Salam Kamunting,
Petang dua hari lepas semasa saya diselimuti gugusan awan yang gelap gulita, saya merenung jauh dari tetingkap ‘bebelon’ firefly yang membawa saya pulang dari perkhemahan tarbawi Dewan Pemuda PAS Malaysia selama tiga hari di sebuah kem perkhemahan di pinggir bukit di hutan Sepang, Selangor.
Pandangan saya sepi. Kosong sekosong pamandangan di luar. Gunungan awan gelap merempuh kuat menyebabkan krew kapal dua kali memberi peringatan berjaga – jaga. Ia seperti ingin menyentap khalayan jauh saya untuk membenarkan laporan keadaan cuaca dan banjir di Kelantan dan beberapa negeri lain yang semakin teruk. Saat kapal merendahkan ketinggian untuk mendarat, saya menghulur kepala menekap di cermin untuk melihat genangan air memenuhi kawasan rendah dan pinggir yang melimpah keluar dari liuk lampai sungai – sungai yang telah bekerja dan bertasbih siang dan malam melimpahkan seribu rahmat kurniaan tuhan ke atas rakyat negeri Kelantan Darul Naim tercinta.
Awan dan angin begitu kencang melanda dan hujan turun begitu lebat sedang saya begitu ketagih untuk melihatnya segera reda dan berlalu. Biarlah ia reda sebagaimana pengumuman ayahanda yang mengarahkan menantunya, juga ipar saya, Abdul Ariffahmi bin Hj Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK sehari sebelum itu telah meredakan kepanasan suhu politik negeri Kelantan, apatah suasana sedih dan muram yang melanda keluarga.
Moga awan hitam berarak lalu meninggalkan kami sekeluarga sekalipun ia telah meninggalkan kesan luka dan calar yang mendalam buat ayahanda. Biarlah begitu kendatipun masih ada orang yang mahukan ayahanda menjirusnya dengan air mawar yang harumi buat menutup tengik aib yang terpalit.
Semasa saya dan para sahabat Dewan Pemuda PAS, termasuk Ketua Pemuda, ustaz Nasrudin Tantawi bersenda loka sambil melihat ringan tubuh Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bergayut di antara dahan – dahan pohon rambutan menggapai dan memetik buahnya yang manis lalu menghulurkannya kepada kami di bawah sementara kami bersiap – siap untuk mula meninggalkan kem perkhemahan, saya menerima sms daripada seorang kawan di Kelantan memaklumkan berita ura – ura perletakan jawatan seorang pemimpin PAS kesayangan ayahanda.
Saya bungkam beberapa ketika. Beberapa hari sebelum perkhemahan, saya telah diberi ingat oleh seorang rakan bahawa politik desas – desus perletakan jawatan akan mengisi kocak air politik negeri Kelantan tidak lama lagi. Ia dirancang dan rancangan itu disusup keluar dari peti yang tiris dek karat besi yang dititis air mata keinsafan. Saya enggan membenarkan tetapi saya dipaksa menerima hakikatnya pada pagi itu.
Kesan yang dinanti harapkan adalah ayahanda menghulurkan mawar. Ia menjadi. Ayahanda menjirus dengan harumi mawar di tepian telaga Kauthar, bukan merenjis di kubur yang menanti sepi.
Ayahanda sentiasa hebat. Ia dihidupkan untuk memberi, bukan mengambil. Dia dihidupkan untuk dunia, bukan hanya untuk Malaysia dan Kelantan sahaja. Di dunia Islam, orang kata dia di angka 42.
Anda tahu ayahanda sedang dihimpit ujian tuhan yang datang secara bertubi – tubi. Daripada isu EGM dan politik persepsi, ia bergerak menuju isu tajaan haji dan rasuah, kemudian ia menerkam kepada isu PMBK dan kroni. Belum pun bengah, dia diasak isu letak jawatan dan konspirasi membunuh karektor dan karier.
Kecuali isu EGM, ia telah turut meruntun keharmonian di dalam keluarga. Ia mengocak rumah yang sentiasa tenang dan bahagia dengan kehadiran ayah dan ibu yang sentiasa menguntum dengan senyuman kasih dan sayang.
Tetapi ayahanda sentiasa teguh. Apabila dia melangkah, dia tidak teragak – agak. Apabila teragak – agak, dia tidak akan melangkah. Apabila terlangkah, dia sedia mundur. Tiada siapa tidak memahami ayahanda, kawannya mahupun lawannya.
Saya pula mencuba untuk sentiasa keep in touch dengannya dari tepian mencari pembukaan kepada yang kusut. Saya akan berlari ke Pahang mencari sepupu saya Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, atau saya memohon berjumpa tuan presiden atau bersegera kepadanya jika dijemput. Saya cuba untuk membantu merungkai simpulan yang sukar.
Setidak – tidaknya saya, selepas kejayaan seminar memperkasakan parti telah menyumbang sedikit saham di dalam memberikan ketenangan kepada ayahanda dan kekuatan baru kepada tuan presiden. Saya juga bersama ayahanda semasa merumus yang terbaik dalam isu tajaan haji yang tamat dengan agak lenang.
Adapun isu PMBK yang melibatkan ayahanda dan ipar saya, Ir Abdul Ariffahmi, ia cukup menyentuh perasaan kami sekeluarga. Ia musibah yang walaupun begitu sukar untuk ditempuhi, ia telah menyatukan kami sekeluarga. Kami sepakat untuk berkongsi kesusahan, kesukaran dan memadam fitnah yang datang berdentum – dentum membedil Ariffahmi dan ayahanda sekali.
Saya bukanlah orang pertama yang menyokong perlantikan Ariffahmi ke kerusi panas CEO PMBK oleh ayahanda. Beliau tahu bahawa sedari beberapa tahun lepas lagi saya tidak menyokong perlantikannya ke jawatan tinggi di PMBK hatta untuk untuk jawatan COO sekalipun. Masa itu, saya memberi pandangan dan menasihatinya dan saya tahu beliau mungkin tidak senang dengan pandangan dan nasihat saya.
Saya tahu sangat apa yang akan berlaku jika beliau diangkat ayahanda ke jawatan tertinggi di dalam PMBK. Fitnah mesti melandanya dan beliau pasti terluka dan mungkin kecundang. Itu keyakinan saya yang saya cuba memahamkannya. Saya memberitahunya bahawa kita ini memang terkenal kerana kita ini anak MB dan menantu MB. Tetapi dalam terkenal, kita ini sukar untuk dipercayai dan sukar diterima. Kerana kita dilihat menumpang tuah bapa dan mertua. Buat yang hebat dikata tuah ayah dan mertua. Buat yang buruk dikata tidak tahu jaga bapa dan mertua. Terimalah hakikat bahawa kita ini insan bertuah yang sukar bernafas apatah bergerak.
Itulah antara peringatan saya kepadanya. Tetapi Ariffahmi adalah seorang yang optimis. Dia yakin kemampuannya membantu ayahanda terutama di dalam bidang yang dimahirinya. Maka beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam siap siaga jika ayahanda memilihnya ke jawatan tersebut. Tidak pelik jika sikap dan kesediaannya menjadikan ayahanda meyakininya. Saya sendiri dalam teguran saya menyimpan rasa hormat terhadap kesungguhannya menyumbang untuk ayahanda.
YB Salahuddin Ayub pernah meminta pandangan saya untuk pencalonannya ke jawatan naib presiden PAS. Saya menasihatinya untuk tidak menerimanya. Saya berkata, menolak jawatan adalah kemuliaan yang disanjung. Saya tidak tahu perasaannya ketika itu. Apabila menasihat, saya mesti memberi yang terbaik daripada diri saya. Selepas beliau menunjukkan kesediaan bertanding, saya mencadangkan nama beliau dicalonkan oleh PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan. Beliau menang dan telah menunjukkan prestasi yang agak berkesan juga hari ini.
Begitulah saya jika diminta nasihat. Saya berusaha untuk yang terbaik buat sahabat dan rakan. Nasihat saya mungkin betul dan mungkin salah. Apa saya kisah atas apa yang saya tidak tahu perihal masa depan milik Allah?
Apabila saya diberitahu bahawa ayahanda akan segera melantik Ariffahmi ke jawatan CEO, saya bersegera mengintai masa ayahanda untuk bersendirian bersamanya seketika untuk memberi pandangan yang agak kontra. Dalam setengah jam perbincangan, saya tunjukkan kepadanya sebab dan keresahan saya terhadap kemungkinan yang akan menimpa Ariffahmi. Saya memberitahunya mengenai sikap kawan dan lawan yang tidak menyetujui keputusan tersebut. Tujuan saya agar ayahanda berfikir semula atau lebih bersedia menghadapi kemungkinan yang saya resahi akibatnya.
Tetapi ayahanda telah menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap pendiriannya dan Ariffahmi sendiri. Beliau menjawab dengan penuh yakin segala persoalan saya. Apabila saya mendapati ayahanda tidak akan berganjak lagi, saya titipkan untuknya beberapa pesanan yang paling berguna daripada saya agar disampaikan kepada Ariffahmi. Saya boleh saja membilangnya sendiri kepadanya, tetapi melalui ayahanda, saya yakin ia jauh akan lebih berkesan. Malam itu, saya mengambil keputusan untuk mendukung kehendak ayahanda dan memuliakan keputusannya di hati saya. Saya mesti seupayanya membantu ayahanda.
Dua hari selepas perlantikan, saya di rumah Ariffahmi lebih dua jam berbincang panjang dengannya. Dia mengesahkan ayahanda telah menegurnya sebagaimana yang saya sebutkan. Perbincangan kami panjang dan saya mengingatkannya untuk bersedia menghadapi hukuman yang adil dan tidak adil untuk dirinya. Masa itu, bahang panas semakin terasa.
Saya memberitahunya, ” Arif, Abang Duh akan mempertahankan Arif sebagaimana ayahanda, tetapi sebahagiannya mestilah dengan kekuatan Arif seorang diri. Tanggungnya dengan penuh rela.”
Ia tidak pun mencecah dua bulan sehinggalah isu PMBK pecah. Ayahanda dan Arif diserang hebat. Saya menjadi bungkam tak terkata..
Anda telah melihat bagaimana cekalnya ayahanda mempertahankan keputusannya. Bagaimana ayahanda mengulas isu kroni dan isu berkaitan Ariffahmi yang melingkari keputusannya itu. Saya diberitahu beberapa kumpulan daripada dalaman parti datang menemui ayahanda dan memberi pandangan. Mereka keluar tanpa berjaya mengubah keyakinan ayahanda.
Tetapi ia tidak mampu untuk menahan ipar saya daripada menerima tikaman demi tikaman dari segenap sudut yang menyukarkan pergerakannya.
Keluarga agak bersedih. Kami melalui saat sukar. Tetapi ia bukanlah yang pertama. Ia tidaklah sesukar saat kekanda saya, ustaz Nik Adli ditahan di bawah ISA hampir 10 tahun yang lepas. Tetapi ia adalah dua yang berbeza. Melawan kezaliman UMNO tidaklah sukar. UMNO di sisi ayahanda adalah kemuncup dalam perjuangan. Jika ia menyalak, ayahanda adalah bukit. Jika ia bising, ayahanda adalah rotan.
Tetapi isu PMBK lebih bersifat dalaman. Ada sesuatu yang tidak kena yang mula dirasai ayahanda. Saya doakan ayahanda menemui jawabannya. Jawabannya ada di sekeliling ayahanda di sisi pembantu – pembantunya yang setia yang tidak pun terfikir untuk membuat onar dan masalah selain membantunya dengan setia.
Saya tahu mereka tidak menyetujui perlantikan Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda. Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.
Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.
Beliau bukan ahli PAS seperti katanya. Semasa beliau dibawa ke Kelantan dengan taraf kerakyatan ‘ahli PAS kelas VVIP’ yang pertama kali diwujudkan, ramai mana yang terpegun dengan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk menjayakan dua misi berbeza yang tergalas. Satunya untuk ‘bersama’ ayahanda menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Satu lagi, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Saya takkan beritahu.
Beliau mungkin telah diberi kursus intensif untuk menjadi pahlawan dan kawan kepada pejuang PAS. Tetapi modul kursus mungkin cacat sehingga beliau seperti tiada mengenal erti adab untuk menegur ayahanda, idola dan pujaannya yang pernah menggeli – gelemankan hati saya lewat hamburan puji – pujiannya yang melampau. Lainlah jika ayahanda kini adalah musuhnya yang perlu ditentang seperti Pak Lah dulu. Lainlah jika begitu.
Beliau bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak.
Mengapa menghulur mawar kepada ayahanda di hari terakhir, kemudian menikamnya sebaik keluar dari Kota Darul Naim? Ayahanda bukan Pak Lah yang menutup pintu sehingga anda terpaksa menggunakan blog mengkritiknya dan menikam Ariffahmi. Mengapa tidak terus mengkritik Ariffahmi di depannya sebagai mana saya dan yang lain. Tiada seorang pun yang digertak ayahanda kerana mengkritik menantunya itu. Tidakkah anda ada tulang belakang yang gagah? Ke mana pergi tulang belakang anda?
Aib anda ada disimpan di sisi bukan sedikit, bahakan ramai, tetapi setiap muslim tidak gemar melondeh apatah menambah perisa fitnah yang membakar diri. Tak perlulah mengajak Ariffahmi ke mahkamah, cukuplah anda bersiap ke mahkamah untuk kes saman fitnah timbalan presiden PAS ke atas anda. Jika timbalan presiden terasa penangan fitnah anda, apa pelik untuk kami merasa penangan yang sama. Itu lebih mudah buat anda. Sekadar menantu. Sambil – sambil tu bolehlah anda mula berfikir untuk bikinan ‘ Bicara Tentang Kita – 2′. Mungkin meletup dan ada hadiahnya daripada dunia perfileman.
Oh ya, berapa jumlah yang anda minta daripada Ariffahmi untuk menerajui Darul Digital? Siapa pula yang anda kutuk di hadapannya hari itu?
Malang buat anda. Orang lain datang untuk belajar ugama daripada ayahanda, tetapi anda datang untuk memuji dan memuja ayahanda. Akhirnya inilah yang anda dapat. Mungkin anda tidak bersalah. Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.
Saya mengucap tahniah kepada tuan presiden dan rombongan yang telah memainkan peranan meyakinkan ayahanda perlunya mengekang fitnah yang sukar dipadam. Ayahanda telah akur dan bersedia berkorban dan mengorbankan.
Saya mengucap tahniah kepada ipar saya kerana mendengar nasihat saya agar sentiasa bersama ayahanda. Pertahan jika disuruh dan berhenti jika disuruh. Ariffahmi adalah maruah seorang tuan guru. Saya melarangnya bercakap walaupun beliau berhak bercakap dan mempertahankan diri. Fitnah apabila datang tidak mengenal Uthman dan Ali, apatah ayahanda, apatahlah lagi Ariffahmi sendiri. Dia semakin diam semakin selamat.
Tetapi tiada tahniah daripada saya buat orang yang telah meleburkan semangat amal jamaie di dalam jamaah dan perjuangan parti. Susah berbahasa pada orang – orang yang hidup menumpang tuah bauan mawar jirusan ayahanda. Merajuk pun masuk akhbar. Macam artis.
Saya bersetuju Ariffahmi meletak jawatan. Ia kerana ayahanda bersetuju dan tuan presiden bersetuju. Jika anda mahu lebih, bercakaplah dengan Ariffahmi sendiri. Anda akan terpegun dengan jawabannya sebagaimana anda terpegun dengan skrip gubahan Kickdepella. Hanya menghukum melalui tulisannya samalah seperti sang hakim menghukum dalam mabuk kedarah arak terlarang.
Jika ada yang mengkritik saya, saya ingatkan bahawa saya menulis untuk maruah keluarga seorang tuan guru. Hak adalah untuk ayahanda dan Ariffahmi. Mempertahan integriti dan maruah keluarga adalah perjuangan ugama yang terpuji. Saya menagihnya daripada tuhan yang menyayangi.
Ariffahmi adalah ipar saya. Dia keluarga saya dan dia telah memberikan yang terbaik untuk bapa mertuanya. Jika dia bersalah, dia berhak menerima hukuman. Tetapi dia tidak berhak bersendirian mempertahan diri daripada sekam fitnah yang membakar diri dan keluarga.
Minggu lepas saya memaklumkan kepada Jawatan kuasa harian PAS Pengkalan Chepa bahawa saya berhasrat mengundur diri daripada jawatan Ketua Pemuda tahun hadapan. Umur saya seusia Kickdepella mencecah 40 tahun. Saya berhasrat membuka buku – buku yang saya perlukan untuk masa depan yang mungkin lebih mencabar. Kemudian saya berhasrat menumpukan keringat saya kepada Dewan Pemuda PAS Pusat pada penggal terakhir saya di sana. Saya juga memaklumkan untuk tidak memegang apa – apa jawatan politik termasuk sebagai ahli majlis MPKB -BRI tahun depan. Itu jika Allah memanjangkan umur dan rezeki saya.
Sekurang – kurangnya saya boleh menunjukkan rasa bersama untuk Ariffahmi.
Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!” - www.nikabduh.wordpress.com
Tahniah buat Nik Abduh...baru ada check and balance, sepatutnya beliau telah menyerang balas pada hari pertama isu ini dikeluarkan.
ReplyDeleteSebab tu ambo cakap, dalam pas kelantan ni ada berbagai puak..yang jelas golongan professional vs golongan konservative. Kedua-dua golongan ini sama2 menumpang tok guru cuma antara dua ni yang mana yang lebih mendapat sokongan dan peluang?
Ambo lebih nampak apa yang boleh golongan tertentu sumbangkan daripada apa yang dicakapkan. Kadang kita terpukau dengan percakapan yang indah tetapi kita tidak nampak sumbangannya. Tok guru bernasib baik kerana ilmunya yang tinggi disamping mempunyai pembantu2 yang pandai bekerja.
Pembantu yang pandai bekerja pula dipandang serong kononnya nakkan jawatan sedangkan pembantu yang pandai menampilkan diri sebagai orang alim tidak pula menampakkan sumbangan (hanya menonjolkan penampilan). Jadilah pas kelantan seumpama sekarang. Bagi ambo sesiapapun tak kira anak ke menantu tok guru ke kalau hanya pandai berkata-kata tak kemana.
*pandangan peribadi ambo
Yang ko masih nak panaskan suasana nih kenapa?
ReplyDeleteDah katup cerita. Dok ungkit apa lagi?
ReplyDeleteSi john nih haaa...bukan aku.
ReplyDeleteapa yg saya kesal, kenapa org membuta tuli terus setuju dengan kickdfela? mereka sokong tetapi tanpa sedar memburukkan tok guru
ReplyDeletearifahmi sebahagian keluarga tok guru. sebelum dilantik dah tentu ada ahli keluarga yang nasihat macam nik abduh.
kalau tidak kerana angkara org dalam buat kacau, isu ni takkan sampai menyebabkan kerajaan negeri diserang pihak umno
angkara org dalam, dan bukan org umno. masalahnya adakah org2 dalam ni terus kekal sedangkan arifahmi plak ditendang keluar.
pe pon saya memang menanti respon nik abduh pasal isu pmbk, dan saya sokong sgt2
mengapa mesti beremosi, pekara sudah d selesaikan,apakah tidak sedar impaknya sebelum dilantik. isu tentang perlantikan anak@menantu riuh dikatakan ketika isu KJ(pak lah).PAS pernah gerhana ketika datuk asri dahulu dan terkenal dengan gelaran parti asri sekeluarga.sejarah mengajar kita menjadi dewasa.Teguran adalah ibarat cermin kerana diri sendiri sukar untuk mengenal akan kudis di diri sendiri.Dan buat ustaz berhati-hati bila berkawan kerana ada yang mengambil kesempatan.
ReplyDeleteRasanya elok kita ambil pendekatan begini :-
ReplyDeletePerjuangan pihak tertentu yang mahukan kickdefella jatuh telah tercapai.
Perjuangan pihak tertentu yang mahukan Arifahmi berundur juga telah tercapai.
Perjuangan pihak tertentu yang mahukan "warna sebenar" Husam diketahui ramai juga telah tercapai.
Perjuangan koloni tertentu dalam PAS yang mahukan Tok Guru Hj Nik Aziz dimalukan juga telah tercapai.
Perjuangan individu tertentu yang mengadu domba juga telah tercapai.
Perjuangan individu tertentu yang cuba menangguk di air keruh juga rasanya sudah tercapai.
Sedangkan semua itu langsung tidak menguntungkan jemaah yang kita kasihi ini !!
Cukup cukuplah. Jangan dibangkitkan lagi hal ini walau dalam apa juga bentuk sekalipun.
Tumpukan perhatian kita kepada musuh tidak kira yang nyata mahupun yang tersembunyi.
Pls.
nik abduh pernah jadi ahli majlis MPKB-BRI tapi kerana performance MACAM HAMPEH.dia dipecat..hahhhahaha
ReplyDeleteSepatutnya orang yg bawa kick masuk tu kena bertanggungjawab dalam hal ni.........tapi kenapa begitu nampaknya tak adil la....kick di korbankan,arifahmi di tendang....siapa patut di 'BUANG' dan yang membuat onar ni sebenarnya.....
ReplyDeleteANON 1:38.....Yer ker dipecat? Ko jgn nak buat fitnah.
ReplyDeleteANON 2:25.....Kita serahkan org itu kpd Allah swt. Jgn buka lg tajuk nih.
aku ingat nik abduh ni baik tutup mulut kau,kau yg selalu timbulkan kontroversi....kalau kau bukan anak tok guru nik aziz susah tentu klu aku jumpa kau,aku akan sebat muka kau dgn penyapu kontot yg telah di rendam dalam air longkang selama 7 hari 7 malam,sebab nak bual sial yg ada kat diri kau tu.....kau dgn kickdifela tu serupa aje....dua2 patut di ludah khak puiht......baruah punya org...kau tu pecacai UG....
ReplyDeletekah kah kah nik abduh pengkhianat bapak dia sendiri.....lebih baik kau tukar bin kau tu ke nik abduh bin hadi nasa mustafa bakar harun hasan ug.keh keh keh....
ReplyDeletebila umno lamar nik abduh, nik abduh tersipu sipu malu...
ReplyDeletenik abduh & nik amar - musuh dalam pas yang memegang bendera UG. Itu sbb nik amar desak TGNA untuk sebutkan siapa pengganti MB, kerana khuatir namanya tak disenaraikan.
Nik Abduh.. kita tak perlu ulas... si Tanggang yang satu hari PASTI akan menerima balasanNya sepertimana anak Nabi Nuh yang angkuh itu.
Hangpa patut baca ni & menilai kembali perkara ini
ReplyDeletehttp://www.malaysiawaves.com/2009/11/nasihat-pada-manjung-mari-dan-aduka.html
Nasihat pada Manjung Mari dan Aduka Taruna dari Tulang Besi
Bertaubatlah. Saya faham kita semua manusia dan boleh buat kesilapan. Saya tahu siapa yang jemput korang ke Kelantan. Siap disediakan transportasi dgn tempat tinggal. Siap dijanjikan itu, siap dijanjilkan ini.
Kemudian perkara pertama yang mereka bagitau ialah “Husam nak gulingkan Tok Guru, Arifahmi dan Pertahan Tok Guru dari kena guling”. Lepas tu dibawa lah jumpa orang itu, dibawa jumpa orang ini. Konon nak jadi saksi bahawa Husam ada agenda jahat nak guling Tok Guru.
SEEMUUAAAA tu fitnah. Macamana Husam nak guling Tok Guru kalau Husam takda “support” dari PAS Pusat? Hari ni Tok Guru digulingkan, Geng2 Terengganu terus akan namakan Taqiyuddin (misalnya) atau Nik Amar ke, atau Ustaz Ahmad Yaakob sebagai ganti. Watikah perlantikan ganti Tok Guru ini akan tiba-tiba sampai ke Istana Air Mata dengan bantuan Task Force 2010. Husam baru nak angkat sumpah, nanti kena halau balik.
Husam anak didik Tok Guru Nik Aziz. Beliau difitnah dan dinista teruk sebab UMNO tak boleh nak rosakkan imej Tok Guru. Jadi, UMNO rosakkan imej Husam Musa. Husam tak mungkin nak gulingkan Tok Guru sebab kalau dia buat begitu, imej dia akan jatuh merudum macam nangka busuk.
Dan kita tahu siapa yang sebar fitnah Husam nak guling Tok Guru ni. Masa akan menentukan identiti si pembuat fitnah ini. Tunggulah, tak lari gunung dikejar. Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung yang tinggi terus didaki.
Sekarang zaman internet. Di Kota Baru, kedai kopi buruk pun ada Wi Fi. Apa benda buruk yang Husam buat, dalam sekelip mata akan sampai ke pengetahuan majoriti rakyat Kelantan. Projek Wifi tu pun projek PAS di Kelantan sehingga peniaga2 Kelantan
Ingat tak masa Nozula Mat Diah dan geng2 UMNO beliau membuat laporan BPR pada Husam Musa dengan bergantung kepada laporan2 dari blog Mohammad Sayuti Omar (editor Siasah yang sudah hendak bankrap tu). Husam disiasat atas bawah kiri kanan. Akhirnya, BPR hanya mendapat satu bil air yang berjumlah RM220 yang tertunggak 6 bulan. Dan, BPR mahu mendakwa Husam atas bil air tertunggak.
Laporan Norzula tu selonggok dan terdiri dari kesemua fitnah yang dilayangkan ke atas Husam Musa selama ini oleh musuh-musuh dalam Husam Musa selama ini. Tapi akhirnya terbukti fitnah KESELURUHANNYA ( bil air tu tidak termasuk dalam laporan BPR Norzula Mat Diah).
Menyebabkan Norzula Mat Diah kena mintak maaf secara terbuka dalam Berita Harian seperti di bawah:
Untuk laporan lanjut, sila baca di sini
Semua Manusia Tidak Maksum Kecuali Nabi Muhammad SAW (dan Nabi Isa AS bila Baginda turun nanti)
Nasihat saya pada Manjung Mari dan Aduka Taruna dan bloggers seangkatan dengannya, marilah kita menyedari kembali kepada kebenaran.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Tak perlulah memanjangkan fitnah-fitnah ini lagi. Semua orang boleh tertipu dengan fitnah hatta orang itu baik macamanapun.
Cumanya, inilah pengajaran kepada bloggers semua supaya berhati-hati dengan “Patih Karma Wijaya” yang cukup ramai dalam PAS. Anggaplah ini satu bentuk tarbiyyah dan pengajaran kepada kita betapa banyaknya “munafiqeen” dalam PAS. Kalau zaman Nabi SAW pun ramai Munafiqeen, inilkan pula zaman kita ni.
Dan Aduka Taruna. Berentilah nak serang Tok Guru Nik Aziz pulak. Kembali lah ke pangkal jalan. Memang Tok Guru tersilap, tapi Tok Guru bukan Nabi dan Rasul dan beliau sanggup membetulkan kesilapan kita.
Mari kita hidupkan kembali kempen kita menjahanamkan Fraksi UMNO/Balachi Task Force 2010 dan halau mereka dari PAS bersama-sama.
Tulang Besi
SALAM.....MULAI SAAT INI SEMUA KOMEN BERKAITAN KEMELUT KELANTAN AKU TAK AKAN JAWAB. AKU CUMA AKAN SIAR JER. MUKTAMAD.
ReplyDeleteade lg yg nk ungkit2 dn kaitkn UG ni...UG dh tutup ok dan sekali lg nk jelaskn UG tu idea kjaan berbagai parti...UmnGoK betuii
ReplyDeleteSusah benar nak tutup mulut mulut kedai kopi nih.
ReplyDeletehaha ... gelak saja sebab tak tahu nak kata apa dah...
ReplyDelete- kuntau
NIK ABDUH NI ANAK TGNA...TAPI DIA NI BARUA NASA DAN GENG2 UG,UNTUK MENJAHANAMKAN PAS DAN BAPAK DIA SENDIRI,ENTAH APE LE BALA YG AKAN KAU TERIMA NANTI ATAS PERBUATAN KAU NANTI
ReplyDeleteaku pon dah tanak sebut lagi pasal isu Ug, isu kelantan, isu husam n isu arifahmi
ReplyDeletecuma kekadang tu geram dengan kerenah kickdfela n tulang besi yang masih nak ributkan cerita2 ni
diaorg ni sengaja goda aku untuk balas balik fakta2 mangkuk diaorang tu
hanya perjuangan PS utk kepentingan dia saje yg blum tercapai...
ReplyDeleteyang dok kutuk nik abduh bukannya ahli pas.mereka ni gurkha pkr aje.mereka bimbang kalau pas tak nak ikut kata pkr.pkr tu sebenarnya lemah.menumpang tuah pas aje.takda anwar takda pkr.ini yg diperkatakan rakyat malaysia.
ReplyDeleteAku dah tak kisah dengan apa yg ANON ANON nih nak kata. Aku serahkan semuanya kpd Allah swt. Kita jumpa di Mahsyar nanti.
ReplyDeleteSemua tuduhan jahat tu kita bicarakan di hadapan Allah swt nanti. Takkan di Mahsyar pun nak sembunyi di sebalik ANON juga kot? Tak dapat beb.....
Blogger yang "mempergunakan" aku serta blogger yg bersembunyi di sebalik ANON semuanya akan mati. Termasuk aku juga.
Kalian yg menyeru agar rapatkan saf but dlm masa yg sama kalian juga yg menyalak tanpa henti.
sahih ke apa mat sheih tu tulis idea husam?
ReplyDeletenik abduh pun jgn la teruja sgt dgn geng2 runding dalam gelap. kan kan geng2 tu yg taja mat sheih ni... ada hutang saman pulak tu.. he he he....
kalu tgk mamat ni...lepas nasha kasi notis saman...dia duk diam dr menulis kejap... pastu mula menulis bab-bab kias mengias selain dr soal nak p pelantar...
yg husam...aku tak leh nak fikir lagi pehal dia nak buat mcm ni... logik ke dia buat tgna mcm ni?? tapi aku tak nampak pulak di husam p marah si sheih ni... marah terbuka la... kena letak dlm blog dia la... bagi aku, selagi dia tak buat mcm tu..next pru jgn kasi kerusi kat dia..state atau parlimen...kasi dia rehat dulu..biar dia tahu akibat kebodohan terlampau dia membawa mamat ni masuk... ntah apa-apa kreteria husam nilai tatau le...
Bertuah rakyat Kelantan mempunyai Tok Guru seperti Nik Aziz. Bertuah kepada mereka yg selalu berdampingan dgn Tok Guru semasa beliau memberi ceramah...
ReplyDeleteTetapi amatlah rugi bagi seorang kawan yg mempunyai kawan seperti Tok Guru tetapi tidak mengikuti ceramah Tok Guru....
Amatlah rugi bagi pekerja yg mempunyai bos seperti Tok Guru tetapi tidak mengikuti ceramah Tok Guru....
Amatlah rugi bagi anak yg mempunyai bapa seperti Tok Guru tetapi tidak mengikuti ceramah Tok Guru....
Amatlah rugi bagi menantu yg mempunyai mertua seperti Tok Guru tetapi tidak mengikuti ceramah Tok Guru....
Amatlah rugi bagi isteri yg mempunyai suami seperti Tok Guru tetapi tidak mengikuti ceramah Tok Guru....
Yg bertuah adalah org yg mengambil ilmu dari Tok Guru bukannya yg ada pertalian saudara atau kenal dgnnya.....
Tok Guru bukannya utk dipuja tetapi ilmunya yg amat berguna utk akhirat kelak.....
Memang betul apa yang ditulis oleh anon 9:36 dan anon 1:09
ReplyDeletePS, apa pandangan hang?
Pandangan aku tentang dua ulasan ANON tu ker?
ReplyDeleteAku setuju jer.