Friday, November 6, 2009

KEPIMPINAN YANG LEMAH - SALAH TG PRESIDEN PAS ATAU PENASIHAT YANG "TAK BERAPA SIHAT"



Kepimpinan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dilihat sangat lesu sehingga menyebabkan ada pihak yang menyifatkannya umpama 'Pak Lah versi PAS', kata seorang ahli akademik yang rapat dengan pembangkang, Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Oleh itu, tegasnya, Abdul Hadi kini dianggap sebagai 'beban' parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam pakatan pembangkang.

Dr Abdul Aziz berkata, walaupun suatu ketika dahulu Abdul Hadi berpengaruh dan mempunyai watak sebagai seorang pemimpin, tetapi kini presiden PAS itu kini "sudah hilang stim".

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Dr Abdul Aziz mendakwa, kegagalan Abdul Hadi bertindak sebagai "orang nombor satu", diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain seperti timbalannya, Nasharuddin Mat Isa dan setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali.

Beliau juga mendakwa, Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin, hubungan awamnya (PR) tidak baik serta gagal melibatkan diri dalam "politik baru" yang tidak lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata.

SUMBER : www.bloglistpolitik.blogspot.com

2 comments:

  1. dia banyak bergantung kepada penasihatnya. yang dah tak laku di ganu. ramai dari ganu dok bawah ketiak dia kat pusat.

    saranan tgna untuk muktamar khas untuk bersihkan jemaah dari segelintir pemimpin yang kurang sihat.

    habis dengan mesyuarat khas. hilang kisah stopa ali dan nasha. hilang cite hassan ali. yang kena tempias pas selangor. sapa punya nasihat nih?

    imej pas dah terjejas oleh puak2 disekeliling dia. imej dia tak usah cite. kerana puak2 yang disekeliling dia.

    muktamar khas habis gitu je (betul ke ni?). nak jaga parti ke nak jaga du tiga kerat yang ada di sekeliling dia?

    ReplyDelete