Tuesday, November 10, 2009

MANGSA KEMELUT PMBK ATAU PENCETUS KEMELUT DI PMBK



Setelah beberapa lama memendam rasa, akhirnya muncul juga kekuatan untuk TG Hj Nik Aziz untuk merestui penamatan kontrak perkhidmatan KICKDEFELLA daripada PMBK.

Kegusaran berikutan kebocoran maklumat dalam PMBK dan manipulasi maklumat dalaman PMBK oleh tangan tangan jahat telah lama wujud dan kemelut ini telah lama disedari oleh Menteri Besar Kelantan.

Ramai yang tertanya tanya kenapa Menteri Besar Kelantan mengambil masa yang agak lama untuk merestui pemecatan ini. Ramai juga yang tertanya tanya adakah memberi restu ke atas pemecatan ini merupakan suatu tindakan ataupun suatu keputusan yang salah yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan.

Jawapannya, wallahu a'lam.

Ramai yang menyokong penuh pemecatan KICKDEFELLA. Termasuk juga aku. Namun, ramai juga yang kelihatan seperti mempertikaikan pemecatan itu. Terutamanya, ketika mana aku siarkan "bunga bunga" pemecatan itu malam tadi.

Ada juga teman teman yang nakal yang menggunakan ID ANON yang memuji muji KICKDEFELLA atas jasa jasanya dalam isu royalti minyak terutamanya kesanggupan menganjurkan dan menyertai ekspedisi maut satu ketika dulu.

Kita tidak menafikan semua itu dan kita amat amat menghargainya. Namun, adakah semua jasa jasanya itu boleh dijadikan lesen besar untuk beliau melakukan apa sahaja? Tentu tidak, bukan?

Ada di kalangan kita yang seperti mahu menyatakan bahawa KICKDEFELLA adalah mangsa kemelut. Mungkin juga "persepsi" ini betul tetapi kemungkinan "salah" itu lebih besar berbanding kemungkinan "betul".

Ada juga yang mempersoalkan gajinya yang bernilai RM4 ribu. Itu juga sebenarnya bukan soal. Jika gajinya RM10 ribu sekalipun, itu juga bukan soal.

Soalnya, gaji diterima setiap bulan tetapi beliau tidak pernah pun masuk ke pejabat sampai berbulan bulan. Jadi, dibayar gaji untuk apa?

Gaji beliau dibayar oleh PMBK tetapi khidmat beliau adalah kepada individu tertentu. Halalkah? Beretikakah?

Beliau dibayar gaji untuk masuk pejabat, duduk di pejabat dan melakukan urusan yang berkaitan di pejabat bagi menaikkan imej PMBK. Bukannya dibayar gaji untuk "bergelewak" merata rata sambil membuat onar.

Perumpamaannya, beliau dibayar gaji oleh TESCO tetapi beliau berkhidmat dengan GIANT. Mana mungkin, bukan? Tetapi itulah hakikatnya.

Tidak timbul soal beliau dianiayai oleh sesiapa kerana terang terangan beliau telah melanggar etika kerja. Ini soalnya.

Bagaimana mungkin duit rakyat negeri Kelantan digunakan untuk membayar "gaji buta" kepada individu yang lebih banyak mendatangkan mudharat berbanding manfaat kepada negeri Kelantan secara jangka panjang? Itus soalnya.

Ada blogger yang bertanyakan soal adakah TG Hj Nik Aziz telah melakukan penyiasatan sebelum memecat KICKDEFELLA. Jawapannya, sudah lama pemantauan dilakukan dan sudah lama penyiasatan dilakukan.

Keputusan pemecatan ini bukanlah keputusan yang diambil sebaik sahaja bangun dari tidur tetapi merupakan keputusan yang telah dipertimbangkan dari semua sudut.

Telitikan dengan hati yang terbuka. Hayati dengan pemikiran yang tenang dan terbuka. Fahami dengan kemurnian hati dan jiwa. InsyaAllah, anda akan temui kebenaran itu.

Mangsa kemelut atau pencetus kemelut? Tepuk dada tanya iman.....

8 comments:

  1. Salam,
    Perginya Musang berbulu Ayam....

    Ya Allah Selamatkan Tok Guru dan Kerajaan Kelantan dari orang-orang jahat dan busuk hatinya.
    Orang ini juga telah menghina Tok Guru Haji Abdul Hadi satu hari dulu.....
    Doaku telah dimakbul....aminnnnn

    ReplyDelete
  2. jenih nie bukan nya musang nie, tapi JEBON.
    baghu dia ada akai...

    ReplyDelete
  3. sapa bawa masuk kikdepala? siapa upah dia menulis selama ni? jeng jeng

    ReplyDelete
  4. Bukan semua kerja mesti ikut waktu pejabat dan kena berada dipejabat sentiasa.

    Ya Allah selamatkanlah orang yang mengikut jalan yang lurus.

    Gantikan pemerentah pemerentah yang mempunyai agenda lain selain yang dituntut olih Islam.

    Dedahkan lah kepada rakyat sekiranya mereka tidak berkata benar.

    ReplyDelete