Tuesday, November 17, 2009

HUSAM AKAN BUAT PENJELASAN PADA 19 NOV 2009



Oleh : www.pemudakemehe1.blogspot.com

PEMECATAN duri dalam daging PMBK si Kickdefella nampaknya telah menimbulkan pelbagai masalah kepada semua orang. Pelbagai tuduhan dan ancaman serta ugutan datang dari beliau berupa pendedahan dan kritikan.

Buat masa sekarang ini, si Kickdefella memang sedang galak 'menendang' di sana sini. Ramai yang dah mula khuatir dan sangsi dengan beliau, dan sudah wujud persoalan atas tujuan apa beliau diambil bekerja di PMBK dulu, dan siapa yang aturkan perjalanannya ke PMBK.

Individu yang paling terpalit dalam isu ini tentulah Datuk Husam Musa, yang mana pada sidang media pun si Kickdefella mendakwa bahawa beliau walaupun diambil bekerja dengan PMBK tetapi bertanggungjawab melaporkan terus kepada Datuk Husam, dan dikawal selia oleh Husam, bukannya PMBK dan CEO nya.

Datuk Husam juga dituduh hebat kononnya telah berkonspirasi bersama Kickdefella dan beberapa orang lagi untuk menjatuhkan TGNA sebagai Menteri Besar. Setakat ini semua itu hanya teori, yang disokong oleh sedikit fakta yang munasabah dan tidak munasabah.

Untuk mengetahui cerita sebenar, tunggu 19 November ini apabila dikhabarkan kononnya Husam Musa buat pertama kalinya selepas isu ini meletus akan tampil dikhalayak ramai untuk membuat pengakuan terbuka dan pengesahan serta beberapa pendedahan yang mungkin akan menggemparkan semua pihak. Sekiranya betul maklumat yang kami terima ini, pendedahan dalam satu ceramah ini akan kami maklumkan kemudian dari segi lokasi dan masanya.

Apa yang kami harapkan, pendekatan terbaik telah diambil oleh semua pihak untuk menyelesaikan segala masalah yang terjadi ini.

p/s
: Kita sama sama tunggu apa penjelasan Husam. Hanya beliau yang mampu mendiamkan kickdefella kerana kickdefella berada di bawah seliaannya. Jika benar seperti mana dakwaan blog pemudakemehe1 nih bahawa Husam akan buat penjelasan, syukur kepada Allah swt.

12 comments:

  1. 19hb, ceramah isu royalti minyak di padang pasir puteh

    ReplyDelete
  2. ANON 5:22.....thanks atas penjelasan. Puas ana cari apa status program tu tadi.

    ReplyDelete
  3. Masih Percaya dengan orang yang bernama Husam Bin Musa, yang mengajar MSO Merasuah polis indonesia untuk membawa balik hanya seekor burung tiong Emas.

    Bagaimana pula dengan Anual Bakri yang sentiasa mendapingi Tok Guru? Apakah anda juga masih percaya dengan beliau?

    ReplyDelete
  4. Jejak kasih.
    Mencari sahabat lama bernama Azman. Kalau terbaca komen ini sila balas.

    ReplyDelete
  5. Annual Bakhri tu dah lama dah. Gaya beliau yang selekeh dan comot tu pun aku dah tak leh accept.

    ReplyDelete
  6. Dia tu(setpol) yang 'meloya'kan dan dialah antara punca semua ini......

    ReplyDelete
  7. Dia adalah ular yg bersarang di pejabat MB Kelantan.

    ReplyDelete
  8. kalau semua orang kita perlu ragu maka tidak ada siapa lagi di dunia ini yang kita boleh percaya termasuk kita sendiri, kalu semua orang di sekeliling TGNA jahat jadi siapa pula yang berkerja utk kerajaan kelantan selama ini..fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  9. pomat pmas......hanya dua tiga ekor jer. Bukannya semua. Jangan gopoh dan tergesa gesa.

    ReplyDelete
  10. Baca sikit tentang rasuah islamic yang dicari menantu ni... http://ustjai.wordpress.com/2009/11/18/rasuah-islamik/

    ReplyDelete
  11. masalah nie dah berlanjutan hampir seminggu, 19hb baru si husam nie nak buat penjelasan??? lembab...fakap.

    siakap

    ReplyDelete
  12. 19hb tu ceramah Husam di Pasir Puteh dan kita mengharapkan Husam menjelaskan hal nih.

    ReplyDelete