Sunday, November 8, 2009

PIMPINAN PAS - ADA KATAK BAWAH TEMPURUNG



Seminar Memperkasakan PAS pada hari semalam mendedahkan banyak perkara. Positif dan negatif.

Seminar yang telah menggantikan Muktamar Khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Am PAS, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat itu disifatkan sebagai lambang keterbukaan PAS, keberanian PAS dan kematangan PAS untuk bersedia berhadapan dengan para pengkritiknya. Setidak-tidaknya itu dakwaan sesetengan pimpinan dan kita akur dengan kebenaran dakwaan tersebut.

Namun mengikuti perjalanan seminar, kita didedahkan juga dengan kewujudan kelompok mereka yang berbeza dari yang lain. Sekumpulan manusia yang menyekat proses kematangan dan menghindar kemajuan parti yang boleh juga disifatkan mereka seperti katak-katak.

Eh, mana ada katak dalam PAS? Bukankah PKR dan DAP sahaja ada katak? Tempelak seorang rakan.

GB katakan masih banyak katak-katak di dalam PAS, tetapi mereka tidak boleh dan tidak pandai melompat. Habitatnya gelap. Katak-katak PAS ini amat istimewa, mereka adalah katak yang bermahligaikan tempurung.

Mereka tidak boleh menerima pandangan dan krtikan orang lain. Mereka hanya suka kepada sanjungan dan pujian sekalipun sanjungan dan pujian itu tidak layak bagi mereka.

Mereka ini spesies "kebangsaan" yang masih wujud di dalam PAS. Perangai dan sikap yang mereka dedahkan semasa berseminar semalam menjelaskan hakikat bahawa mereka tidak boleh bertoleransi dengan masyarakat di luar kerana terlalu asyiknya mereka selama ini di dalam "mahligai gelap" mereka.

Sehinggakan ahli panel yang dipanggil untuk membuat bedah-siasat terhadap kelemahan parti dibelasah secukupnya.

Malah ada yang mencabar ahli panel untuk turun ke gelanggang politik, jangan hanya pandai mengkritik, jerkah mereka.

Ini umpama seorang pesakit mental yang menjerkah seorang doktor, "kamu gila nak suntik punggung saya, nah silakan awak duduk di katil ini, biar saya suntik kamu."

Sehingga merajuklah "doktor" itu, dengan kenyataannya semalam, saya tak akan ulas mengenai PAS lagi, saya akan membicarakan krisis MCA pula. Sinisnya teguran Prof Abdul Aziz Bari yang dikecam sedemkian rupa walaupun dia diundang sebagai panel forum untuk mempekasakan PAS, kononnya.

Rugilah PAS apabila kelompok cendekiawan mula membiarkan PAS yang sedang sakit tenat di Hospital Mental.

Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tuan Ibrahim pula berkata:

"Justeru katanya lagi PAS mempunyai akhlak jemaah yang mesti dipelihara dan sebarang perselisihan pendapat mestilah dikemukakan melalui saluran yang sedia ada.

"Jangan emosi walaupun berselisih pendapat sehingga sahabat satu jemaah kita hentam. Kita ada saluran."

Tetapi semasa Pesuruhjaya PAS Selangor menghentam kerajaan Pakatan Rakyat di dalam isu Selcat secara depan-depan dan tak mengikut saluran, itu tak mengapa kerana itu prerogatifnya kerana ia datang dari kelompok yang sama dengan yang mengeluarkan arahan. Ini mengingatkan saya kisah pertengkaran kodok dengan katak di dalam lagu "Mabuk Kuasa" yang sering saya putarkan satu ketika pada setiap kali kempen pilihanraya di TKO.fm yang telah digantikan dengan GB.fm. Maha Suci Allah Yang Maha Tahu terlebih awal tentang kewujudan kelompok katak dan kodok ini sehingga memberi ilham kepada pemikin video-klip yang dilapirkan ini sejak ia belum menjadi realiti lagi. Kini ia benar-benar menjadi kenyataan.

Ia juga mengingatkan GB kisah 3 Abdul, jika "ayah buat eh eh itu tak der apa-apa".

Ia sudah semacam menjadi satu "trade mark" terhadap kumpulan mereka, suka menegur oranglain tetapi mereka melupakan diri mereka sendiri. Mereka halakan peluru kepada pihak lain sewaktu yang bersalah adalah mereka sendiri.

“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu mebaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?” (Al-Baqarah, 2: 44)

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” (As-Saff, 61: 2-3)

GB katakan bahawa sekalipun mereka menyatakan UG dah dikuburkan, namun perangai mereka sebijik UMNO, memang tak perlu UG lagi kerana sememangnya kelompok UMNO sudah ada dalam PAS.

Jangan emosi, kata Tuan Ibrahim, tetapi Abu Bakar Chik semalam, Idris Ahmad dan Nasruddin Tantawi sebelum ini yang emosi tidak mengapa.

Kata Tuan Ibrahim lagi, "Setakat ini, PAS membuktikan tiada antara wakil rakyatnya yang lompat parti dan PAS juga terbukti berjaya dalam menguruskan masalah".

Benar, tetapi yang duduk di bawah tempurung itu sama bahaya dan sama merosakkan dari yang melompat.

Maka dengan sebab itu, seorang ahli panel yang diundang, Prof Abu Hassan Abdullah menggesa supaya para pemimpin PAS jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, persis satu tamparan ke muka Naib Presiden PAS yang mendedahkan kejahilan dan wibawa pemimpin PAS yang tertinggal di dalam arus perjalanan ilmu dan kemajuan ummah.

Atas dasar itu, kata Prof Abu Hassan lagi, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.

Maka terngangalah mulut kumpulan katak-katak ini bahawa mereka rupa-rupanya selama ini benar-benar berada di bawah tempurung. "Persepsi" itu penting. Sebuah syarikat kadangkala boleh jatuh bangkrap bukan kerana tidak berkualitinya produk mereka tetapi persepsi negatif pembeli terhadap produk mereka berdasarkan kepada teknik pembungkusannya. Justeru apakah syarikat itu perlu "membelasah" mereka yang memberi pandangan negatif atau membetulkan semula pembungkusan produknya agar ia boleh diterima oleh masyarakat?

Mendukacitakan di dalam sessi "brainstorming", ada mereka yang bangun untuk mengherdik pengkritik dan "wistle-blower" yang sepatutnya di dalam sessi percambahan minda, tiada kecaman dan kritikan tetapi perluahan pandangan dan pendapat serta idea masing-masing. Tetapi mengapa berlaku seperti kejadian semalam? Kerana tidak berilmu. Katak dari bawah tempurung yang tidak sepatutnya hadir di dalam mana-mana pertemuan masyarakat bertamaddun apa tah lagi di dalam forum dan seminar.

Di dalam ilmu kontemporari, ia diajar di dalam "Critical Thinking" dan "Strategic Management". Itu sebab GB pernah cadangkan pemimpin-pemimpin PAS perlu dihambat untuk masuk ke dewan kuliah semula. Ilmu mereka telah jauh ketinggalan dengan perkembangan pengetahuan manusia sejagat. Tidak ramai pemimpin PAS yang gemar membaca ilmu kontemporari. Mungkin perlu diadakan kelas untuk pemimpin-pemimpin tertinggi parti. Tidak perlu panggil pensyarah luar, dalam PAS ramai pensyarah berkalibar seperti Prof Hamirdin umpamanya. Berpuloh yang lain. Tetapi mereka sering ditinggalkan dan tidak dimenafaatkan. Jangan jemput GB kerana GB tak ader PhD dan yang hanya kutahu aku akan paksa pemimpin-pemimpin ini jalan atas api, yang tak disukai oleh AT.

Kini kita di zaman membicarakan "k-workers", "k-university", "k-government", "k-itu", "k-ini" termasuklah "k-leaders". Apa itu k? "Knowledge-based" - Berasaskan ilmu pengetahuan.

Mereka yang menolak persepsi, menolak pandangan dan kritikan orang lain, sudah ketinggalan dan primitif.

Kalau PAS nak berjaya sebagai "k-organisation", ia mesti dipimpin oleh "k-leaders".

Kata Prof Abu Hassan, kelompok yang menolak persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.

Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.

Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.

Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja. Dengan maaf, ia adalah satu tamparan kepada Tuan Ibrahim, Abu Bakar Chik dan Kamaruzzaman Mohammad, Idris Ahmad, Nasruddin Tantawi serta sekalian yang datang dari bawah tempurung yang rata-rata dari pendokong kumpulan UG!

SUMBER : www.greenboc.blogspot.com

9 comments:

  1. Org yg mengkritik n menghentam Dr Aziz adlh tidak lain n tidak bkn, geng GANU!!! Selagi PAS tidak dpt melepaskn dri dari cengkaman geng GANU, selagi itula PAS akn jd kucar kacir..

    ReplyDelete
  2. KELOMPOK ITU ELOK DITURUNKAN SAJER. DEPA BUAT PAS MCM MAK BAPAK DEPA PUNYA.

    ReplyDelete
  3. tak apa, sabar semua. Pemilihan dalam pas pun, 2 tahun sekali. Next pemilihan, kita naikkan geng Kedah. Stabil macam zaman allahyarham ust fadzil

    ReplyDelete
  4. hmmm...kalau org tak setuju dengan pendapat kita, kita gelar dia katak. Yg kita tak pernah setuju dengan pendapat orang, apa pulak..... sudahlah. Teruskan label orang-orang yang kita tak setuju semahu-mahunya. Mudah-mudahan kita boleh jawab depan Allah nanti.

    ReplyDelete
  5. Apa bezanya Tantawi, Abu Bakar Chik dan sekutu sekutunya? Dulu puji Dr Aziz Bari tinggi melangit. Bila Dr Aziz Bari kritik PAS, dan dan melompat macam masuk hantu.

    U juga sama wahai ANON 6:56. Sewaktu TG Nik Aziz dicop sebagai nyanyuk dan penghalang perpaduan Melayu, u diam jer, kan?

    Bila kena atas batang tubuh puak puak Ganu dan puak puak UG, u dan dan bersuara.

    Mengata duloang paku serpih, kan?

    So?

    ReplyDelete
  6. skrg PAS di landa sindrom penafian/syok sdri.. Yg ni berlaku terutamanya pd geng Ganu n ahli2 yg overdose pil wala'.. Meluat tau tk!!? Berjuang utk Islam, tp klu asyik kalah, bila Islam nk mng???

    ReplyDelete
  7. Sebab tu kena perkukuhkan dan mantapkan sistem tarbiyyah haraki yang sudah lama "dimatikan" dalam PAS.

    Masalahnya, ahli ahli bawahan PAS terpinga pinga dan keliru tentang PAS, sama ada PAS nih Gerakan Islam atau parti politik.

    Kenapa jadi macam tu? Sebab ramai pimpinan PAS sendiri pun berpolitik lebih daripada berdakwah.

    Berdegar degar bercakap dan berceramah di markaz PAS tetapi "kuyu" di khalayak awam.

    ReplyDelete
  8. jangan risau, PAS akan berkubur sikit masa lagi bersama isteri2 mereka iaitu PKR dan DAP.

    ReplyDelete
  9. PAS tidak akan berkubur selagi mana Allah swt tidak mengkehendakinya.

    ReplyDelete