Friday, November 13, 2009

HARAPAN KAMI TG HJ NIK AZIZ MENANGGUHKAN HAJAT BELIAU UNTUK MENUNAIKAN HAJI PADA TAHUN INI



Atas beberapa faktor yang telah difikirkan dan diperbincangkan, ana mewakili rakan rakan bloggers yang prihatin kepada kerajaan negeri Kelantan dan sayang serta kasih kepada TG Hj Nik Aziz, dengan ini memohon TG Hj Nik Aziz yang dikasihi supaya mempertimbangkan semula hasrat beliau untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Begitu juga dengan CEO PMBK.

Sepanjang ketiadaan anda berdua, adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku di Kelantan dan di PMBK. Seelok-eloknya, dalam suasana genting sebegini, anda berdua berada di dalam negeri.

p/s : Kepada Bokbong dan "bos" Bokbong, anda telah menambahkan tekanan kepada TG Hj Nik Aziz. Kesihatan beliau amat menggusarkan. Kami akan "korek" habis habisan jika sesuatu berlaku kepada TG Hj Nik Aziz. Bau busuk GMC akan menerawang seluruh negara.

2 comments:

  1. Jika didedahkah penyelewengan GMC (Global Media Channel), Malapetakanya amat dahsyat dan lebih teruk dari PMBK,KPFZ akan berlaku.Akan ada exco yang tercabut dan orang-orang yang terlibat akan terkeluar satu demi satu.... sabar

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, ana memang tengah sabar nih.

    Jika tak sabar, dah tercabut dah semua paku paku karat tu.

    ReplyDelete