Tuesday, November 17, 2009

TIDAK DAPAT TIDAK - HUSAM PERLU MENGAWAL KICKDEFELLA KERANA KICKDEFELLA BERADA DI BAWAH KAWALANNYA



Aku cilok separuh daripada artikel MSO dan paste di bawah nih. Aku sebelum nih tak pernah bersetuju dengan pandangan MSO terutamanya berkaitan Husam kerana dulunya aku fanatik Husam terutamanya ketika Husam menentang Nasharuddin.

Waktu itu, pada aku, Husam adalah anak didik Tok Guru. So, perbuatan, tindakan dan keputusan Husam adalah perbuatan, tindakan dan keputusan yang direstui oleh Tok Guru.

Alih alih, anak emas ini tetiba bertukar menjadi anak hantu. Tidak dapat tidak, Tok Guru wajib diselamatkan daripada di baham Husam menerusi BokBong.

Sekarang nih pun, aku belum rasa aku boleh bersetuju dengan MSO. Cuma, artikel MSO ini wajib diteliti oleh semua kerana pasti ada nilai dan i'tibar daripadanya.

Nih sedutannya.

......Cuma apa yang menjadi kemusykilan saya di sini ialah mengenai sikap orang bernama Husam bin Musa. Saya kenal dan pernah rapat dengan orang ini. Bloger berkenaan adalah bloger peliharaan dan yang menjaga hal ehwal dan penggilap politiknya di Kelantan.

Semua orang tahu yang lensa kamera bloger itu hanya mampu menangkap dan menyambar wajah Husam saja dan tidak yang lain.


Sejarah pengambilan bloger berkenaan juga sedikit sebanyak ada dalam pengetahuan saya. Semasa saya baik dengan Husam semasa menjadi ‘hamba’ untuk menghantar atau mengambil atau menantinya di hotel dan apartment, dia ada menceritakan mengenai bloger berkenaan.

Dia memuji akan kehebatan dan daya kreatif blogger berkenaan dan hendak diajak berkerja di Kelantan dengan tawaran gaji agak lumayan.


Bagi Husam dia tidak perlu tahu siapa bloger berkenaan. Mungkin bloger berkenaan menceritakan asal usulnya kepada Husam, dan tidak diketahui saya! Bahawa dia ahli parti itu dan pernah berkerja di situ dan di sini.

Namun bukan itu perkiraan Husam, yang penting dia dapat melaksanakan kerja untuk kepentingannya dan kebaikan Pas Kelantan.

Ternyata Kickdefella berjaya menjalankan tugasnya dengan molek belaka.
Latar belakang itu menampak bahawa bloger berkenaan dibawah jagaan Husam bin Musa dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Maknanya dialah yang menjadi
remote kepada bloger berkenaan. Ini juga bermakna dia berkuasa penuh dan bertanggungjawab dalam membawa bloger berkenaan bermukim di Kelantan. Apa juga kebajikan dan apa-apa keperluan bloger berkenaan dibawah tanggungjawabnya.

Ada kemungkinan juga Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah ditakrufkan sebanyaknya mengenai kehadiran seorang yang kreatif sepertinya.


Begitu juga dengan CEO, PMBK, bernama Ariffahmi Abdul Rahman itu juga adalah orang yang rapat dengan Husam. Bahkan kemasukan Ariffhami diperbadanan itu dikatakan atas cadangan dan idea Husam. Seperti mana dimaklumi perestuan Husam untuk membawa Ariffahmi di situ untuk menjaga projek Bandar Baru Tunjung.

Bermakna kedua orang ini adalah orang yang berkerja di bawah hegemoni politik Husam. Mereka yang menjadi pendokong dan penyokong Husam nombor wahid.


Apa yang anihnya dan musykilnya, apabila dua harimau Husam itu bergaduh kenapa beliau hanya diam membisu? Apakah beliau tidak berusaha menyelesaikan masalah mereka dan membiarkan ia selesai sendiri.

Di sinilah pada saya kesilapan dan fiil Husam. Beliau tidak cuba menyelesaikannya menyebabkan berlakulah perbalahan sehingga parah seperti hari ini dan terheret sama ke atas batu jemala Nik Aziz dan keluarganya.


Saya percaya dan yakin kalau Husam bertindak ia tidak akan menjadi masalah. Kalau Husam cepat menyelesaikan masalah, dua orang ini ia tidak sempat berborak. Tetapi kerana lambat bertindak maka terjadilah apa yang terjadi. Yang bekah kini sudah carik luas 'terbahar'.

Saya sedikit pun tidak hairan kalau ini berlaku. Kerana sedunia sudah mengetahui dan mengenali sifat dan perangai Husam. Bagi mereka yang berkawan, bersahabat, berkerja dengannya akan mengetahui fiil dan perangai ini. Tetapi mereka yang tidak mengenalinya, yang melihat dari bawah panggung politik tetap menganggap Husam adalah paling baik dan paling bijak dan segala paling...

Pada saya Husam seperti bunga tahi ayam bila dilihat dari jauh ianya indah, cantik dan wangi. Tetapi bila sudah mendekatiknya maka akan terhidulah kebusukan dan kehamisannya.

Dan saya sangat yakin baik Ariffhami dan juga bloger berkenaan sedikit sebanyak sudah mulai menghidu apakah bau sebenarnya Husam bin Musa.


Apa yang saya tulis dan anologikan terhadap kerja-kerja Husam sebelum ini mungkin sudah terjawab dan bagi mereka yang merasainya mungkin akan berkata benar.

Eloklah... kalau begitu kerana kebenaran itu sentiasa berada di belakang. Kekadang apa yang kita nampak kabur di mata umum.


Pun begitu saya masih berharap untuk meredakan keadaan supaya bekas kawan saya itu akan muncul dan mengambil tanggungjawab untuk menghentikan peperangan di PMBK itu.

Panggilah kedua anak buah itu dan bersemuka. Sebaik-baik pengadilan ialah di hadapan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Panggilah dan bersemukalah segera bersama dalil dan bukti serta sumpah laknat!

11 comments:

  1. aku dah lama bersama ngan mso...ulasannya lebih boleh diterima akal, berbanding dengan penyokong totok husam dulu..aku jugak terkejut melihatkan bagaimana mso diserang semula oleh kick dengan tuduhan merapu semasa mso bangkit menerangkan siapa husam sebenarnya..sehinggakan terpaksa mso wujudkan blog sisipan beliau..
    tapi kini alhamdulillah dengan krisis pmbk ni nampaknya dah ramai blogger yang sedar mana intan mana kaca..
    begitu juga dengan nik abduh...sampai sekarang nik abduh menjauhi diri dari menulis perkara2 yang betul tentang pembantu2 ayahandanya.

    nampaknya pmburu syahid dan manjung mari pun dah sedar diri..dah boleh kenal sapa husam..aku pun dulu penyanjung husam sehinggalah beliau beralih ke kerusi dun dan menjadi orang kuat tgna..terima kasih pada mso yang berani melawan arus dan teruskan menulis realiti sebenar tentang perjuangan islam di tanahair...

    ReplyDelete
  2. Sesuai sgt kalau ditukar ke nama Sayyestomunafiqeen....

    Akhirnya tuan tanah dah bersatu hati ngan mso....

    Bila berjuang bukan kerana Allah inilah jadinya.....

    ReplyDelete
  3. Habis tu kickdefella tu berjuang krn Allah swt ker?

    Bengong.

    ReplyDelete
  4. tuan...kat mana ambo blh baca pendedahan ttg husam musa oleh mso? mesti ader sesuatu d sebalik kejurusan husam ni...ambo minat nak tau..tp puas belek2 tak jumpa pun kat blog mso

    ReplyDelete
  5. ANON 8:42....anta baca posting terkini blog MSO.

    ReplyDelete
  6. merujuk jwpn tuan 9:43pm

    tuan..yg sy maksud ialah perkara yg berlaku sebelum kes ini..mesti ada galur sejarah mengapa mso tak sukakan husam..
    kes2 yg menunjukkan sifat sebenar si exco ini.. yg dpt sy jumpa setakat ni ialah kes ternak kambing jee..
    try blog anti husam takde maklumat pon..

    ReplyDelete
  7. kpd batu nisan

    kat mana nak baca ?
    1..mso diserang semula oleh kick dengan tuduhan merapu semasa mso bangkit menerangkan siapa husam sebenarnya..

    2...sehinggakan terpaksa mso wujudkan blog sisipan beliau..

    tolong ya...sy minat nak tau detail kisah ni

    ReplyDelete
  8. ANON 12:28.....anta cari maklumat tentang GMC.

    ReplyDelete
  9. boleh rujuk 'hikayat si baju merah 1 hingga episod 11' dalam blog diary maya, ikon dalam blog pak mso merahtinta.kat bawah link untuk episod 1.

    http://diarymaya.wordpress.com/2009/04/23/hikayat-si-baju-merah-1/

    ReplyDelete
  10. batunisan....ana dah cari...hanya jumpa 1, 11 dan 12 jer.

    ReplyDelete
  11. TERIMA KASIH BYK2 PEMBURU SYHID DAN BATU NISAN ATS PANDUAN..

    ReplyDelete