Nih jawapan aku : -
Beliau sendiri tidak peduli dengan maruah dan kehormatan dirinya.
Jika beliau punya maruah dan punya harga diri, beliau tidak akan melakukan pengkhianatan seperti ini.
Jika beliau punya maruah dan harga diri, beliau sepatutnya mengawal hantu raya belaan beliau.
Jika beliau punya maruah dan hargai diri, beliau sewajibnya tampil dan jelaskan segala galanya supaya namanya dapat dibersihkan.
Jika beliau punya maruah dan harga diri, sudah tentu beliau bertemu dengan Tok Guru untuk memohon maaf.
Maruah apa lagi yang mahu dipertahankan? Harga diri apa lagi yang mahu diselamatkan?
Maruah dan harga diri Tok Guru yang sudah dirobek robek oleh hantu raya belaannya tu bagaimana pula?
Perasaan dan hati Tok Guru yang sudah dikoyak koyak oleh BokBong belaannya tu bagaimana pula?
Saper nak jawab?! Beliaulah !! Sebab tu aku minta beliau tampil dan buat penjelasan !! Kalau beliau terus diam macam tu, kemelut ini akan makin panjang dan pasti akan makan korban.
Tok Guru dah tak kuat. Nak genggam tangan kita waktu bersalam pun dah tak kuat. Sepatutnya, kita kurangkan beban Tok Guru dengan memberi sokongan dan dokongan penuh supaya pentadbiran negeri Kelantan berjalan lancar. Bukannya ambil kesempatan macam nih.
Langsung takde rasa simpati kepada Tok Guru !! Sampai hati makhluk dua ekor nih bagi tekanan sampai begini sekali kepada Tok Guru !! Anak emas apa macam nih?!
Ini bukan anak emas !! Ini anak H**** !!
kau ni tulis macam kau ni jurucakap arifahmi sahaja dan bukannya pihak ketiga yg melihat isu ini setelah meneliti dari pelbagai sumber.
ReplyDeleteaku baru baca apa yg kickdefella tulis tentang arifahmi dan aku lebih percaya apa yg dia tulis.
mungkin fakta kau tu nampak tak kukuh, ataupun mungkin juga cara kau tulis tu tak matang yg buatkan orang macam aku ni sedikit musykil akan kebenarannya.
- kuntau
Aku lebih percaya pada tulisan orang yang solat,
ReplyDeleteAku lebih percaya pada catatan orang yang tak minum arak,
Aku lebih yajin dengan khabaran orang menjaga Aurat Isterinya.
Aku yakin dengan orang Taqwa.
cuba kau dapatkan penjelasan dari arifahmi tentang ni:
ReplyDelete1 - dia yg memujuk TGNA supaya pergi buat haji tajaan kawan dia Din Mardi ni.
2 - dan dia juga termasuk dalam pakej tajaan Din Mardi ni (arifahmi dan isteri)
kalau betul la benda ni, memang menantu haprak betul la dia ni. kalau betul lah. kalau tak betul, kickdefella lah yg haprak sebab membawa berita palsu. tapi sebelum kickdefella tulis pun, benda ni dah ada orang lain yg tulis. maknanya benda ni dah ramai yg tau.
pada aku la, TGNA bukan jenis yg akan syak wasangka. dia tak akan menanya perihal motif dan tujuan kawan dia Din Mardi tu, atau dari mana Din Mardi dapat duit tu. sebab pada dia, Din Mardi tu kawan dia.
terpulanglah pada menantu dia yg nak kena menentukan sebab dah la dia tu menantu TGNA, dia juga pemegang amanah TGNA dalam syarikat negeri Kelantan. dia yg sepatutnya menjaga kepentingan bapa mertua dia.
kau suka nak menyuruh kickdefella dan husam mengaku itu ini. sekarang kau minta pula arifahmi mengaku 2 perkara atas tu.
- kuntau
apa da...abdullah ubai dulu tu sembahyang juga.
ReplyDeletemalah dari penampilan dia, abdullah ubai tu mungkin lebih islam dari islam.
kuntau.....samalah juga dengan ko yang sejak awal lagi membela BokBong dan Bos BokBong.
ReplyDeleteBukan soal aku bela Ir Arifahmi atau aku hentam yang dua ekor lagi tu, soalnya, kita kena bersama sama dengan pihak yang kita yakini benar setelah kedua duanya tampil memberikan penjelasan dan bukan setakat "hembus" dari jauh jer.
geng ganu.....ana setuju dengan penilaian anta.
ANON 1:12.....Abdullah ibn Ubay itu dalam konteks "munafiq yang kurang jelas" ataupun "munafiq dalam penyamaran" tetapi yang dua ekor nih dalam konteks "terang terangan munafiq".
Wallahu a'lam.
aku tunggu kau dapatkan penjelasan dari arifahmi tentang hal yg dua tu.
ReplyDelete- kutau
PS, aku bukannya membela Sheih dan Husam. Aku pun tak tau siapa betul siapa salah.
ReplyDeleteCuma aku tak boleh nak sokong butir-butir hujah kau setakat ni. Nampak very shallow.
Hang faham tak bila orang sebut, kalau masuk mahkamah kena cari lawyer. Bila nak buat akaun kena ambil akauntan. Sebab kalau salah buat akan memungkinkan mendapat bala.
Samalah juga. Bila sedar diri tu tak pandai communication skill, kena cari PR. Sebab tu syarikat-syarikat besar ni mesti nak ada PR punya orang. Sebab tu juga agaknya Husam lantik Sheih untuk buat kerja PR untuk dia dan untuk negeri Kelantan. Agak aku la.
Pelik aku la. PMBK yg besar tu tak ada ke lawyer atau PR person nak jawab isu ni? Kenapa nak guna blogger yg tak siapa kenal nak jawab bagi pihak CEO dan juga (kononnya) bagi pehak TGNA? Nampak sangat PMBK ni syarikat haprak. Atau pun orang yg memimpin dia yg haprak kot?
Ibarat tikus membaiki labu. Dia ingat dia bagus sangat nak per-elokkan labu tu. Sedar-sedar, labu tu dah hancur.
- kuntau
Hang ni macam Sheikh utk Arifahmi. Berapa yang hang dapat?
ReplyDeleteNONAMA
hoi korang dengar sini baik baik!
ReplyDeleteaku sebagai penyokong kerajaan PAS Kelantan yang tegar dengan ini demand 2-2 geng selesaikan masalah ni di meja rundingan..lantaklah geng mana betul mana salah, korang tak penting. yang penting Kerajaan Islam Kelantan. Kalau imej Tok Guru jahanam dan PAS kalah kat kelantan next election, aku maki semua sekali. Husam ka, sheih ka, ariffahmi ka, nik abduh ka,semua bangang. MSO dah konpem bangang.
Ego nak mampus..ada masalah sikit bukak blog..caci pihak lain. Bongkar semua maklumat sampai semua tenggelam sekaligus..padam muka korang.
Ko tengok najib vs KJ. Ada tak kecoh kecoh macam engkau semua?
aku setuju dengan ko...kena dua-dua...ni asyik sebelah arif sahaja...
ReplyDeleteBukankah aku dah cadangkan supaya kedua dua pigak tampil buat penjelasan?
ReplyDeleteSekarang nih hanya Ir Arifahmi jer yang tampil buat penjelasan. Husam masih membisu. Manakala, kickdefella asyik tukar tajuk.
So?
Din mardi sendiri yang nak taja haji tu. Malah, beliau jumpa Tok Guru sendiri. Ir Arifahmi tak tahu menahu hal nih pada awalnya. Dia tahu selepas Tok Guru dah nyatakan persetujuan.
ReplyDeleteSo? Apa bukti ko yang dia pujuk Tok Guru? Apa bukti ko dia bawa din mardi jumpa Tok Guru?
Saudaraku, tampil buat penjelasan tak bererti penjelasan itu benar. 'Penjelasan' boleh dipenuhi dengan kata-kata bohong ataupun tidak sepenuhnya benar.
ReplyDeleteSaya berani bertanya dalam konteks menantu TGNA. Saya tidak akan sama sekali menyamakan sesiapa pun dengan TGNA. Termasuklah menantu beliau. Menantu TGNA bukan TGNA. Akhlaknya, keikhlasannya tidak sama.
Tak tampil buat penjelasan pula tak bererti pihak itu salah. Mungkin pihak yang nampak salah tak buat penjelasan di khalayak umum mahu menjaga sesuatu yang lebih penting. Mungkin beliau salah. Tetapi tahukah anda secara mutlak sehingga mula 'menghukum'? Anda, seperti juga saya akan ditanya and dipertanggungjawabkan atas kenyataan dan 'hukuman' anda.
Anda pula sebagai pejuang Islam, dengan tindakan anda di sini, hanya memperlagakan rakan2 anda berdasar berita2 2nd bertapis. Saya faham anda dapat maklumat dari sumber terdekat tetapi adakah sumber yang neutral dan ikhlas ataupun sumber yang berpihak/berkepentingan. Natijahnya, jemaah yang anda sayangi porak-peranda dan musuh anda bersuka-ria.
Saya doakan anda, saya dan Islam yang tercinta dipelihara-Nya.
At least, Ir Arifahmi berani tampil berbanding yang lg dua tu. Persepsi beebbb...persepsi.
ReplyDelete'berani tampil' kerana.....?
ReplyDeleteSaudaraku, persepsi memang penting tapi bukan yang paling penting. Penilaian bersandarkan persepsi memang penting tetapi bukan yang paling penting.
Ada penilaian yang tidak bersandarkan persepsi sebaliknya kebenaran mutlak. Sebagai pejuang Islam, bukankah ini yang lebih penting?
Persepsi adalah mainan pemikiran yang tidak jelas dan tidak mampu bersandarkan kebenaran.
Persepsi mungkin diterima sebagai realiti tetapi persepsi tidak semestinya kebenaran.
Anda mencari persepsi yang diterima ramai atau kebenaran?
Tak tampil.tapi hentam dalam blog, yang tampil pula kita kata macam-macam. Apa ni bila nak selesai. Manusia tengok melalui apa yang kita lakukan sebab niat kita tak tahu. Ada kamu tahu niat seseorang? Dah tampil tu kira beranilah tu. Kenapa yang dua orang masih belum tampil buat penjelaasan. Perkara yang benar hendaklah disegerakan, juka ianya benarlah. Jadi, kenapa takut? Selau menyalahkan orang lain. Ingat kita tu bagus sangat ke?
ReplyDelete