Saturday, November 14, 2009

SELAMATKAN TOK GURU VERSI AKU VS SELAMATKAN TOK GURU VERSI KICKDEFELLA



Yang berwarna biru tu adalah artikel kickdefella yang bertajuk "SELAMATKAN TOK GURU". Yang berwarna hijau tu pula jawapan serta ulasan aku kepada artikel tersebut.


Ulasan bodoh bodoh jer. Maklumlah, artikel kickdefella tu pun artikel bodoh juga. Lempar batu sembunyi tangan.


Sekali lagi saya merayu agar pimpinan parti PAS, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dan juga akar umbi untuk segera selamatkan Nik Aziz. Janganlah biarkan legasinya berakhir dengan sesuatu yang tidak manis.

Saper "pegawai tinggi" yang anda seru tu? Bos BokBong, kan? Saper pimpinan parti PAS yang anda seru tu? Geng 3 Abdul, kan? Saper yang cuba memalit najis ke atas legasi Tok Guru? Jika bukan BokBong dan Bos BokBong?

Bukankah kickdefella pernah menyebut "jika kito tak berjaya jatuhkan Ir Arifahmi, kito akan jatuhkan Tok Guru"? Nak sorok apa lagi?!


Sungguh sedih bila Kafir Quraisy Malaysia yang menyelamatkan Nik Aziz dan bukannya Parti yang disayanginya.

Saper kafir Quraisy Malaysia yang menyelamatkan TG Hj Nik Aziz? Saya amat yakin kickdefella tidak berada di kuliah TG Hj Nik Aziz pagi semalam (13hb Nov 2009).

Kafir Quraisy Malaysia yang dimaksudkan oleh TG Hj Nik Aziz tentulah tidak sama dengan kafir Quraisy Malaysia yang dimaksudkan oleh kickdefella.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bercadang ke Mekah pada tahun ini. Memang tiada perancangan tetapi Tuan Guru yang kita sayangi telah dipujuk oleh Menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman untuk ke Mekah kerana Ariff bercadang ke Mekah pada tahun ini.

Mana kickdefella tahu Tok Guru tidak bercadang untuk ke Mekah pada tahun ini? Daripada mulut siapa? Daripada mulut Bos BokBong atau daripada mulut ular yang melingkar di pejabat Tok Guru?


Tiada orang lain yang memecahkan berita pakej RM65,000 satu kepala ini melainkan Ariffahmi sendiri yang memberitahu “Ana pergi ke mekah tahun ni, gi dengan pakej VVIP” kepada setiap orang yang tidak tahu dia akan ke Mekah.

Apa bukti Ir Arifahmi mendedahkan "kisah haji RM65000" nih? Dan, siapa pula yang dedahkan kisah nih kepada media dan khalayak? Dalam blog kickdefella sendiri, kan? Konon kononnya memberi komen dengan nick "staff PMBK" padahal diri sendiri.


Apabila Tuan Guru menerima pujukan menantunya, berkembanglah cerita bahawa kepergian Tuan Guru dengan peruntukan PMBK tetapi lama kelamaan tersebar bahawa ianya ditaja menerusi seseorang yang mendapat projek-projek Kerajaan Negeri Kelantan.

Apa bukti Ir Arifahmi memujuk rayu mertuanya? Dari mana cerita ini timbul? Imaginasi dan prasangka buruk minda anda sendiri, kan?

Come on lah, kickdefella. Jangan terlalu jauh memfitnah. Orang dah semakin faham permainan licikmu dan bosmu itu.

Tidaklah perlu untuk anda berselindung lagi. Tidaklah perlu untuk anda berpura pura lagi. Bersihkanlah maruah dirimu yang semakin tercemar itu.

Maruah dirimu hanya akan bersih dan dirimu akan kembali dihormati oleh masyarakat apabila anda dengan penuh keberanian dan dengan penuh bermaruah mendedahkan tangan tangan jahat di belakangmu itu.

Apa bukti Ir Arifahmi yang mempengaruhi Tok Guru? Saper yang sebarkan kisah "kisah haji RM65000" atas tanggungan PMBK? Saper yang kembangkan "kisah haji rm65000" ditaja oleh kontraktor

Kickdefella juga, kan? Paling kurang pun, komen komen bayang bayang kickdefella di blognya sendiri !!

Jangan baling batu sembunyi tanganlah. Sendiri berak, sendiri bising.


Yang mengejutkan bila Tuan Guru yang ikhlas itu mengaku kepada wartawan pada 10 November 2009 bahawa memang benar kepergiannya di taja oleh orang luar.

Memang ditaja. Tok Guru sendiri mengakuinya kerana tidak ada apa yang perlu disembunyi kerana "baghe benar". So, what?

Kontraktor tu dapat kontrak billboard daripada MPKB dan bukannya daripada PMBK. Itu pun lama dulu.

Ketika mana "orang itu" susah dan hidup ala kadar, beliau memang dah banyak berkorban untuk masyarakat. Apabila Allah swt berikan rezeki lebih kepada "orang itu", salahkah beliau untuk meraikan Tok Guru yang selama ini membimbing beliau?


Sekali lagi saya menyeru kepada Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya sekarang, seperti yang pernah saya nasihatkan kepadanya, “anta sudah banyak mencemarkan nama baik Tok Guru, cukuplah.”

Ir Arifahmi patut meletakkan jawatan atau Exco itu yang paling sesuai berundur? Saper yang mencemarkan nama Tok Guru? Yang melemparkan tuduhan palsu tu adalah kickdefella berpandukan maklumat palsu yang dibekalkan oleh Exco itu.

Tuduhan palsu itu pula dilemparkan ke atas Ir Arifahmi sejak lama dulu. Bukannya baru dua tiga hari kebelakangan ini. Saper yang melemparkan tuduhan itu?

Yang memalukan itu adalah pelempar tuduhan palsu atau mangsa tuduhan palsu? Yang memalukan Tok Guru itu Ir Arifahmi ataupun kickdefella?

Jadi jadilah. Makin banyak kickdefella membuka mulut, makin terserlah tembelang yang ada BokBong dan Bos BokBong.


Kenapa mesti Kafir Quraisy yang terpaksa memimpin Tuan Guru supaya keluar dari kontroversi. Di mana dia yang kasih dan sayang pada Tuan Guru kita?

Yang memimpin Tok Guru untuk keluar daripada kontroversi ini adalah orang orang yang kasih dan sayangnya kepada Tok Guru lillahi taa'la bukannya orang yang yang meluru mencium tangan Tok Guru kerana mahu dilihat sebagai menghormati Tok Guru tetapi sebenarnya bermuka muka dan berpura pura sahaja.

Come on lah. Dunia dah berubah. Jika anda rasa anda betul, anda jangan ingat orang lain salah. Jika anda rasa anda menang, anda jangan ingat orang lain kalah. Jika anda ingat anda cepat, jangan ingat orang lain lambat.

Yang paling penting, JIKA ANDA INGAT ANDA PANDAI, ANDA JANGAN INGAT ORANG LAIN BODOH.


BokBong dan Bos BokBong, bare that in mind.


p/s : Seluruh Kelantan dah tahu perangai Exco tersebut. Dia yang buat hal, pastu dia muncul untul menyelesaikan hal tersebut. Macamlah orang tak tahu.

Seluruh Kelantan juga tahu, Exco tersebut, jika ada projek beliau yang gagal, maka beliau akan hempas perkara tu kepada orang lain. Konon kononnya, beliau tidak tahu apa apa.

19 comments:

  1. Tajuk artikel ini sepatutnya "SELAMATKAH KICKDEFELLA" yang kami tengok semakin bercelaru tindak tanduknya.

    Beliau seolah-olah seorang buta yang berjalan dalam gelap, tanpa bantuan tongkat sakti.

    Samada beliau menerima nasihat yang salah atau beliau salah mentafsir nasihat yang diberikan.

    Lebih banyak beliau berkata-kata, lebih menyerlahkan kepada umum bahawa artikel yang dituliskan berlandaskan nafsu dan kesumat semata-mata.

    ReplyDelete
  2. Cadangan anda diterima tetapi KIV dululah.

    Makin banyak kickdefella membuka mulut, makin tersepit Exco itu.

    ReplyDelete
  3. Pas akan punah dan rebah bukan kerana UmNO tu KUAT tapi ahli2 dlm Pas yg KUAT berkelahi sesama sendiri..Saya dpt tau PRU13 akn dtg,de perancangan biar sama2 'berputih mata'..faham2 la deh & harap kena gali maklumat ni dalam2.

    ReplyDelete
  4. Di Kelantan, PAS boleh bertahan lama kerana antaranya faktor Tok Guru.

    Jika takde Tok Guru lepas nih, PAS jatuh di Kelantan bukan kerana UMNO tu kuat tetapi kerana PAS membedil sesama sendiri.

    Dengar citer, geng 3 Abdul pun dah aktif semula dah sekarang.

    ReplyDelete
  5. Sokong bawak rebah macam kau buat apa? Orang macam kau yang berlambak-lambak dalam PAS yang akan melenting jika orang menenegur pimpinan.

    ReplyDelete
  6. Betul PAS hidup di Kelate kerana tok guru...

    Hok lain dok berebut sesama sendiri...

    Supo jah belaka...

    ReplyDelete
  7. Persepsi aku...Kalau jadi wakil rakyat mesti bini lebih dari seorang...semua besar....

    ReplyDelete
  8. Pertama - aku setuju dengan persepsi ko tu.

    Kedua - aku tak kisah jika ada orang nak berbini ramai kerana itu lebih baik berbanding makan karipap curi mana pimpinan UMNO.

    Ketiga - aku malu bila ada pimpinan PAS yang berbini ramai tapi tak pandai nak jaga bini.

    Keempat - aku malu bila ada pimpinan PAS yang bersyarah bagai nak rak tapi bini bersolek macam bini orang UMNO.

    Kelima - Rasulullah saw kawin dengan janda tetapi di kalangan kita pula cari anak dara untuk buat bini muda. Sunnah ker tu? Kalau setakat nak ikut sunnah Rasulullah saw daripada sudut angka jer, baik tak yah.

    Itu persepsi aku.

    ReplyDelete
  9. Pemburu syahid...
    aku setuju dengan ko...bukan main glamor masuk TV3...pesal kawin dan pas tu cerai...

    Satu lagi persepi aku tentang wakil rakyat ini...
    Ianya bolih di warisi.....!!!!

    Apa yang kita perlukan wakil kita yang bolih memberi idea dan bukan hanya sekadar hebat berceramah dengan teori sahaja ...sedangkan excution hampeh!!!

    Mai meting lewat pass tu balik cepat..katanya banyak urusan...

    ReplyDelete
  10. ANON 8:24.....

    Perjuangan ini bukan terletak pada kelulusan daripada universiti mana ataupun lulusan bidang apa.

    Perjuangan ini bukan terletak pada sejauh mana kita boleh berceramah. Bukan terletak pada sekerap mana kita dipanggil berceramah. Bukan terletak pada sehebat mana kita berceramah. Bukan juga terletak pada jumlah hadirin yang hadir ketika kita berceramah.

    Perjuangan ini letaknya pada niat dan tindakan serta perlaksanaan.

    Jika niat berjuang itu untuk jadi glamour, maka, glamourlah yg dapat.

    Jika berjuang kerana nak jadi ADUN/MP, maka jadilah ADUN/MP.

    Jika berjuang untuk puji pujian manusia, maka puji pujianlah yg dapat.

    Redha Allah swt? Amanah? Barakah? Syurga? Pahala?

    Jangan mimpilahhhh.....

    Jika hanya berteori tetapi perlaksanaan hancur, itu bongok.

    Jika teori takde, asyik main redah jer dalam tindakan, itu pun bongok.

    Tapi, jika tak tahu. tetap nak buat buat pandai juga, itu bongok tahap kepala bapak !!

    Kasar, kan? Sesuaiiiiii.....

    ReplyDelete
  11. Kalau setakad berceramah...tiada execution??

    Post DUN bolih di warisi macam mane pulak???

    ReplyDelete
  12. KALAU SETAKAT CERAMAH JER...TAPI KITA TAK BUAT PUN APA YANG KITA CERAMAHKAN...ITU MUNAFIQ NAMANYA.

    ReplyDelete
  13. Itu la persepsi terhadap wakil rakyat ...

    persepsi " post bolih di warisi" ko tak setuju??

    ReplyDelete
  14. Bab mewarisi kerusi nih depends atas apa kriteria yang digunakan.

    Pertama - dilantik atau dicalonkan atas merit si anak dan bukannya atas merit si ayah.

    Kedua - boleh undang fitnah atau tidak.

    Yang kedua sebenarnya berada di atas yang pertama.

    ReplyDelete
  15. Selamatkan Tok Guru Versi Kickdefella....
    Telah menunjukkan hasil kerana berjaya menghalang Tok Guru dari terjebak dalam perangkap UMNO walaupun penaja,menantu, anak dan setpol tidak merancang perkara demikian tetapi mereka seharusnya sedar akan kesilapan yg besar ini yg boleh mengaibkan nama Tok Guru yg kita semua sayangi....
    Setiap perkara yang berlaku ader hikmahnya.....

    ReplyDelete
  16. Jgn spinlah. Kickdefella yg memalukan Tok Guru. Muktamad.

    Mana dia pendedahan kickdefella? Takkan dedah air liur jer kot? Dokumennya mana?

    ReplyDelete
  17. Kickdefella ni memang patutpun dia berambus dari PMBK. Kalau kerja sambil nak korek rahsia kununnya, lepastu buat fitnah, lebih kau berambus kick! Hei budak kick! Berapa pemimpin umno bayar kat mu?

    ReplyDelete
  18. Pemimpin UMNO bayar atau pemimpin yang bela? Dua perkara yang sama tetapi berbeza.

    ReplyDelete