Thursday, November 19, 2009

PENAFIAN OLEH PIMPINAN PAS YANG PALING DIPERCAYAI DI KELANTAN BERKAITAN SIDANG AKHBAR YANG KONONNYA DIWARWARKAN OLEH SETIAUSAHA PERHUBUNGAN PAS NEGERI



Berkaitan khabar angin yang kononnya bersumberkan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kelantan, YB Hj Mohd Zaki Ibrahim yang menyebutkan Tok Guru akan memanggil satu sidang akhbar pada hari ini, blog ini dengan jelas dan nyata ingin menyebutkan bahawa Tok Guru selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan tidak pernah mengeluarkan apa apa arahan kepada Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kelantan ataupun kepada mana mana pimpinan PAS Negeri Kelantan untuk memanggil sidang akhbar tersebut.

Khabar angin yang tersebar itu adalah hasil kerja orang orang jahat yang memiliki niat yang busuk bagi menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Tok Guru Menteri Besar Kelantan yang kita kasihi.

Penafian "mulut" ini diperolehi daripada "pimpinan PAS" yang paling dipercayai di Kelantan dan anda semua tahu siapakah "pimpinan PAS" tersebut.

2 comments:

  1. Kenapa sudah jadi maacam ni. Sepatutnya masa sekarang kita dapat berpelukan tubuh melihat perbalahan merebut kuasa dalam MCA.

    Atau sengaja ada tangan-tangan halus yg cuba memporakperanda kepimpinan Tok Guru di Kelantan, setelah puas menunggu sampai sekarang belum diserah kuasa MBnya.

    Amerika bertahun-tahun mengguna agennya seperti CIA sebelum menjajah politik sesuatu negara. Apakah berita yg hangat ini ada persamaannya???

    KUBANG BUAYA

    ReplyDelete
  2. Hanya mereka yang faham sahaja yang akan faham.

    Manakala mereka yang jahil akan terus dengan kejahilannya.

    Begitu jugalah mereka yang sombong akan terus dengan kesombongannya.

    ReplyDelete