Wednesday, November 25, 2009

JAWAPAN AKU KEPADA ROZAEN - SOAL TAHALLUF POLITIK



Jawapan aku kepada rozaen : -

Ana setuju 100% dalam soal tahalluf itu.

UMNO hidup sehingga ke hari ini kerana tahalluf dengan MIC, MCA dan sebagainya sehingga terbentuk Barisan Nasional.

Tidak dapat tidak, PAS juga perlu bertahalluf dengan pihak lain dalam usaha menegakkan Islam seperti mana Rasulullah saw bertahalluf dengan Aus dan Khazraj. Buat masa ini, pihak itu adalah DAP dan PKR.

Walaupun DAP dan PKR kelihatan seperti sedikit sukar untuk memahami perjuangan dan hala tuju PAS tetapi masalah ini akan dapat diatasi jika PAS mempunyai jentera dakwah yang mantap dan amanah serta da'ie yang benar benar berjuang lillahi ta'ala.

Rasulullah berbangsa Quraisy. Maknanya, Allah swt dah offer Islam kepada Quraisy dahulu sebelum dialihkan offer itu kepada Aus dan Khazraj yang asalnya kafir.

Sejarah yang sama akan berulang di Malaysia. Allah swt dah offer Islam kepada Melayu dan Melayu telah memperlekehkan Islam.

Melayu mengucap dua kalimah syahadah tetapi syahadah ramai daripada Melayu itu entah di mana. Orang Melayu selesa menjadi kelompok yang mengucap kalimah syhadah tetapi enggan membayar zakat seperti mana berlaku di zaman Abu Bakr ra.

Bukan ana nak kata Melayu enggan membayar zakat, itu hanya perumpamaan sahaja. Tetapi, jika diteliti dengan jujur, Islam yang tinggal pada Melayu hanyalah mengucap dua kalimah syahadah sahaja dan tentulah itu bukan Islam namanya kerana Islam dan iman itu ada rukun rukunnya.

Today, Allah swt meng-offer amanah menjaga kesucian dan kepentingan Islam kepada masyarakat Cina dan India bagi menggantikan Melayu yang sudah seperti Quraisy itu.

Betul, masyarakat Cina dan India di Malaysia masih dengan anutan mereka yang tersendiri. Ini sama dengan penduduk Madinah sebelum Perjanjian Aqabah dimetarai.

Apabila Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II dimetarai, maka bersinarlah Islam di Madinah.

Begitu juga di Malaysia. Apabila tahalluf dalam bentuk Pakatan Rakyat dimetarai secara rasmi, maka yakinlah bahawa Islam akan gemilang.

Islam itu bukan pada labelnya tetapi pada perlaksanaannya.

Apabila pemerintah dan sesuatu pemerintahan itu menegakkan yang hak yang mencegah kezaliman ke atas rakyat jelata tanpa mengira kaum, maka itulah ciri ciri pemerintahan Islam walaupun yang mengetuai pemerintahan itu adalah seorang bukan Islam.

Setuju atau tidak, inilah hakikat yang perlu diakui oleh kita semua secara terbuka, secara berlapang dada dan secara terbuka minda.

Seorang da'ie yang kukuh imannya tidak akan gentar dengan karenah modenisasi dan globalisasi. Islam sesuai sepanjang zaman. Yang gentar hanyalah da'ie yang hidupnya bukan lillahi ta'ala dalam bentuk perlaksanaan tetapi lillahi ta'ala dalam bentuk mainan lidah sahaja.

Seorang da'ie perlu mencontohi ikan di laut. Lahir di air masin. Hidup di air masin. Membiak di air masin. Mati pun di air masin. Tetapi, tak masin masin. Naik atas darat, manusia yang masinkan ikan itu.

Dalam seri kata lain, berkawan dengan DAP atau dengan PKR atau dengan PSM atau dengan PRM sekalipun, PAS perlu teguh dengan prinsip perjuangannya. Sesuaikan kemodenan dan globalisasi itu dengan Islam dan bukannya membentuk koloni yang seperti kurang senang dengan perubahan.

Zaman perlu disesuaikan dengan Islam dan bukannya Islam disesuaikan dengan zaman.

Para da'ie juga perlu faham bahawa tugasan kita hanyalah berdakwah dan bukannya memberikan hidayah. Hidayah itu milik Allah swt. Jadi, janganlah ada di kalangan kita yang menyoal SEPANJANG PAS BEKERJASAMA DENGAN PKR DAN DAP, DAH BERAMAI RAMAI CINA DAN INDIA MASUK ISLAM.

Jangan serlahkan kejahilan anda kerana jahil itu adalah jarum iblis yang ditusuk ke dalam hati anda walaupun mungkin anda merupakan lulusan Timur Tengah. Lulusan Timur Tengah bukanlah tiket untuk ke syurga.

No comments:

Post a Comment