Saturday, November 28, 2009

KONSPIRASI MENJATUHKAN TOK GURU - KOLONEL MAT ADALAH PERANCANG - SIAPA DALANGNYA?



Heboh di mana mana membicarakan perihal konspirasi mahu menjatuhkan Tok Guru Menteri Besar Kelantan.

Malah, Tok Guru sendiri mengesahkan kewujudan konspirasi tersebut dan Tok Guru mengintrokan perancang itu sebagai "Kolonel Mat".

Untuk pengetahuan semua, kelompok munafiq telah lama wujud termasuk juga di zaman Rasulullah saw. Apatah lagi di akhir zaman seperti zaman kita nih.

Abdullah ibn Ubay hidup dengan Rasulullah saw tetapi beliaulah bapa munafiq sepanjang zaman dan akan diingati sehingga tibanya kiamat.

Begitu juga dengan PAS. Tokoh munafiq itu bergayut gayut sudah bertahun tahun di hujung jubah Tok Guru Menteri Besar Kelantan.

Adakah kerana Tok Guru tersalah pilih anak didik? Tidak. Tok Guru tidak tersalah pilih. Jadi, di manakah silapnya? Silapnya adalah sikap tamak dan tidak sabar individu terbabit.

Kenapa dulu beliau bagus dan sekarang hanya kelihatan sebagai bagus? Kerana dulu beliau sedang membina platform untuk berkokok tetapi sekarang platformnya itu sudah siap dan kukuh.

Beliau ibarat seorang penjaga suis sahaja dan bilamana suis itu beliau petik, maka menyalalah mentol mentol belaannya yang boleh jadi terdiri daripada para ADUN, para MP, para pimpinan PAS Pusat, para pimpinan PAS Negeri, pimpinan PAS Kawasan, pimpinan PAS Cawangan, para bloggers dan sebagainya.

Hari nih segalanya telah terbukti. Ramai yang kononnya bangun untuk membela PAS dan Tok Guru tetapi ramai lagi yang bangun untuk membela penjaga suis tersebut. Termasuk jugalah wyre copper yang dah dihumbankan ke dalam longkang oleh ex-CEO PMBK.

Adakah PAS menyedari hal ini? Sedar. Sudah tentu sedar. Then, why semua diam? Sebab pada orang orang itu PAS ini hanyalah wadah perjuangan dan bukannya apa yang perlu diperjuangkan.

Pada mereka, PAS adalah wadah perjuangan tetapi yang perlu diperjuangkan adalah poket dan perut.

Persetankan Nik Aziz. Persetankan sistem tarbiyyah haraki. Yang penting, kita survive. Itu sahaja yang ada dalam pemikiran standard tempurung yang dimiliki oleh puak puak ini.

Berbalik kepada persoalan di atas - siapakah "Kolonel Mat"? Pada aku, itu tidak penting. "Kolonel Mat" hanya perancang. Di belakang perancang, pasti ada dalang. Persoalan yang lebih penting adalah "siapa dalang di sebalik konspirasi ini?".

So, siapa dalang?

15 comments:

  1. macam ni jelah. since ribut kat kelantan ini berlaku kerana gila kuasa dan perebutan jawatan dalam PAS, apa kata rakyat kelantan JATUHKAN saje kerajaan pas kelantan dalam PR13 nanti sebangai PENGAJARAN & PERINGATAN. senang cerita, sapa pun tak dapat jawatan. time tu bolehlah kita tengok siapa yg benar siapa yg salah...

    ReplyDelete
  2. AKU TAK FIKIR CADANGAN HANG NIH PRAKTIKAL. BUKAN SETAKAT TAK PRAKTIKAL MALAH LANGSUNG TAK RELEVAN.

    DAN AKU TAK RASA PS AKAN SETUJU DENGAN CADANGAN HANG.

    MACAM MANA PS? ULAS SIKIT.

    ReplyDelete
  3. cadangan menghukum Pas di PR13 ini ada benarnya. saya sebangai pengundi pas lihat pemimpin 2pas telah mulai gila dunia & melupakan perjuanagn.bergaduh & jatuh-menjatuh kerana jawatan & kuasa.

    memanglah ini kelihatan seperti membakar kelambu tetapi kadang-kali kelambu perlu dibakar agar semua nyamuk-nyamuk kerosakan ini bertempiaran lari

    ReplyDelete
  4. Aku pun rasa PAS akan dihukum PRU13....
    Org PAS zaman sekarg tidak mengikut ajaran Islam yg sebenar seperti Tok Guru amalkan kesederhanaan dlm hidup....

    Tgk jer kereta masing2 gah tak seperti dulu termasuk anak Tok Guru....

    ReplyDelete
  5. tah le x komen nak komen. cuba buat gini pulak...pru13 nanti calon pas kesemuannya mesti lulusan Al-Azhar @ 100% berpendidikan Ugama Islam. biasanya lah org ada "ugama" ni tahu hak halal payah nak buat hak haram....guano gamok??

    ReplyDelete
  6. Orang Pas sayangkan TGNA. Tapi anak dan menantunya tak sayangkan TGNA. Hidup mewah. Kalau mereka sayang kat TGNA, tentu ditegah terima tajaan walaupun ke Mekah. Ini tidak, mereka tumpang sekaki. Pulak tu bermegah-megah beritahu kat orang ramai pakej VVIP tersebut. Bukan sahaja agama, General order sangat jelas melarang penjawat awam menerima tajaan sedemikian. Kalau UMNO, itu Rasuah. Tapi kalau PAS, itu sedakah. UMNO dosa. Pas pahala. Nasib baik ada yang mencadangkan TGNA supaya jangan terima tajaan tersebut. Kemudian ada diantaranya yang difitnah oleh PS sebagai penjaga suis.
    Aku tak dapat bayangkan kalau TGNA terus ke Mekah dengan tajaan tersebut. Lingkup PAS. Lingkup Islam. Lingkup kepayaan mad'u kepada Islam.

    ReplyDelete
  7. PS dipergunakan individu tertentu....

    UMNO dalang semuanya utk jatuhkan Tok Guru....

    Mat Kolonel panggilan kepada jeneral besara yg mempunyai Team sendiri.....

    ....

    ReplyDelete
  8. nik aziz memang dah nak hancur dah pun.

    tuhan turunkan dia ddn penuH KEAIBAN

    ada faham ke wahai ustaz pil kuda ?

    ReplyDelete
  9. Apa yang hangpa cakap tu ada logiknya cuma korang kena faham di antara menurunkan kerajaan sekular dengan menurunkan kerajaan yang berteraskan Islam.

    Anon 4:04, hang ada bukti ker PS nih ditaja oleh sesaper?

    RBF, kafir.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya mulut. Saper yg nak taja aku tu? Saper yg bercadang nak pergunakan aku tu?

    Last few days maybe betul jika ko kata aku dipergunakan but now no more.

    Aku hormati dia atas dasar persahabatan. Tidak lebih daripada itu. Tapi, dia silap sebab aku bukan lembu.

    ReplyDelete
  11. PS, kalau betul kau tak ditaja, lagi la kau nampak serupa lembu. Buat benda tak berfikir, sesuka hati saja nak menyondol tanpa tujuan.

    Apa tujuan kau nak buat spekulasi serupa ni? Apa motif kau? Saja suka-suka? Atau saja-saja nak kumpul dosa?

    - kuntau

    ReplyDelete
  12. saya mmg hormati dan sanjungi TGNA..tp yg jd mslh skrg anak menantu beliau..semua anak menantu TGNA cb muhasabah kembali diri..mungkin terlupa diri...cek balik penapilan diri..aurat tlg jaga..muamalah dgn rakyat kena jg..jgn same dgn org lain..org lain berusaha jg nama baik TGNA..tp keluarga sendiri jauh sekali..sibuk mengumpul kepentingan diri..ambik kesempatan ats kepercayaan rakyat pd TGNA..entahla mmg betul IMAN TAK DAPAT DIWARISI...maslh skrg bkn konspirasi menjatuhkn TG..tp nk myedarkan anak menantu TG...

    ReplyDelete
  13. kuntau.....apsal ko pasti melompat jika Husam Musa disentuh? Mesti ada jawapannya, kan?

    ANON 6:23......aku minat nak tahu jika ko ada bukti anak menantu Tok Guru benar benar kumpul kepentingan peribadi sepanjang Tok Guru menjadi MB Kelantan.

    ReplyDelete
  14. Apabila ada Kolonel Mat, mesti ada ketuanya yang berpangkat Jeneral. Mesti juga ada pembantu-pembantu yang berpangkat Leftenan Kolonel, Mejar, Kapten, Leftenan, Sarjan Mejar dan sebagainya.

    ReplyDelete