Friday, November 13, 2009

JAWAPAN AKU KEPADA MZ YANG MEMBELA HUSAM MUSA



Setelah aku siarkan artikel PMBK - SIAPA YANG LEBIH BERHAK MEMBUAT KEPUTUSAN DI ANTARA IR ARIFAHMI DAN HUSAM MUSA, ada seorang sahabat yang hanya menamakan dirinya sebagai "mz" kelihatan seperti mahu "memperbetulkan keadaan".

Ini apa yang "mz": tuliskan :

satu: nak tanya kawan kat sini ore kelate ke tak?.. yg kedua adakah anda mendapat maklumat yg tepat??. adakah ape yg diaktakan kepa husam tersebut adalah tepat dan betul2 salah?..

sebab ini penting: tenagok keadaan dikelantan sekrg selepas dan sebelum thn 2000 atau selepas dan sebelum husam jadi exco
tgk sendirik dgn mata:

ape yg menariknya: kalau dulu org kelate islam tak embangun sebab tgk kat kelate.. tp sekrg kat kelate bangun dgn pesat dan islam still there.


ini sebabkan umno susah nak rampas kelantan sebab pasal pembangun dah tak relevan
tgk sebelum thn 2000- nothing dr sudut penbagnunan menybebakan umno boleh hentam kelate sesuka ht- tp sekrg sudah lain..

dan nama islam dgn sendiri naik
sebab saya rasa kena dptkan info2 yg betul adakah tindakan husam tersbeut (kalau benar) adalh salah disisi agama dan undang2? saya takde nak bela husam buta tuli cuma nak pastikan maklumat tersebut betul dan tepat..

kalau tepat pon adakah ia salah??..

sebab sometime u next to do some action utk dptkan result yg bagus...
dan hasilnya telah terbukti kelantan membangun dgn pesat dr segi pembangunan dan rohani- dua 2 skali.

rugi hanya kerana kita tak dpt- kita cantas org yg berkelayakan utk berbuat sesuatu utk umat islam kelantan- dan balik kepad asal..dan yg paling menakutkan lagi jatuh ke tgn umno balik.

rugi hanya kerana kita tak dpt- kita cantas org yg berkelayakan utk berbuat sesuatu utk umat islam kelantan- dan balik kepad asal..dan yg paling menakutkan lagi jatuh ke tgn umno balik.


itu sj



Ini pula jawapan aku kepada Sdra "MZ"


Ambil i'tibar daripada sejarah. Ketika mana sebelum tentera Islam belum dipimpin oleh Khalid al-Walid, Islam menang juga. Cuma, tak berapa meriah kemenangan itu.
Apabila Khalid al-Walid mengambil alih pimpinan ketenteraan, kememangan itu serba menjadi dan serba meriah.

Apabila Umar ra menjadi Khalifah, di antara perkara pertama yang beliau lakukan adalah menurunkan Khalid al-Walid dan menggantikan beliau dengan Abu Ubaidah al-Jarrah.


Walaupun tanpa Khalid al-Walid, kemeriahan kemenangan itu tetap berterusan dan takde sesaper pun yang "faham" kenapa Umar ra menurunkan Khalid al-Walid daripada jawatan panglima perang.


Para pengkaji berpendapat, tindakan Umar ra adalah didorong atas alasan tidak mahu Khalid al-Walid didewa-dewakan kerana pada waktu itu, ramai berkeyakinan bahawa kemenangan tentera Islam adalah kerana adanya Khalid al-Walid dan bukan kerana Allah swt.

Begitu juga di Kelantan. Anda boleh faham sendiri simbolik siapa Khalid al-Walid itu.


Jika Umar ra masih ada, agak agak, apa tindakannya dalam isu Husam ini? Bukan setakat "didewa dewakan" oleh mz tetapi juga turut dipertikaikan sifat amanahnya.


Seperkara lagi, tidak timbul soal suka geng mana atau tidak suka geng mana. Islam hanya satu dan PAS juga hanya satu. Ana menyokong PAS. Ana menyokong semua pimpinan PAS. Itu sesuatu yang pasti.
Tidak timbul soal ana cuba menjatuhkan Husam ataupun tidak. D

ulu, ana pertahankan Husam ketika mana beliau bertanding Naib Presiden. Berpuluh puluh artikel ana yang lepas boleh membuktikannya.
Waktu itu, secara peribadinya, ana meyakini Husam berada di pihak yang benar dari sudut jemaahnya.

Sekarang, "antara Husam yang dipertikaikan" dan "Husam yang diyakini betul" itu terlalu jauh bezanya.
Bukan soal ana ini Kelantanese atau bukan.

Soalnya, PAS adalah PAS. Setiap ahli PAS wajib mempertahankan kerajaan PAS. Bukan soal Kelantanese atau non Kelantanese.

3 comments:

  1. Apabila PAS dipecahkan kepada Kelantan atau Tidak menunjukkan keasobiyyahan yang tinggi. Tiada lebihnya PAS di mana jua tetap sama prinsip dan perjuangan.

    ReplyDelete
  2. Dalam PAS, hanya ada ORANG PAS sahaja. Perjuangannya pula hanyalah untuk Islam. Tidak ada yang lain daripada tu.

    Jika ada yang mendakwa dirinya dari kem pro-ulama, pro-erdogan, pro-ug-anti-ug, anti-erdogan dan sebagainya, maka individu itu bukanlah ORANG PAS. Individu itu hanya sekadar AHLI PAS.

    ReplyDelete
  3. aku setuju kau cakap dalam Pas hanya untuk Orang Pas sahaja tapi aku tengok semangat perkauman yg ditunjukan oleh Tulang besi amat melampau setiap hari meletakan kesalahan pada geng terengganu aje, semua tentang org pas terengganu mesti salah kalau kita menegur dia, dia akan cakap jangan campur hal pas selangor, adakah kah patut cuba hang cakap

    ReplyDelete