Tak pasal pasal hantu raya belaan beliau yang sudah "dibotolkan" itu bersuara lagi kononnya berazam untuk membela beliau. Takperlah. Itu rumahtangga beliau dan hantu raya beliau.
Persoalan pertama, ada konspirasi nak jatuhkan beliau atau beliau sudah sedar beliau akan tersungkur akibat daripada kegopohan dan ketamakan beliau? Bukan apa, teori konspirasi ini biasanya akan menyelamatkan mangsa pemecatan daripada fakta pemecatan sebenar.
Semasa mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan, beliau selaku salah seorang TPJ PAS Kelantan tidak hadir. Entah apa sebabnya. Ada laporan menyebutkan beliau sedang berada di Kuala Lumpur dan ada juga laporan yang menyebutkan beliau kurang sihat.
Tapi, kan, ari Khamis hari tu sihat walafiat jer nampaknya. Takperlah. Kita bersangka baik sahajalah dengan beliau. Mungkin benar beliau sedang "sakit". "Sakit" apa? Lu fikirlah sendiri......
Persoalan kedua, kenapa nampak macam kurang berani untuk menghadapi kenyataan? Kenapa kelihatan seperti "ketaq" nak mendepani realiti?
Kalau takde angin masakan pohon bergoyang. Itu kata orang orang dahulu.
Namun, sekarang nih, takde angin pun pohon boleh bergoyang juga. Why? Sebab ada monyet atau mungkin hantu raya bergayut gayutan di atas pohon itu.
Apakah spesis monyet tersebut dan hantu raya milik siapakah itu, itu pun lu fikirlah sendiri.....
Wallahu a'lam.
p/s : Kick, gambar yang di Beijing tu rasanya ada lebih daripada 129 keping. Kenapa u siar satu jer? Siarlah semua sekali. Ada berani? U pun bergambar juga dengan penterjemah tu, kan? Malah, u lagi "rapat" dengan penterjemah tu berbanding Arifahmi, kan? Takper kick. I siarkan bagi pihak u. Enjoy it....
Tuan tanah ni = Ariffahmi
ReplyDeleteGaya bahasa pun macam first person yg bertelagah dgn Kickdefella = Ariffahmi
Kesian pada tuan tanah original yg memberikan laluan sedemikian sehingga menjadikan blog ini serupa blog peribadi Ariffahmi.
Blog ini sudah tiada kredibiliti. Ia nya cuma dilawati semata-mata utk membaca apa yg Ariffahmi fikirkan. Tulisan selain dari isu Ariffahmi sudah tidak mempunyai kredibiliti.
Tetapi tidak mengapa. Selagi Ariffahmi masih di PMBK, selagi itu blog ini akan menarik pengunjung.
sudah la tu. tuan blog ni kenapa ni.biarlah kelantan sendiri yang selesaikan. tak pelu la menghasut atau melaga lagakan org. Ingat yang penting musuh kita tu BN. Aduhai....
ReplyDeleteTahniah kepada tuan pemburu..kick mengata org,tunjuk gmbar,menabur fitnah TETAPI lupa diri sendiri..kebenaran akhirnya berpihak kepada yg teraniaya..amin
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletekickdefella takde pula mengatakan yang dia tak bergambar dengan perempuan. Malah dia juga tidak berlakon sebagai seorang alim dari tok guru nik aziz. Nak serang balas pun agak2 la bro. Macam budak-budak je.
amat setuju dgn anon 1st tentang gaya bahasa anda.
p/s: tak menyebelahi mana2 pihak lg stakat ni. tapi tergelak melihat serang balas yang murah mcm ni.hehe
Mcmn anda tahu ada 129 keping gamba semuanya? Anda ikut serta rombongannya ke atau pun AFF yg bgtahu anda?
ReplyDeleteJawab jer persoalan tu. Jangan nak ubah tajuk lak. Dah lama korang menyerang dan sekarang nih anada pula yang diserang. So, apsal nak mengelak pula?
ReplyDeleteGentlelah sikit.
Macam mana aku tahu ada 129 keping pic? Ko tanya kickdefella sendiri dengan saper dia ada serahkan salinan pic tu. Dari situ ko akan tahu darimana aku dapat pic kickdefella.
Dia dah tersilap memilih perisik kerana perisiknya itu sudah berpaling tadah setelah sedar kickdefella mempergunakan beliau.
kickdefella dan juga kakitangan PMBK bagitau si Ariffahmi ni boleh ubah minit mesyuarat untuk buat makeup. macam budak-budak saja pikiran dia.
ReplyDeletedia tak sedar ke bila minit dah keluar, akan dibuat salinan utk diedarkan. minit mana boleh ubah-ubah...tak sekolah agaknya.
sy rasa kandungan blog ni adil utk arif fahmi..dia tiada platform utk jawab segala fitnah ke atas dirinya..sekurang2nya pendedahan oleh blog ini memberi gambaran yg adil utk beliau..
ReplyDeletewey anon yg 1st tue, ini tajuk bukan jual beli tanah beb, ini tajuk kickdehusam begambor dgn awek cina. ngertiiiiiiiiiiii prensek. goblok.
ReplyDeleteBenci sungguh saudara pd YB Husam. Sayang sungguh saudara pd Ariffahmi. Tapi sayang gaya penulisan saudara dengan Kickdefella sangat berbeza...buruk manapun Husam ada juga baiknya...sekurang2nya dia membuka mata rakyat 1Malaysia isu royalti minyak Kelantan...dia beria2 fight isu royalti yang lain2 exco kurang peduli...walaupun saya bukan orang Kelantan...bagi saya YB Husam seorang pejuang...dia fight utk orang Kelantan yg majoriti Melayu beragama Islam...cuba banding dengan Terengganu...royalti menjadi wang ehsan atas sokongan Melayu UMNO telah menjadi duri dalam daging...rasuah politik paling utama...and one more thing...persepsi Ariffahmi seperti Khairy Jamaluddin sudah ada...adakah mahu diteruskan...yang mana lebih penting TGNA atau Ariffahmi?
ReplyDeletesaya sokong pendapat anon di atas (1:34 PM). cuba saudara nyatakan apa sumbangan ariffahmi kpd rakyat kelantan? apa yang saya nampak, kehadiran ariffahmi hanya untuk memburukkan keadaan negeri kelantan dan juga PAS (terutama sekali Tok Guru Nik Aziz). Kenapa saudara begitu bersungguh-sungguh mempertahankan ariffahmi? demi PAS? demi kerajaan kelantan? demi Tok Guru?
ReplyDelete-salam PS...
ReplyDeletebuka internet, mula2 skali buka blog sheikh..2nd blog ni..nak tengok apa sheikh kata..nak tengok apa PS kata..kemudian baru buat penilaian...
sheikh dah menyerang semula episod tak berakhir lagi..dia kata ada bukti tapi tak nak ganggu SPRM..tak pe..kita tengok pula apa lagi post sheikh bagaimana pula PS serang balik..
tapi jika Husam terkeluar..alamatnya..'the end for PAS kelantan is numbered'..hopefully not!..apalah 'Tuloh PAS ni'..TGNA semakin tua..selama mana nak bergantung kepada dia..mungkin ada yang tak kena sungguh ni. Nak kata Husam, setakat ni dia tak de rekod buruk. Untuk pengetahuan PS selidiklah exco kelantan yang lain2..kenapa mereka dengki sgt dengan Husam..adakah Husam membolot harta kerajaan negeri?..adakah Husam melampaui kekayaan exco2 lain?..setakat yang ambo tahu gaya kerja Husam yang suka bersendirian lah punca utama dia tak disukai. Style dia 'lone-ranger' bermatlamat utk rakyat kelantan..bukan utk kroni2 dia. Cuba PS tanya apa yg kroni dia dapat?..setakat ni semua yang pernah rapat dengan dia 'get nothing' sebab tu lah mereka2 ini (yg ada niat tertentu) akan melarikan diri dari Husam....
p/s: yg ni yang ambo nampok le..yang ambo tok nampok mungkin PS boleh jelaskan beserta dengan bukti.....
Utusan Malaysia Online lapor kemudian ada blogger "pro Pakatan Rakyat" cilok & siar diblog dengan tajuk lain, aku pulak cilok sikit-sikit -
ReplyDeleteTimbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.
TGNA pulak dalam sidang akhbar pagi tadi mengatakan bahawa -
Tak timbullah letak-letak jawatan ni... tak berbangkit langsung... tak de...
Utusan Malaysia Online lapor kemudian ada blogger "pro Pakatan Rakyat" cilok & siar diblog dengan tajuk lain, aku pulak cilok sikit-sikit -
Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
TGNA pulak dalam sidang akhbar pagi tadi mengatakan bahawa -
Husam datang jumpa saya (TGNA) hari rabu, dia sakit tulang belakang. dia minta cuti 5 hari untuk berubat. saya (TGNA) izin.
TGNA dalam sidang akhbar pagi tadi juga mengatakan bahawa -
Bahkan Husam ni orang cerdik. Kelantan bahkan Malaysia sedang tumpang dan boleh tumpang fikrah dia ni. Kifalah, Hutang Felcra, Projek-Projek OKU, Royalti, ini semua usaha Husam.
Kenyataan TGNA dekat atas tu Utusan Malaysia Online belum siar lagi... eh... blog-blog "pro Pakatan Rakyat" yang sebelum ni siar berita dari Utusan Malaysia Online pun tak siarkan kenyataan TGNA tu... kenape ek..? dengar cerita ada "sumber terdekat"... tak kan tak dapat info lagi dari "sumber terdekat"..?
Tak dapat info atau kenyataan TGNA tu tak "seperti yang diharapkan"..?
Tak salah blog ni nak defend Ariffahmi. lagi la tak salah kalau Ariffahmi yg menaja blog ni atau Ariffahmi sendiri yg empunya blog ini.
ReplyDeleteAdil lah sebab kickdefella media utk Syed Azidi manakala saynotomunafiqeen jadi media utk Ariffahmi.
Yg jadi masalah nya apabila blog ni menonjolkan diri sebagai juga jurucakap kepada TG Nik Aziz. Padahal TG Nik Aziz ada blog dia sendiri dan dia ada saluran dia sendiri, tak perlu ada orang lain mendabik dada kata dia adalah dekat dgn TG Nik Aziz dan dia qualified untuk bercakap bagi pihaknya.
Kalau anak TG Nik Aziz sendiri tidak layak berbuat begitu, inikan pula seorang menantu yg naik atas ehsan bapa mertua. Sebagaimana kita menyampah pada Khairy Jamaluddin yg dulu selalu bertindak mendahului Pak Lah, begitu juga kita meluat pada Ariffahmi yg kononnya anak emas TG Nik Aziz. Dia lupa agaknya yg TG Nik Aziz masih menpunyai anak-anak lelaki yg akhlak mereka jauh lagi bagus dari dia?
Apa pun, ini lah realiti dunia. Lambat laun semuanya akan terbongkar juga. Samada Syed Azidi atau Husam Musa yg membuat onar, ataupun Ariffahmi, perkara yg busuk akan keluar juga satu hari nanti.
- Ir. Budu
Terima kasih kerana ziarah. Terima kasih atas pandangan dan kritikan. Kita raikan kepelbagaian itu walaupun ketara sekali kontranya.
ReplyDeleteIni blog Ariffahmi........
ReplyDeleteTukar nama lah ke Sayyestoariffahmi
Biarlah blog sesaper pun. What's wrong?
ReplyDelete