Tuesday, November 24, 2009

SENYAP SUNYI MEREKA APABILA TOK GURU NIK AZIZ DIHINA



Pusat Pembangunan Pondok Bhd (PPPB) tidak bertanggungjawab di atas kenyataan pengasas Pondok Maheliah , Geting, Haji Abdullah Sa`amah yang melabelkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai terlalu takbur.

Malah kata mereka, guru pondok tersebut sudah diketahui umum sebagai seorang yang berpendirian kontroversi dalam banyak isu agama kerana tidak mempunyai pendedahan mengenai perkembangan semasa.

Pemegang Amanah PPPB, Ustaz Mohamad Awang berkata, kenyataan guru pondok terbabit hanya bersifat peribadi yang tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar ulama.

"Semua orang sudah tahu tauliahnya mengajar di masjid sudah lama ditarik Majlis Agama Islam Kelantan. Sekarang beliau hanya mengajar di pondoknya sahaja.

"Sebelum ini beliau pernah dikatakan menghalalkan cabutan premium yang dianjurkan sebuah bank, sedangkan jumhur ulama menolak kerana meragui kaedah yang dijalankan," katanya di sini.

Semalam sebuah akhbar melaporkan Haji Abdullah yang juga pengasas pondok Geting, Tumpat sebagai berkata, tindak tanduk Nik Abdul Aziz sudah keterlaluan dan diselumbungi takbur.
Malah katanya, Mursyidul Am PAS itu menafsirkan al Quran berdasar kepada kefahaman sendiri yang disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

Mohamad yang juga bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Machang mempersoalkan apa kriteria yang digunakan Haji Abdullah sehingga melabelkan begitu rupa kepada Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya kalau hendak dikira dari segi ilmu sesetengah orientasi barat lebih banyak lagi ilmu mengenai Islam, namun tidak ada sifat zuhud bagi memimpin ummah seperti dimiliki Tuan Guru Nik Aziz.

Seorang lagi guru pondok yang enggan dikenali berkata, memorandum yang dikatakan dihantar Haji Abdullah kepada Menteri Besar tidak ada kaitan dengan PPPB.

Katanya, beliau difahamkan dokumen yang pernah dihantar kepada Tuan Guru Nik Aziz tahun lepas bukan memorandum sebaliknya sebagai satu surat mohon penjelasan terhadap sesuatu isu agama.

"Persatuan berkenaan dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan bukan ditolak mentah-mentah seperti didakwa Haji Abdullah. Isu tersebut kemudian senyap kerana mereka faham kedudukan sebenar," ujarnya ketika dihubungi di sini.

Beliau juga mengakui pengasas pondok Geting tersebut seorang guru agama yang kontroversi kerana suka menyanggah pendapat orang lain.

p/s : Mana mereka semua?!

27 comments:

  1. Hahaha, tok guru UMNO sdh kantoi npknya.. Pndai puak2 UMNO ni pi cari org utk jatuhkan Tok Guru. YG di jumpai rupa2nya yg sudah di reject.. Hahaha..

    ReplyDelete
  2. PS, elok jangan terlalu diberi ruang melayan dia.Kelak dia akan jadi popular, kita diamkan aje, maka dia tak popolar, kalau semua org ulas dia jadi 'X' kerana telah menggangu kerja kerja lain yang patut kita buat.
    Kalau kita layan sangat berjaya lah dia, populor dan glamourlah dia. Jadilah macam kickde tu lah, merata-merata org nak kenal dan nak tahu dia. Boleh gitu kan?

    ReplyDelete
  3. Senyap lagu mano pulok PS?..bukan senyap masalahnyo isu yang asal belum selesai lagi..ni dah selesai baru orang buleh komen!

    Satu lagi nok bising macam mana sebab kita tak tahu sumber sebenarnya. bukan macam PS yang tahu semua cerita dari tok guru nik aziz.

    Tapi ambo pelik jugok sepatutnya saudara PS yang paling bising mempertahankan TGNA berkenaan isu ni..ke dok sibuk nak mempertahankan AAF...'nak kait yang lain, yang lain pulak luruhnya!'...tak pe untuk kes tok pondok geting ni ambo seroh ko PS..ambo sokong!

    ReplyDelete
  4. perghh..memang dasar ulama assyuk ustaz tuh..ni la ciri ciir mansuia hasad dnegki...n giller glamer..berani berani dia kondem TGNA kesayangan ummah(n kesayangan gua no 1)..

    P.S,gua copy posting ni,nak kondem ulama assyuk tu plak...bab bab kondem ni gua no 1...tq..

    wslm

    ReplyDelete
  5. Sejenak berfikir : Sudah lama.
    Sudah lama aku tidak membaca Quraan
    Sudah lama aku tidak ke Majlis Ilmu.
    Sudah lama aku tidak menghadiri Usrah.
    Sudah lama aku tidak bersolat Jamaah.

    Solat lama aku tidak mendekati Ulama'
    Sudah lama aku tidak bertamrin.
    Sudah lama aku tidak membaca kitab-kitab Haraki.
    Sudah lama aku tidak mentelaah Kitab Ilmi.

    Sudah lama aku tidak bersama teman Jamaah.
    Sudah lama aku tinggalkan Mesyuarat Jamaah.
    Sudah lama aku jauhi kegiatan Jamaah dan parti
    Sudah tidak lama aku akan Mati.....
    Siapalah Aku disisimu Ya Rabiii.......

    ReplyDelete
  6. aku stuu ngan PS

    mana mereka yang kata sampai bertempik mahu pertahan tok guru...ni bukn skit isu tpi dah sampai kata tok guru sesat

    ReplyDelete
  7. Firman ALLAH S.W.T:

    Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
    (Surah Al-Baqarah ayat 10)

    Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.
    (Surah At-Taubah ayat 67)

    ReplyDelete
  8. Penawarrindu......bila org sentuh Hadi, ramai yg melalak mcm dirasuk polong. Bila org sentuh Tok Guru, semua senyap.

    john...tak perlu nak spin statement aku.

    naim ni'mat dan lain lain...thanks atas perkongsian.

    ReplyDelete
  9. Kehebatan Tok Guru Nik Aziz adalah dia tidak perlu org support, dia ada kekuatan sendiri, Hadi tak de kekuatan kena ada support.

    Nak tahu banyak tanya YB zaki Ibrahim, YB Latif Abd Rahman, mereka tahu. Jangan tanya Nik Abduh, tanya Anual Bokhari jgn tanya YB Nik Amar.

    ReplyDelete
  10. Tak habis2 musuh2 nak jatuhkan TGNA. Gagal jatuhkan dlm isu pentadbiran, mereka gunakan 'ulama' pula. Moga Allah lindungi dan selamatkan TGNA dari musuh2 Islam ini Ameen.........

    ReplyDelete
  11. PS

    puak2 UG akan senyap bila tgna kena attack.termasuk penyokong2 mereka di alam maya.

    itu yg kami sedikit kecewa dengan PS apabila kemelut kelantan ini berlaku,blogger macam PS,manjung mari dan a few others yg jelas selama ini mempertahankan tgna dan PAS demi menjaga nama baik dan persepsi pas tiba2 saja terjerumus dalam konflik ini.

    ReplyDelete
  12. abih tu nak suroh kami wat per, berblog mcm kamu jugak ke?

    ReplyDelete
  13. 2 X 5 sama je mcm kamu PS.cermin dlu diri sblum nk menegur org.padahal 2-2 tok pemimpin kita.kna berlaku adil pd 2-2.masa dok heboh org ckap TGHH lembik,kamu pun kemana?

    ReplyDelete
  14. tok guru tu hina tok guru nik aziz aku tak kisah.. yang ketua pengarang SIASAH hina tok guru nik aziz ko senyap je.. tgok blog mso tu sama.. hi semnjak boleh baik ngan mso ni nk sentuh mso pun taku ke???

    ReplyDelete
  15. nak tanya je satu, macamana dengan tulisan hari tu yg menghentam husam musa, dah terbukti ke belum husam terlibat atau tidak dalam PMBK dan kalau husam tidak bersalah (kencing tak lawas) apakah tuan pemburu syahid akan mati syahid kerana membunuh pemimpin islam tanpa usul periksa walaupun tuan makan nasik kukus bersama TGNA. Dimanakan tuan waktu Hajihadi diserang, apakah tuan merasakan hanya TGNA yg wajid dibela bila berlaku fitnah, atau tuan pun berperanan menyerang TGHH kerana dia lemah pada pandangan tuan?

    ReplyDelete
  16. Jawapan kepada semua persoalan yang dibangkitkan oleh teman teman di atas.

    Pertama - Memang korang tak pernah bersuara pun setiap kali Tok Guru Hj Nik Aziz kena hentam dan dihina.

    Dah berbulan bulan sejak isu UG timbul. Bukannya baru dua atau tiga hari. Dah lama. Semua senyap. Tak buka mulut pun.

    Bila Hassan Ali kena, Tok Guru Hj Hadi Kena, Nasha kena, semua macam kaduk naik junjung.

    Kedua - Aku tak bela Tok Guru Hj Hadi masa dia kena hentam kerana dah ramai yang bela dia sedangkan Tok Guru Hj Nik Aziz takde saper pun bela dia.

    Ketiga - Minta kickdefella buktikan dulu segala tuduhan dia ketika kemelut PMBK tengah kalut hari tu sebelum minta aku buktikan Husam Musa punya "hal".

    Keempat - Apabila pimpinan PAS memutuskan bahawa kemelut di Kelantan telah selesai, maka, pada aku, noktahnya sudah tiba. Wala', kan?

    Tapi, aku tak heran pun jika ada di kalangan kita yang masih nak berkokok kerana itu hak masing masing.

    ReplyDelete
  17. suka hati je cakap x nk bela sbb org len bela..serius double standard..padahal perisik rakyat tu dh bela TGNA n banyak lg blogger yg anti UG dh bela TGNA siap bleh buat kutipan haji lagi...jgn la nk lpas tgn cakap org leh dh skong x yh skkong dah...serius PS double standard..2-2 Tok Guru wajib dibela la PS..ngaku je org x mrah..jgn berdalih je nk tduh org len...

    ReplyDelete
  18. Takyah menyorok di sebalik ANON. Aku bukan kata di kalangan bloggers. Aku tanya mana pergi dari kalangan pimpinan.

    ReplyDelete
  19. ape lak nk sorok2..yg aku tau ko ada agenda tersendiri. tu je..klu btol2 perjuang parti x kn bias mana2 pihak..ADIL beb...

    ReplyDelete
  20. Persepsi tipikal org PAS. Bila tak senada, agent UMNO. Bila tak senada, ada agenda. Bila tak senada, ada kepentingan.

    Dunia dah berubah. Make up your mind.

    Dah pandai sujud kepada Allah swt ke skrg? Hutang manusia, maybe ko leh buat buat lupa tapi hutang solat dengan Allah swt jgn buat main.

    ReplyDelete
  21. mana kau tahu org pas tak bela TGNA dihina.oranglain guna blog lain utk pertahan TGNA tidak semestinya blog ini.TGNA kata biasa dlm politik beliau kuat menyerang dan pihak akan menyerangnya balik.adat politik katanya.aku setuju dgn pandangan beliau.cuma aku tak setuju pemburu (S).membodek dan menyerang org yg ta disukai secara membabi buta.maaf itu penilaian aku tulisan hang.

    ReplyDelete
  22. Aku peduli apa dengan komen hang?!

    Kalau hang tak setuju dengan apa yang aku tulis, itu masalah hang. Dan, aku tak perlu pun minta persetujuan hang untuk tulis apa sekalipun.

    Aku tulis apa yang aku yakini betul. Jika pada hang, apa yang aku tulis tu tak betul, itu masalah hang.

    Tapi, buktikanlah yang aku tulis tu mmg tak betul. Jangan setakat sebut "tak betul" jer.

    ReplyDelete
  23. buat pengetahuan ko aku bukan org PAS/UMNO?PKR...aku cuba melihat semua bnda secara menyeluruh tp ko seorg yg mmg BIAS...ada kepentingan..nuff said.

    ReplyDelete
  24. Mula mula kata aku "tak betul". Then, kata aku bias. Aku tak kisah pun.

    Ko yg buat tuduhan. So, ko lah yg buktikan. Bukan aku.

    Ada aku kisah ko tak jadi ahli mana mana parti? Apa guna ada badan tapi takde pakaian?

    ReplyDelete
  25. Ibarat mcm ucap kalimah syahadah tapi hidup mcm kafireen.

    ReplyDelete
  26. yg ni br btol ahli pas..mengkafir je keje...terasa diri suci sgt

    ReplyDelete
  27. Kalau tak nak dicop "serupa kafir", ubahlah cara hidup. Islam nih bukan setakat letak nama bunyi Arab tetapi perbuatan dan pemikiran juga perlu Islamik.

    Yang puak puak UMNO tu lulus lesen arak berderet deret tu bukan perbuatan kafir ker?

    Tak tutup aurat dengan sempurna bagi wanita Islam tu bukan perbuatan kafir ker?

    PS, hang tak perlu jawab komen anon yang jahil nih. Aku dah tolong jawabkan.

    ReplyDelete