Wednesday, November 25, 2009

DALI HUSSIN - DESPERADO BARU YANG TELAH DIBIAKKAN OLEH UMNO KELANTAN



Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin, menyatakan Tok Guru Hj Nik Aziz perlu menilai semula kedudukan beliau selaku Menteri Besar Kelantan ekoran "kegagalan beliau menyelesaikan kemelut PMBK sehinggakan PAS Pusat terpaksa campur tangan bagi menyelesaikannya".

Menurut mamat nih lagi, Tok Guru Hj Nik Aziz juga perlu melihat semula kepimpinannya selepas munculnya ramai ahli PAS yang tidak lagi menghormati beliau selaku Mursyid al-'Am.

Mamat nih juga berkata, rakyat Kelantan akan rugi jika Tok Guru Hj Nik Aziz terus menerus memimpin Kelantan.

Semua statements di atas adalah bersumberkan akhbar Sinar Harian edisi Selangor/KL.

Pertama - Adakah UMNO Pusat tidak pernah mencampuri urusan UMNO Kelantan? Berapa lamakah Tun Mahathir menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan? Maknanya, itu bukti jelas UMNO Pusat mencampuri urusan UMNO Kelantan.

Jika pandangan Dali Hussin diambil kira untuk dipertimbangkan, maka, tindakan UMNO Pusat melantik Tun Mahathir untuk menjadi Pengerusi UMNO Kelantan suatu ketika dulu juga menbawa erti betapa bodohnya UMNO Kelantan berbanding "ketidakmampuan" Tok Guru Hj Nik Aziz untuk membuat keputusan.

Kedua - PAS Pusat hanya menasihati dan menyampaikan pandangan kepada Tok Guru Hj Nik Aziz yang merupakan Menteri Besar daripada PAS dan bukannya mengambil alih tugasan dan tanggungjawab Tok Guru Hj Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan.

Ini berbeza dengan perlantikan Tun Mahathir (dulu) selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan. UMNO Pusat bukan sekadar menasihati tetapi turut merampas hak pemimpin UMNO Kelantan untuk mentadbir-urus UMNO Kelantan.

Dalam erti kata lain, secara jelas dan terang UMNO Pusat meletakkan UMNO Kelantan pada kedudukan paling hina dan paling bodoh dalam sejarah politik Malaysia.

Kenapa menjadi hina dan bodoh tahap tinggi? Mudah. Kerana tindakan UMNO Pusat itu menunjukkan bahawa pemimpin UMNO yang ada di Kelantan itu bodoh bodoh dan dungu dungu belaka sehinggakan tidak mampu mentadbir UMNO Kelantan.

UMNO Pusat secara simboliknya ingin memberitahu UMNO Kelantan - BAGAIMANA NAK RAMPAS KELANTAN DARIPADA PAS DAN BAGAIMANA NAK TADBIR NEGERI KELANTAN JIKA UMNO MENANG SEKIRANYA NAK TADBIR UMNO TU PUN TAK MAMPU.

Perkataan lain untuk menggantikan frasa TAK MAMPU bagi statement di atas adalah BODOH dan DUNGU.

Apa lagi yang mahu "ditegakkan" oleh Dali Hussin? UMNO Pusat sendiri mengisyaratkan UMNO Kelantan sebagai BODOH dan DUNGU. Jadi, Dali Hussin patut mencermin dirinya sendiri.

Ketiga - Di mana ruginya rakyat Kelantan? Cuba sebutkan dengan jelas. Dan, di manakah pula untungnya rakyat Kelantan jika UMNO kembali memerintah Kelantan? Juga cuba sebutkan dengan jelas.

Dalam politik, TIDAK ADA KATA KATA INDAH UNTUK MENJADI HALWA TELINGA walaupun itu yang sering dituturkan oleh mana mana ahli politik sekalipun.

Yang menghalang ahli politik daripada "berkata manis manis belaka" hanyalah iman di jiwa. Iman inilah yang membezakan pimpinan PAS dan pimpinan UMNO di Kelantan.

Kepada Dali Hussin, jangan bising punggong orang lain ada najis jika punggong sendiri pun najis bertempek tempek.

p/s : Mungkin sesuai untuk UMNO Kelantan melantik Abdullah Sa'amah menjadi Menteri Besar Kelantan jika UMNO menang. Dia kan "tok guru"?

7 comments:

  1. artikel ni gua sokong. macam ni laa..kita kena bersatu hancurkan BN Ameno skrg ni. bukannya hancurkan PAS dan Pakatan Rakyat. Bukan utk merendah2kan PAS, tapi it is very impossible for PAS with their own to take over Malaysia. kena bergabung dgn PR jugak. the same goes to PKR and DAP. PS setuju tak dgn pendapat gua ni?

    ReplyDelete
  2. Salam rozaen....ana jawab komen anta dalam artikel.

    ReplyDelete
  3. saya stuje sangat2. even skarang pon pengurusi UMNo di kedah (Shafie apdal), terangganu(Hishamuddin) dan selangor(najib) diketuai oleh orang2 dari UMNO pusat.

    -Budak melaka di UK-

    ReplyDelete
  4. Dali Hussin meludah ke langit sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. -Apa2 yang umno cakap terutamanya dali ni (dio ore kalae chepo, dun ambo) tok paka ghawa! saudara PS anda tak perlu nak paste la artikel dia tu. tak laku satu sen pun. tempat sendiri pun asyik kalah..nak bercakap..cit pooodaah! malah ambo layan dali ni.

    ReplyDelete
  6. john...ko malas nak layan tu ko punya pasallah. Jgn pula ko nak halang org lain untuk tahu.

    Mana artikel dali yg aku paste? Cuba ko tunjukkan mana satu artikel dali yg aku paste.

    ReplyDelete
  7. Artikel nih aku tulis sendiri dan aku buat ulasan berpandukan apa yg dali hussin cakapkan kpd wartawan Sinar Harian.

    Bukannya aku copy paste artikel dia.

    ReplyDelete