Sunday, November 29, 2009

PERCUBAAN UNTUK MEMALUKAN TG HJ NIK AZIZ OLEH ANAK AYAM DIDIK



BERSETUJU ATAU TIDAK BERSETUJU, SEMUA KITA TAHU KEWUJUDAN KONSPIRASI TERSEBUT.

ADA ORANG KATA KONSPIRASI ITU BERTUJUAN UNTUK MENJATUHKAN TGNA SELAKU MB KELANTAN. AKU KURANG BERSETUJU DENGAN STATEMENT INI.


PADA AKU, KONSPIRASI INI HANYA BERTUJUAN UNTUK MEMALUKAN TGNA DAN MEMBERIKAN TEKANA KEPADA TGNA UNTUK BERUNDUR DENGAN SENDIRI.


MATLAMAT KELOMPOK SERIGALA LAPAR INI TELAH HAMPIR TERCAPAI APABILA TGNA DIBERITAKAN TIDAK AKAN BERTANDING LAGI DALAM PRU KE 13 NANTI.


PADA PERINGKAT PERTAMA, KELOMPOK INI TELAH MEMBEDIL PMBK SECARA BERTALU TALU BAGI MENCABUT CEO PMBK.


PELURU PELURU SEPERTI TGNA MENGAMALKAN KRONISME, TGNA MENGUTAMAKAN MENANTU, TGNA SALAH PILIH, TGNA MEMPERLEKEHKAN KEMAMPUAN DAN KELAYAKAN ANAK KELANTAN YANG LAIN, TGNA SUDAH NYANYUK, TGNA SUDAH TUA, TGNA SUDAH KRONIK, TGNA SUDAH NAK MATI DAN MACAM MACAM LAGI DIBEDIL KE ARAH PMBK.

PERSOALAN YANG TIMBUL ADALAH KENAPA YANG DIBEDIL ITU ORANG LAIN TETAPI YANG TERCEDERA ITU ADALAH ORANG LAIN? YANG DIBEDIL ITU ADALAH MENANTU TGNA TETAPI YANG MENJADI SASARAN ADALAH TGNA.


DI MANAKAH LOGIKNYA JIKA BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENCALARKAN MARUAH TGNA DAN MEMALUKAN BELIAU.


SETELAH TERCABUTNYA CEO PMBK, MUNCUNG MERIAM ITU DIHALAKAN PULA KE ARAH UST NIK AMMAR SEHINGGAKAN UST NIK AMMAR TERMAKAN UMPAN YANG DISAJIKAN.


KERJA KERJA KELOMPOK SERIGALA INI MENJADI MUDAH APABILA APABILA UST NIK AMMAR SECARA TERBUKA MEMINTA TGNA MENAMAKAN BAKAL PENGGANTI BELIAU SELEPAS BELIAU BERUNDUR.


DALAM MASA YANG SAMA, HUSAM MUSA PULA MENEGASKAN BELIAU AKAN MENOLAK SEBARANG CADANGAN YANG MAHU MENCALONKAN BELIAU SEBAGAI BAKAL MB KELANTAN.


OPS !! KENAPA BELUM APA APA LAGI HUSAM MUSA SUDAH BUKA MULUT DAN KELIHATAN SEPERTI MAHU BERLEPAS DIRI DARIPADA KACAU BILAU INI?


SEKARANG, SUDAH ADA BLOGGER YANG MENCADANGKAN PAS PUSAT MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS UST NIK AMMAR KERANA MEMBERIKAN TEKANAN KEPADA TGNA.


PERSOALANNYA, KENAPA PAS PUSAT DAN KENAPA TIDAK PAS KELANTAN? INI MENGUNDANG KEMUSYKILAN.


SETELAH BERJAYA MENGGONCANG PMBK SEHINGGA CEONYA TERCAMPAK KELUAR, SETELAH BERJAYA MENGUMPAN UST NIK AMMAR, MAKA MUNCUNG MERIAM MILIK KELOMPOK INI DIHALAKAN PULA KE ARAH MPKB-BRI.


MANA DIBEDILLAH PELURU PELURU ITU KE ARAH PENTADBIRAN MPKB-BRI. KENAPA BEGITU? KERANA SASARAN SETERUSNYA ADALAH HJ TAQIYYUDDIN HASSAN.


MAKA, TERSIARLAH ARTIKEL ARTIKEL DI INTERNET YANG "MENDEDAHKAN" KEPINCANGAN DALAM MPKB-BRI. KONONNYA BERSUMBER "KULI KULI MPKB-BRI". DISIARKAN JUGA KONONNYA MPKB-BRI GAGAL BERFUNGSI DENGAN BERKESAN. DISIARKAN GAMBAR GAMBAR JALAN JALAN SELENGGARAAN MPKB-BRI YANG BERLUBANG, LAMPU JALAN YANG TIDAK MENYALA, SEMAK YANG TIDAK DITEBAS, SAMPAH YANG TIDAK DIPUNGUT DAN SEBAGAINYA.
SEMUA INI BERTUJUAN UNTUK MEMBURUKKAN KREDIBILITI HJ TAQIYYUDDIN HASSAN SELAKU EXCO YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS MPKB-BRI.

KITA AMAT YAKIN SELEPAS HJ TAQIYYUDDIN HASSAN CEDERA PARAH SEPERTI MANA CEDERA PARAHNYA UST NIK AMMAR, MAKA MUNCUNG MERIAM ITU AKAN DIHALAKAN PULA KEPADA UST AHMAD YAAKOB YANG TELAH DIWARWARKAN AKAN MENGGANTIKAN TGNA JIKA TGNA BERUNDUR.


KITA TAHU BAHAWA PIMPINAN PAS KELANTAN YANG BERPOTENSI UNTUK MENGGANTIKAN TGNA AKAN DICEDERAPARAHKAN ATAUPUN AKAN DIMATIKAN TERUS OLEH MUNCUNG MUNCUNG MERIAM YANG DIBAWA KHAS KE KELANTAN OLEH INDIVIDU TERTENTU UNTUK MENJULANG TOKOH TERTENTU DAN MEMBUNUH TOKOH TERTENTU.

AKHIRNYA NANTI, YANG AKAN DILIHAT BERSIH DAN PERLU DIBERIKAN PELUANG UNTUK MENJADI MENTERI BESAR KELANTAN ADALAH HUSAM MUSA DAN HUSAM MUSA PULA AKAN MENERIMA CADANGAN TERSEBUT ATAS DUA ALASAN.

PERTAMA, DEMI KEPENTINGAN JEMAAH (SEPERTI MANA YANG BELIAU SELALU SEBUT).

KEDUA, AMANAH DARIPADA ALLAH SWT DAN AMANAH ITU WAJIB DIPIKUL KERANA "KITA" ADALAH AHLI GERAKAN ISLAM.


DIBERITAKAN JUGA BAHAWA RAMAI BLOGGERS TELAH BERKAMPUNG DI KELANTAN BAGI MENJAYAKAN AGENDA JAHAT INI. BEBERAPA BLOGGERS TELAH DILAPORKAN BERTEMU DENGAN AGENT YANG ADA DAN BERSEDIA UNTUK DIPERKUDAKAN.


LEBIH MENYEDIHKAN ADALAH AGENT AGENT ITU ADALAH ORANG ORANG YANG MENGAKU RAPAT DENGAN TGNA DAN ANAK BERANAKNYA SEDANGKAN TGNA TAK KENAL PUN MAKHLUK TERSEBUT.
BELIAU MENJUAL DAN MENJAJA NAMA TOK GURU DI MANA MANA.

ADA BLOGGER KATA HUSAM MUSA TERSALAH PANDANG KICKDEFELLA - BIAWAK KICKDEFELLA DISANGKA RUSA.


BLOG INI MEMILIH UNTUK BERKATA - KU SANGKA BIAWAK RUPANYA NAGA.

JUMPA DI MAHSYAR.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


SINOPSIS ARTIKEL DI ATAS :
-

PERTAMA

MEMBURUKKAN MENANTU TGNA

KEDUA
MEMBERIKAN TEKANAN FASA PERTAMA KEPADA TGNA


KETIGA
MENYINGKIRKAN MENANTU TGNA DARIPADA PMBK SEBAGAI HINT KEPADA TGNA PERLU MENGOSONGKAN KOTA DARUL NAIM


KEEMPAT

KUMPUL BLOGGERS DI KELANTAN


KELIMA

HUSAM MUSA BERLEPAS DIRI


KEENAM

KUNCI MULUT UST NIK AMMAR


KETUJUH

KUNCI MULUT HJ TAQIYYUDDIN HASSAN


KELAPAN

BUKA MULUT PIMPINAN PAS PUSAT


KESEMBILAN

CEDERAPARAHKAN IMEJ UST AHMAD YAAKOB


KESEPULUH

CALON AKHIR YANG MASIH BELUM CEDERA HANYALAH HUSAM MUSA


KESEBELAS

PRU KE 13 BERI TEKANAN KEPADA TGNA SUPAYA TIDAK BERTANDING


KEEMPATBELAS

SERIGALA MENANG


Baca lanjut di www.kebenaranpahitbaginafsu.blogspot.com

20 comments:

  1. nampak sungguh artikel yang ko kopipes ni bias. Dari awal isu ni yang tercedera teruk adalah Tok guru dan Husam. Itu satu Malaysia tau. Tak pasal pasal Nik Amar pulak yg ko bela.

    ReplyDelete
  2. udah-udahlah tu mengebarkan fitnah. nanti kat akhirat tak terjawab nanti.

    saya setuju dengan Anonymous 11:23 AM, yang cedera teruk/ditekan & difitnah dalam hal ni adalah Tok Guru & Husam.

    ReplyDelete
  3. fitnah berleluasa di akhir zaman ini... waspadalah. istighfar byk2.

    ReplyDelete
  4. Kesetiaan ‘dari dunia sampai akhirat’ tidak akan tergugat — Husam Musa

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/44921-kesetiaan-dari-dunia-sampai-akhirat-tidak-akan-tergugat--husam-musa

    NOV 29 — Tajuk muka depan sebuah akhbar mingguan “Husam Letak Jawatan?” Ahad lalu bagai panahan kilat dan halilintar. Lazimnya kilat dan guruh tidak muncul pada musim tengkujuh seperti ini kecuali kilat buatan dengan motif tertentu. Ia datang salah musim dan gelora Laut Cina Selatan sudah cukup besar untuk menenggelamkan ombak buatan.

    Keseronokan bekerja meningkat sejak kebelakangan ini dengan isu tuntutan royalti. Saya diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri. Fokus saya ialah bagaimana “mendekati” Kerajaan Pusat supaya membuka pintu minda dan bersifat saksama? dan itu sangat baik untuk keluhuran kehidupan berpersekutuan di negara kita.

    Saya yakin di sana ada peluang. Perdana Menteri kini mendukung konsep 1 Malaysia. Sekurang-kurang itu slogan yang dikumandangkan. Tidak mungkin slogan ini akan dibiarkan lemas dengan keputusan yang tidak selari ketika ia masih di alam rahim.

    Hujah yang baik, saya yakin akan meyakinkan Perdana Menteri. Bahkan, langkah beliau mengumumkan di Parlimen dalam tempoh yang relatif singkat adanya pengeluaran petroleum dalam perairan Kelantan, sudah sangat bermakna. Surat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Tok Guru pada Perdana Menteri dihantar Ogos lalu, bersama-sama "Memorandum of Claim" yang dirangka beberapa peguam yang menggariskan sudut undang-undang tuntutan ini. Pada 4 November, hanya dalam tempoh tiga bulan, Perdana Menteri memberi respon rasmi di Dewan Rakyat, pada saya satu permulaan sangat positif.

    Bukankah pemimpin lain sebelum itu berkeras menafikan dua perkara iaitu layaknya Kelantan dengan royalti dan keduanya, adanya pengeluaran minyak atau gas di perairan Kelantan walaupun setitik.

    Perdana Menteri saja bersikap berbeza. Beliau diam ketika orang lain menafikan dan akhirnya membuka mulut dengan pengumuman itu, Kelantan ada gas dan minyak.

    Kalau dulu, seharian hari saya sibuk mengutip laporan, data dan pandangan pakar, termasuk perundangan, untuk membina asas tuntutan royalti ini, bukankah kini hati saya sangat terhibur apabila pengiktirafan pertama datang dalam bentuk bayaran ihsan bagi medan Bumi Selatan?

    Pada waktu saya sedang “berseronok” dengan misi ini, saya didakwa memberi ugutan kepada Tok Guru untuk berhenti? Untuk memecat orang itu dan ini seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris sehari selepas laporan muka depan sebuah akhbar mingguan, dengan tajuk “Husam: They go or I'll quit”. Saya akan jelaskan.

    Kita selesaikan dulu perbincangan mengenai minyak. Pengeluaran dalam jarak tiga batu nautika saja layak menerima royalti. Ini hujah Kerajaan Pusat. Bagaimana mahu mematahkan hujah ini? Itu yang saya fikirkan. Satu caranya ialah meneliti semula dokumen lama untuk memahami semangat kata kunci “onshore” dan “offshore” yang ada dalam perjanjian dan suratcara penyerahan hak (vesting deed) yang menjadi asas terserahnya hak petroleum dari negeri kepada Petronas pada 34 tahun lalu.

    Kini semua hansard Dewan Rakyat dan Dewan Negara boleh dilayari secara online. Adakalanya saya tidur lewat malam meneliti catatan berharga ini. Beberapa isu kontemporari Negeri Kelantan yang dibisingkan sekarang, pada saya ibarat awan mendung yang akan berlalu. Kebijaksanaan Tok Guru mencukupi untuk menangani isu ini.

    Walau apa juga yang akan berlaku, insya-Allah saya akan terus setia dengan Tok Guru. Persetiaan kami dalam gerakan Islam adalah persetiaan dunia sampai akhirat. Keselamatan di padang Mahsyar nanti adalah hitungannya. Oleh kerana itu, nasihat yang benar adalah ramuan hubungan kami. Dengan nasihat menasihati, bantu membantu, percaya mempercayai yang belum pernah luntur, saya yakin Tok Guru dan saya tiada masalah untuk saya mengambil langkah memberikan kata dua seperti didakwa. Lagi pun, elokkah insan seusia saya memberikan kata dua kepada pemimpin seusia Tok Guru?

    ReplyDelete
  5. ==cont==

    Tok Guru, pada saya, tidak akan mengorbankan rekod pencapaiannya yang sudah memuncak. Apa lagi untuk mencemarkan reputasi tingginya sebagai orang yang tegas dan berprinsip. Islam sentiasa di atas dalam minda dan pertimbangannya. Hilang gelap timbul terang, apabila air sudah tenang, kejernihan menggantikan yang keruh.

    Mengapa perlu saya beralih agenda? Sekalipun ada juga usaha untuk mengaitkan saya dengan itu dan ini, tetapi ia menjadi lumrah dalam hidup saya sejak minggu pertama bergelar Exco. Bekalan saya ialah kebenaran dan kejujuran. Kalau tumbang atas kebenaran, saya bahagia. Kalau berjaya tetapi kebenaran dan kejujurannya hilang, mana bahagianya?

    Seorang pengusaha balak melaungkan kata: "Baru seminggu, Husam dah nak tunjuk kuasa!" di kantin Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana sedikit pandangan saya mengenai satu dua perkara pada minggu pertama saya menjadi Exco. Sejak itu, tidak sedikit tekanan dan penderitaan yang cuba ditimpakan dalam pelbagai cara.

    Namun, pada hari pertama saya dilantik setiausaha akhbar Tok Guru 19 tahun lalu, saya bisikkan ke jiwa saya firman Alah dalam surah Ar Rahman yang bermaksud: "Semua ini sangat sementara. Wajah Tuhanmu saja yang kekal abadi." Ia bagai penawar mujarab yang merawat penderitaan hati setiap kali fitnah seperti itu dihadapkan.

    Sekalipun tuduhan dan kerenah yang berat saban waktu melingkari saya, ia tidak menghilangkan fokus saya. Saya tahu semua yang dituduh itu tidak berlaku. Hati kecil kita tahu siapa kita, sudah cukup untuk kita menentukan kita bersalah atau tidak. Jika kita memang tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa politik “character assassination” dan berita yang ditokok tambah sesuka hati, mengapa perlu kita terpesong daripada tumpuan kita? Kalau ada pihak ingin memalitkan saya bersama, itu urusan mereka.

    Isu di depan kita bukan semata-mata royalti. Bukan sekadar masalah Kelantan perlukan wang itu untuk diurus sendiri atau ia hanya isu khusus untuk rakyat Kelantan. Semakin saya mendalami isu ini, semakin sedar ia adalah isu yang lebih luas. Keluhuran perjanjian. Ketulusan pemimpin terdahulu. Ketelusan. Pengurusan khazanah yang lebih optimum. Kesaksamaan. Amalan federalisme. Penempatan industri petroleum dan isu lain juga.

    Umpamanya, jika dikatakan medan Ular, Gajah dan Bergading yang menjadi empat berkembar dengan Bumi Selatan yang semuanya berada dalam blok PM 301 mempunyai rizab yang sangat besar, bukankah munasabah aktiviti berkaitan petroleum termasuk support base, diizinkan berlaku di bumi Kelantan?

    ReplyDelete
  6. ==cont==

    Jika kerajaan Thailand mengiktiraf wilayah Songkhla layak menerima bahagian daripada royalti yang diterima Thailand daripada kawasan JDA (Kawasan Pembangunan Bersama), mengapa Kelantan tidak mendapat bahagian yang sama dari Malaysia? Pada tahun depan saja, perolehan dari kawasan JDA untuk Malaysia berjumlah RM800 juta dan Kelantan berhak separuh daripadanya iaitu RM400 juta.

    Inilah yang saya fikirkan hampir saban hari. Bolehkah misi ini saya jayakan dengan meletak jawatan? Apa sebab saya nak letak? Kalau orang mereka cerita dan ia cuba dihumbankan pada saya, adakah saya perlu hilang fokus kalau memang saya tak terbabit? Saya dikatakan menemui Tok Guru pada Selasa, sedangkan hari itu saya berada di Parlimen mengikuti perbahasan mengenai royalti oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

    Petang Rabu, saya menemani Tok Guru menyambut Nazri yang melakukan lawatan banjir ke Kota Bharu. Paginya ada mesyuarat Exco dan selepas mesyuarat Exco, saya dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta Datuk Takiyuddin Hassan bersama Tok Guru dalam sidang akhbar mengenai 'natural justice' yang Tok Guru utarakan berkaitan royalti.

    Tengah hari Khamis, saya ke Hospital Pakar Perdana untuk pemeriksaan. Doktor menasihatkan saya berehat dan bercadang berbuat demikian bermula Isnin berikutnya. Sebelum Zuhur hari itu saya maklumkan kepada Tok Guru cadangan mendapatkan rawatan itu. Entah bagaimana, ia sudah ditukar sebagai usaha saya mengugut Tok Guru dan sakit saya itu hanya satu sandiwara semata-mata. Yang lain pula membuat cerita cuti sakit itu adalah permulaan saya akan hilang jawatan.

    Kalau boleh, Allah angkat saja kesakitan kita pada orang itu. Kalau sandiwara, masakan saya menghantar surat tuntutan saman kepada sebuah akhbar hanya berselang dua hari, terhadap sebuah akhbar mingguan, masih dalam proses. Ringkasnya, tidak wujud sama sekali saya mengugut untuk meletak jawatan atau Tok Guru memecat orang itu dan ini. Tunggulah perbicaraan kes ini nanti kalau masih ada yang ragu-ragu.

    ReplyDelete
  7. PS..kau ni tak habis lagi ke nak menabur fitnah ni?

    Kau faham ke maksud fitnah yg kau sendiri dok marah-marah kat Sheih dulu tu? Kau ada bukti ke bila nak kaitkan Husam dgn kes nak jatuhkan atau turunkan TGNA ni? Yang aku baca setakat ni kat mana-mana blog atau artikel surat khabar semuanya CUMA andaian semata.

    Bahkan si Norzula yg buat fitnah serupa dulu pun akhirnya buat public apology. Rupanya dia cedok semuanya dari MSO yg terbukti pencetus fitnah. BPR sendiri buat siasatan pun tak dapat nak buktikan semua tuduhan yg dibuat tu.

    PS, kau ni sepatutnya dah berhenti buat kerja tak elok ni. Bawak-bawakla bertaubat. Kau pakai nick Pemburu SYAHID. Janganlah buat malu diri sendiri bila tulis tak mencerminkan identiti yg dibawa.

    - kuntau

    ReplyDelete
  8. gua pun tak rasa la husam musa dapat untung dari semua ni...

    nik amar keluarkan statement lepas tgna puji husam musa... sebenarnya nik amar lah yg umpan husam buka mulut pasal jawatan MB.. mamat ni cerdik jugak (bodohnya hanya 2 setakat ni..yg paling bodoh dan bangang ialah berkawan dgn org2 mcm sheih yang keduanya projek2 meganya semua tak jalan sbb tak cukup studynya)

    bab taki...bagi gua...dia patut diganti dgn orang lain lama dah... mmg dia fail jugak dl pengurusan mpkb... yg lajunya adalah projek company swasta dgn mpkb je lah.. pesal tak di jv mpkb dgn kelkon ke..pkink ke..swasta jugak dipilihnya. Masalah sampah sarap telah lama diperkatakan... tapi buat macam tatu je... umah gua di kawasan istana pun... sampah sarap bertimbun2... puas dah mengomel... juga penyelenggaraan jalan, landskap2 yang ntah apa2.. signboard yang melata tumbuh hingga mencacatkan pemandangan...bla..bla.. hinggalah pengurusan perancangan bandar yang lansung tak tersusun... sape pernah p bangunan menara mpkb(yg dulu katanya setinggi 22 tingkat tapi skang dah jadi bonsai) .. mcmana plan bole mpkb lulus? jalan ke parking macam naik roller coaster... bla..bla... gua duk dalam tanah jajahan takluk mpkb sakit hati la jugak.... gua tak kata mpkb menyeleweng tapi pengurusannya agak teruk... tatau mana priority.

    apa2pun.. gua sokong ustaz mat.. aku tak kenal dia... tapi budak2 gua pernah p ofis dia pasal bisnes... antara ramai2 exco dia la yg paling bagus dlm melayan tetamu... wlwpun bisnes gua dia tak tolong pun.

    so... gua tak rasa peristiwa yg berlaku di kelantan ni dilakukan oleh pemimpin pas kelantan sendiri... dan kisah begini takkan terjadi lagi pada taki, nik amar n ustaz mat...seperti gua cakap , ianya konspirasi terpimpin yg bertunjangkan pihak luar. setelah umno dengan batang tubuhnya tidak mampun menjatuhkan tgna, so dia pakai taktik guna orang dalam. dikenalpasti mana-mana orang pas yang boleh dibawa berkecek kiro..

    sekiranya benar ia dilakukan salah satu pemimpin pas kelantan... nescaya dia akan jadi MB yg paling singkat dlm sejarah malaysia. orang PAS tidak sebodoh orang UMNO. Mereka tahu mana yg batil mana yang hak.

    ReplyDelete
  9. Kapak tak mungkin mampu memotong kayu jika tanpa dibantu oleh kayu yang menjadi ulu kapak.

    Aku bunuh Ceasar bukan kerana aku membencinya tetapi kasih sayang aku kepada Rome adalah melebihi kasih aku kepada Ceasar.

    Aku tegur dan hentam Husam Musa bukan kerana ku benci beliau. Aku membela beliau ketika mana beliau bertanding menentang Nasha.

    Cuma, dalam keadaan sekarang nih, aku lebih sayangkan PAS berbanding Husam Musa.

    Kuntau, aku raikan perbezaan pandangan di antara kita dan aku puji konsistensi ko dalam memperkatakan sesuatu perkara.

    Yang lain tu, entahlah.

    ReplyDelete
  10. Cuma, dalam keadaan sekarang nih, aku lebih sayangkan PAS berbanding Husam Musa.

    -----

    niat yang baik tetapi menggunakan cara yang tidak baik, tidak akan mendatangkan keberkatan malah akan membawa mudarat.

    jangan kerana fitnah/sesuatu yg tidah sah, PS bertindak untuk memburukkan & menjatuhkan orang. Adakah tuan PS telah berbincang sendiri denagn Nik Aziz & Husam untuk mendapatkan cerita mereka? Jika belum, itu bermaksud PS hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak/pihak ketiga tetapi pihak yg tertuduh tidak dapat membela diri.

    Jadi ADILKAH begitu? ISLAMIC kah begitu?

    saya harap tuan fikir betul-betul dahulu sebelum membuat sesuatu yang akan membawa kemudaratan & penyesalan dikemudian hari.

    ReplyDelete
  11. menganinyaya seseorang juga BUKAN ISLAMIC

    ReplyDelete
  12. kepada yang marah PS sebab kritik husam, kenapa korang tak bersuara sama bila tulang besi dana ramai lagi blogger munafik menyerng presiden pas, hadi awang dan hassan ali?

    kalau krtikan kepada husam itu dikatakan fitnah, adakah anda semua yakin apa yang dilempar kepad pimpinan pas teruatmanya presiden adalah bukti yg kukuh?

    pe un, pas tetap akan menang di kelntan. cuma buat masa ni umno goyang kaki sebab kerja2 mereka telah diswastakan kepada golongan munafik haraki ini

    ReplyDelete
  13. azli,

    siapakah golongan munafik haraki ini? bukankah ini semua berpunca dari 'pertemuan dalam gelap' yang dinafikan pada awalnya? kemudian dingomelkan "dipersetujui majlis syura ulama" apabila 'orang yang ditemui' mendedahkan sudah TIGA kali bertemu?

    sdra perlu memberi perhatian sedalam2nya kepada hiruk-pikuk yang melanda pas sehingga ke hari ini. senaraikan urutan2 kejadian selepas 'pertemuan dalam gelap' yang disusuli dengan 'unity government' sehingga mencemarkan imej pas di mata umum. berlaku adillah kepada diri sendiri.

    tgna adalah penghalang utama kepada 'unity government' yang tidak sedikit merudumkan persepsi rakyat terhadap pas. sehingga ada suara2 sumbang yang menuduh husam dan anualbakri yang mempengaruhi tgna.

    apa yang berlaku di kelantan tidak dinafikan kerana kealpaan pas kelantan. tetapi kenapa kepimpinan pas sendiri - pusat dan kelantan - sanggup membiarkan diri mereka menjadi alat kepada seteru berdaftar pas?

    sejak bila pula "pengganti menteri besar" menjadi masalah kepada pas? jika ia masalah dalaman, kenapa ada pemimpin pas kelantan sanggup meluahnya untuk tatapan umum? tidakkah terlintas dibenak sdra bahawa di sebalik percatuan ini ada yang mahu meraih keuntungan biarpun ia mencacatkan pas? anih kalau mereka, sebagai orang politik, tidak faham bahawa tindakan tidak sopan mereka membuka seluas2 ruang kepada seteru pas untuk menghentam pas!

    mungkin mereka sudah diperangkap oleh 'kolonel mat' yang disebut oleh tgna. mungkin mereka adalah 'orang dalam' yang berjaya dirapati oleh 'kolonel mat' yang disebut2 tgna, kini sedang menonjolkan diri mereka? begitulah cara Allah swt hendak "memperkenalkan" mereka kepada umum.

    mungkin ada masalah di mpkb-bri. kalau tidak apa perlu membawa takiyuddin ke pusat kalau bukan usaha untuk "menyelamatkan" beliau. atau sebagai membalas budinya oleh you know who. sudah berjaya "mewujudkan" situasi sebagai ruang untuk serangan pihak musuh menjelang pru13? barangkali.

    berlaku adillah kepada diri sendiri. perturunkan satu persatu urutan kejadian dari selepas pru12 sehinggalah "keperluan" tgna menamakan penggantinya. dan jangan lupa sertakan juga apa yang berlaku di selangor. buatlah analisa mendalam. saya percaya ia akan memberi satu jawapan yang sdra tidak ketemui selama ini.

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  14. PS, anta kena sabar dengan segala cabaran yang melanda.

    Ana dapat info, anta dikhianati sekumpulan bloggers dan bloggers bloggers ini memang menumpukan perhatian kepada anta sekarang nih.

    Ada sumber menyebutkan anta adalah satu satunya penentang Husam yang paling vocal dan bloggers ini akan bekerjasama bagi menutup mulut anta supaya rancangan mereka untuk mewangikan Husam tercapai.

    Anta kenal perisikrakyat dan pinkturtle?

    Jika anta tak kenal, ana boleh tolong perkenalkan siapa mereka kepada anta.

    PS, hati hati. Phone numb anta pun mereka dah sebarkan di kalangan bloggers yang bersekongkol dengan mereka.

    PS, semoga cita cita anta untuk syahid itu tercapai.

    ReplyDelete
  15. Aku hanya kenal gitu gitu jer dua bloggers tu. Why?

    Suka hati merekalah nak buat apa apa. Allah swt Maha Adil.

    Jika perbuatan mereka itu baik bagi ummah, semoga mereka beroleh ganjaran setimpal.

    Jika perbuatan mereka itu baik kepada gembala mereka dan tidak baik untuk ummah, semoga mereka beroleh balasan setimpal.

    Serahkan sahaja urusan ini kepada Allah swt. Kita jangan gusar.

    Apa pun, thanks for the info.

    ReplyDelete
  16. salam ps,

    rasanya tak perlu la dipanjangkan lagi acara tuding menuding sesama sendiri..

    halakan sahaja muncung meriam kita kpd musuh yg nyata (umno/bn)..

    tumpukan kpd pru13.. selebihnya kita serahkan kpd allah..

    jika allah sygkan perjuangan ini, nescaya segala yg buruk (api dlm sekam dan seumpamanya) akan dizahirkan..

    jgn biarkan kita yg memainkan peranan musuh..

    -anokere-

    ReplyDelete
  17. ps,

    "kapak tak mungkin mampu memotong kayu jika tanpa dibantu oleh kayu yang menjadi ulu kapak."

    bukan mata kapak yang menjadikan kayu ulunya, begitu juga kapak yang sudah dipasang ulu, tidak boleh memotong jika tidak ada orang menghayunnya, tidak gitu?

    hubaya, hubayalah...

    ReplyDelete
  18. itulah -- aku pon baru balik dr bercuti dikelate - hampir 2 minggu dkt sane.. dan carik2 crite sbenar... dan dpt sedikit gambaran.. dan aku rasa PS hanya dpt info dr sebelah pihak.. bukan dua2 pihak.. itu yg menjadi masalah... harap2 kita tak menjadi org yg buat FITNAH kepada org lain.. mcm aku ckp aku tau dlm pas kelantan ni byk kelompok2 dia.. dan masing iri hati sesama sendiri... esepcially exco2....kalau nak tau detail kena dptkan info dr org berkecuali bekas adun2 lama2 ape ade dlm pas klate ni..

    ReplyDelete
  19. dan selepas mendapatkan info dr sumber2 rapat dlm pas- pihak berkecuali dan bekas2 adun..-- aku dpt rasakan PS hang tersilap tembak dah kot..
    ape yg dpt aku simpulkan adalah seperti berikut..

    puak UG klate telah berjaya memecah belahkan geng2 penentang UG yg diketuai oleh TGNA... dulu ade dua pihak - satu sokong UG dan kedua tentang UG-- Sekrg geng sokong UG telah berjaya memecahbelahkan puak2 yg tentang UG, menebabkan puak2 UG sudah boleh bersorak sebab penentang UG telah berpecah dan saling serang menyerang sesama sensirik.. dan inilah yg dimahukan oleh UMNO.. perancangan rapi UMNO telah tercapai...nak tau detail kita boleh discuss dlm YM- mmu123.

    ReplyDelete