ke,ularmak ke,ular dlm semak ke...itu sume hy sesuai dipggl kpada ulamak umno je..ulamak umno ni kan jenis yang bab kata ust mat sabu "FIL FULUS,KULLU LULUS..WA FIL AAKHIRAH KULLU MAMPUS"....aku arap dalam pas ni tak de la yg jd mcm tu..tp yang ak musykil skrg ni ialah,knp duk sibuk2 nk cari pengganti TGNA? ad ke dia ckp nak letak jwtn @ da tak nak b'tndg ms PRU 13 nnt? atau ak mmg tak tau psl dia da mmg nk ltk jwtn?

    ReplyDelete
  5. Dalam PAS pun dah ramai lulusan Timur Tengah yang menjadikan kelulusan itu sbg lesen utk tidak boleh ditegur.

    Kelulusan itu akan digunakan pula sbg komoditi untuk diperdagangkan.

    ReplyDelete
  6. yang jenis macam tu adalah ilmu pd sijil jer...

    ReplyDelete
  7. Yang spesis ilmu hanya atas sijil nih terlalu ramai dalam PAS.

    Sepatutnya apabila sudah ramai lulusan agama dalam PAS, sistem tarbiyyah haraki itu makin mantap bukannya makin mati.

    Apabila sistem tarbiyyah haraki ini mati, maka semua lulusan agama ini akan bercakap mengikut lidah masing masing dan bukan lagi menjadi lidah jemaah.

    Masing masing bercakap mengikut suara sendiri dan bukannya suara jemaah.

    Sebab tu jika kita tanya satu perkara kepada 10 lulusan agama yang ada dalam PAS, maka kita akan dapat 10 jawapan. Sukar untuk kita bertemu dengan 10 jawapan yang sama berkaitan satu perkara.

    ReplyDelete