Saturday, November 14, 2009

HJ HUSAM - TAMPILLAH BAGI MENJERNIHKAN KEADAAN



Setakat ini, Husam Musa belum tampil untuk memberikan penjelasan tentang penglibatan beliau dalam kemelut di Kelantan.

Kita mahukan pengesahan. Jika tidak terlibat, nafikan. Jika terlibat, kembalilah ke pangkal jalan. InsyaAllah, Tok Guru akan memahami sekiranya penjelasan itu dibuat sejujurnya.

Jika beliau masih terus menerus berdiam diri, maka persepsi persepsi yang ada ini akan menjadi lebih hebat dan panas. Boleh jadi persepsi yanag berasaskan andaian itu yang akan bertiup selepas ini. Ini yang mahu kita elakkan.

Hj Husam, ana hormat anta. Tampillah. Kita mencari kebenaran, bukan? Kita tidak bertujuan menuding jari kepada sesiapa.

Dari cakap cakap yang kita dengar, sudah ada "wakil" Husam yang menjalankan gerak kerja supaya Ir Arifahmi meletakkan jawatan. Apa yang menyedihkan adalah "wakil" Husam itu adalah orang yang pernah khabarnya pernah dibaling fail oleh Husam satu ketika dulu.

Takperlah. Boleh jadi "wakil" Husam itu memang memerlukan "sokongan" untuk hidup kot.

Walau apa pun, tampillah untuk memberikan penjelasan jika anta sayangkan kerajaan dan jemaah ini. Anta punya kelebihan, cuma sedikit tersilap langkah kerana anta memilih orang orang yang "tidak sihat" untuk berada di sekeliling anta.

Hj Husam, fikir fikirkanlah.......

10 comments:

  1. Buat aper nak jelas kalau tak der aper nak di jelaskkan...........
    Lebih baik berdiam diri......

    AAF 26 Berapa agak2 harga no kenderaan mcm nie........

    ReplyDelete
  2. HARGANYA DEKAT 4JUTA.. PALING MAHAL DALAM SEJARAH mALAYSIA

    ReplyDelete
  3. Husam perlu menjelaskan terlalu byk perkara.

    ReplyDelete
  4. Ini adalah perancangan sulit husam utk jatuhkan tok guru dalam senyap dan manis kerana TGNA tak pilih dia sebagai penggantinya. dialah yang merancang kidefella mengamuk dan dedahkan maklumat palsu di pmbk. orang yang rapat dgn dia maklum pada aku bahawa semua tuduhan yang dilaporkan kpd sprm telah dibisingkan dan disebarkan oleh husam dan kickdefella selama sebulan 2 dah. so siapa yang bersubahat dengan laporan surat layang kpd sprm???

    ada sahabat yang maklum bahawa kickdefelaa telah bagitau dia utk jatuhkan ariffahmi walau apa cara sekalipun di atas sebab dendam dan irihati. jika dengan kaedah sprm ariffahmi tak jatuh maka dia tak teragak2 utk jatuhkan tok guru sekali. moga allah selamat tok guru dan keluarganya.

    carector assasination kpd ariffahmi telah berjalan lama dah, dan dibuat oleh semua kroni husam d kelantan. tujuannya utk memalukan ariffahmi dan tok guru. lepas tu husam akan bubuh org dia d pmbk supaya dia dapat bolot semua aset dan kepentingan d pmbk.

    inilah tok guru cuba elak utk memberi keadilan kepada semua orang politik dibawahnya.
    tok guru perlu kan orang yang dia percaya, bukan dilihat semua sebagai memihak kpd mana2 pihak dan yang penting ada fikrah islam jelas serta memahami kehendak dasar dan pentadbiran dia. Ariffahmi lah insan yang memenuhi semua kretirea ini disamping kelayakan yg lebih dari cukup kerana ijazah, Mba dan jurutera profesional.

    sahabat juga maklum bahawa ariffahmi terpaksa menerima tarawan tok guru ini selepas beberapa kali menolak sama seperti tok guru tawarkan dia d air kelantan dulu, dia tolak juga. kita kena tanya juga adakah pas kelantan buat perancang utk sediakan pelapis bagi menjaga agensinya? jadi tok guru melihat menantunya boleh dambil utk memenuhi perancangan pas kelantan masa depan utk jaga GLC.

    bukan senang nak cari orang yang ada fikrah, faham dasar kerajaan, cukup kelayakan, sanggup kerja kuat, dapat terima gaji yang murah dikelantan, boleh harungi serangan umno. ramai org korporat tak sanggup, baik dok kl dan buat apa yang nak dibuat. tak de siapapun kacaupun. gaji di kelantanpun tak seberapa dibanding dengan halangan dan tanggungjawab

    kita semua juga kena buat survey sokongan politik husam di kelantan. aku masih ingat masa lawan nasha dulu, dia hanya dapat sekitar 20 peratus sahaja undi dari kelantan. tu lawan nasha bukan lawan org yang tok guru boleh terima.

    ini adalah gambaran tahap penerimaan dia di kelantan. cuba kita bayangkan jika MB dan pesuruhjaya jatuh ke tangan orang lain?? adakah husam masih ada dalam arus perdana di kelantan??? aku rasa org semua akan sepak dia ke tepi longkang. jadi sesuatu mesti dilakukan utk jaga survival politiknya. serangan kpd ariffahmi adalah antara episod dalam skrip besar husam, anual bakri dan kicdefela.

    ReplyDelete
  5. Hmmm.... Kalau kena kat orang kita puja, lembutnya ulasan. Kalau kena kat orang yang kita tak suka, terus bantai, tak bagi peluang langsung......... persepsi ???????????

    ReplyDelete
  6. cabai muda......ana setuju 100%.

    ANON 8:59........bukan soal puji atau keji, bukan soal bantai atau hentam, soalnya unsur unsur yg boleh menjahanamkan jemaah ini dari dlm, WAJIB ditentang dan dikuburkan.

    ReplyDelete
  7. Husam akan beri penjelasan tapi ambil masa sikit.
    Baru-baru ni Husam telah beri penjelasan (walaupun agak lama) tentang kosep UGnya dengan melantik adun2 umno menjadi timbalan exco kerajaan negeri. Setelah ditekan beliau beralsan perlantikan adun umno sebagai timbalan exco apabila mereka setuju keluar umno.

    Alasan ini nampak kekatunannya. Bodoh apa adun umno nak keluar parti. Mereka telah ada bai'ah dengan SPRM. Kalau adun umno keluar parti kesemua sumpah laknat mereka dengan SPRM akan terkeluar serta merta. Jadi takkan berani adun umno nak lompat parti.
    Kenapa Husam tak lantik adun PAS sebagai timbalan exco. Kenapa mesti umno. Kenapa penyokong Erdogan membisu seribu bahasa...

    Ariffahmi menyatakan orang yang memfitnah beliau ada 'bau bacang' dengan BN.
    Jawab jangan tak jawab...

    ReplyDelete
  8. Persoalan yg aku bangkitkan adalah "Husam perlu tambil beri penjelasan".

    Soalan aku pula "why sampai sekarang Husam diam seribu bahasa?".

    Subjek perbincangan adalah "kemelut PMBK angkara siapa".

    Soal nak lantik pembantu Exco itu adalah tajuk yg lain.

    Sdra/i Err...harap maklum.

    ReplyDelete
  9. 1. buat apa nak bising... benda yang tiada kaitan. layan geng kamu kan kata kita terkena belacan pulak. Provokasi level 1.

    2. persepsi!! glame skang perkataan ni... kalu persepsi byk boleh dipersepsikan. 2-3 kerat exco lain pun boleh dikaitakan dengan kemelut ini. susun strategi agar penentang tegar UG (TGNA le)ini jatuh.

    3. aku bukan penyokong husam. lagi tambah menyampah bila dia ambil si sheih kerja dgn dia. Bodo juga husam ni, tak teliti dulu latarbelakang mamat tu, tahap intelek dan genetik dia. Paling bodoh dia ni, duk tulis 2-3 entry dlm blognya menyindir TGNA. Mcm nak mengugut tp sebenarnya bodo piang idea tu.

    4. dalam membuat penilaian, bukan dengan pemikiran sehala dan rasa tak suka pada orang itu orang ini. ambil kira semua faktor, latarbelakang, peristiwa n bla bla bla...


    cabai muda...

    1. sapa kata AF yg paling layak kat kelate?? berlambak-lambak lagi. PMBK bukan calang2 organisasi. Selain akademik, skill pengurusan, emosi, spiritual, dan IQ harus tinggi. Nak pegang CEO bukan bole suka-suka. Tanya diri sendiri dulu, adakah layak??? Apa pengalaman pengurusan peringkat tertinggi pernah buat?? Ada tak pengalaman kerja-kerja dengan GLC2 lain? Kalau setakat ada degree engr'ng, dapat P.E. dan ada MBA.. aku pun layak. Dgn mengatakan AF paling layak, kamu telah menghina kesian ramai rakyat kelantan yang lain.

    2. benda-benda mcm ni kenapa penasihat TGNA duk diam je... Atau penasihat ini duk nak tgk TGNA jatuh je? Lagipun ada dakwaan kata cadanagan lantik AF datang dari 1 orang exco untuk lawan pengaruh Husam dlm PMBK? Kalu betul, kat sini la berbolok jadinya.

    3. pendek kata, panjang pun kata..TGNA jadi mangsa perebutan kuasa juak2 PAS kat kelantan. Semua nak jadi MB, pastu nak kontrol semua pastu nak bolot semua. Duit royalti tak dapat lagi ni... kalu dah dapat...tatau le macamana jadinya.

    ReplyDelete
  10. Secara peribadi, ada kenyataan ANON 12:17 yang aku setuju walaupun ada sedikit kontra.

    Aku rai perbezaan itu.

    ReplyDelete